Anda di halaman 1dari 4

Aturcara 12 Hari

UMRAH, PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI ATURCARA PERJALANAN 12 HARI 10 MALAM HARI 01 : KUALA LUMPUR - MADINAH Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan.

HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM) Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w : Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR) Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat. ZIARAH PILIHAN DI MADINAH A. Penemuan baru - Bayaran tambahan SR20, Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet. HARI 04 : MADINAH - MAKKAH Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sai dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribada h di dalam Masjidil Haram.

HARI 05 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Maala (tempat Siti Khatijah dikebumikan) dan Pasar zink untuk melihat kawasan membeli belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat. Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya di dewan makan hotel.

HARI 06 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jema ah akan dibawa ke Jaranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 07 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.

HARI 08 - 10 : MAKKAH Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : pada kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat kaabah ZIARAH PILIHAN JEMAAH A. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu kaabah) sebelum balik ke Masjidil Haram. InsyaAllah. (lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang) B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha. (perbelanjaan tambahan SR15 seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki) HARI 11 - 12 : MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan. SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH. NOTA PENTING 1) Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah. 2) Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah. 3) Dinasihatkan jemaah membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage. WAKTU MAKAN 1. 2. 3. 4. 5. Sarapan pagi selepas subuh. Makan tengahari selepas Zohor Makan petang selepas Asar (di Makkah sahaja) Makan malam selepas Isya Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)

Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari.

http://www.umrah-ziarah.com/aturcara.php?aturcara=aturcara12hari

TENTATIF UMRAH MAC 2012


POSTED BY YAYASAN PAKSI

09 21 MAC 2012 (13H / 12M)

JADUAL PENERBANGAN AIR ASIA (CHARTER)


FLIGHT DJ 142 DJ 143 TARIKH 09 MAC 21 MAC PESAWAT KUL - JED JED - KUL BERTOLAK 02:00 08:00 KETIBAAN 06:30 22:00

HARI 01 : KLIA-JED-MED Jemaah dikehendaki berada di LCCT sebelum Jam 12 mlm untuk urusan check in. Seterusnya para jemaah akan berlepas ke Jeddah. Sampai di Jeddah, Jemaah akan dibawa menuju ke Madinah. ZIARAH KEBERKATAN BUMI MADINAH AR-RASUL Ya Allah, Saksikan Sesungguhnya Kami bermusafir Menziarahi KekasihMu Ya HabibaLlah, Terimalah Salam dari Kami, Sesungguhnya Kami Merinduimu. Wahai Penghuni Baqie, doakan kami dapat bersama kalian di Syurga Firdaus Selepas Solat Asar / Maghrib, jemaah akan dibawa ziarah Makam Rasulullah, Sekitar Masjid Nabawi & Perkuburan Al-Baqie yang menempatkan lebih dari 10,000 orang sahabat. Pengkisahan sejarah & lokasi beberapa tempat penting sekitar Masjid Nabawi & lokasi pemakaman tokoh-tokoh penting Ahlul Bait dan Sahabat akan disampaikan oleh Barisan Pembimbing / Mutawif Umrah Tarbawi PAKSI. HARI 02 : MADINAH Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Shuhada dan seterusnya Pasar Kurma. Pengkisahan sejarah & lokasi beberapa tempat penting sekitar Bukit Uhud dan peribadi para Syuhada akan disampaikan oleh Barisan Pembimbing / Mutawif Umrah Tarbawi PAKSI HARI 03 : MADINAH Selepas solat Subuh, Jemah akan mengikuti Periwayatan beberapa Hadis di Dataran Masjid Nabawi.. Selepas ziarah wida jemaah akan dibawa menaiki kenderaan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan menyambung perjalanan ke Makkah. Setibanya di Makkah jemaah akan terus ke Hotel untuk penginapan dan kemudiannya akan menyempurnakan umrah yang di pimpin oleh mutawwif.

HARI 04 : MAKKAH Jemaah akan menunaikan Umrah Wajib. Selepas selesai, jemaah akan beristirehat. Selepas Asar, acara ziarah dalaman Masjidil Haram. HARI 05 : MAKKAH Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Rahmah, Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah, Mina dan seterusnya ke Jaaranah untuk berniat umrah. HARI 06 : MAKKAH Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ke hudaibiyah .didalam perjalanan jemaah akan singgah melawat kilang kelambu kaabah, muzium dan ladang unta. HARI 07- 12 : MAKKAH Aktiviti bebas, para jemaah di nasihatkan supaya memperbanyakkan ibadah. Aktiviti Kuliah Ilmu / Periwayatan Hadis akan diadakan waktu Dhuha. Khatam Al-Quran & Qiyamullail akan diadakan di sebelah malam. HARI 13 : MAKKAH-JEDDAH-KUALA LUMPUR Setelah selesai Tawaf Wida jemaah akan berangkat ke Jeddah. Kemudian para ke King Abdul Aziz Airport, Jeddah. Jemaah dijangka sampai di LCCT jam 10 mlm.

Anda mungkin juga menyukai