Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : KISAH KETABAHAN NABI AYUB A.

S Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah ketabahan Nabi Ayub a.s Daun mengkuang si daun pandan Mari dianyam ditanah rata Mari bersama ambil tauladan Ketabahan Nabi Ayub tajuk cerita pantun

Tahukah rakan-rakan siapakah Nabi Ayub itu?..... dan kenapakah baginda dijadikan contoh dalam hal ketabahan atau kesabaran?......... Hadirin sekalian Nabi Ayub merupakan manusia yang istimewa dalam segala hal kekayaan dan cukup sabar.Walaupun Nabi Ayub hidupnya mewah, beliau tidak sombong dan takbur dengan kekayaannya, malahan baginda tetap kuat beribadat kepada Allah. Nabi Ayub a.s sentiasa menyeru umatnya supaya taat kepada Allah walau apa jua keadaan sekalipun. Dalam kesempatan itu, pelbagai helah dan gangguan telah iblis lakukan untuk menguji baginda dalam semua perkara . Iblis telah mencerai-beraikan keluarga baginda yang ramai dan rukun itu. Hasutan iblis menyebabkan ramai umatnya membenci baginda . Hasil ladang dan kebun, ternakan semakin hari semakin merosot. Kemarau yang panjang dan banjir besar berlaku. Kekayaan dan kemewahan yang dimiliki musnah dan akhirnya baginda menjadi miskin. Walaupun demikian, ketabahan, keimanan dan ketakwaan nabi Ayub a.s semakin Utuh .Sebagaimana firman Allah dalam surah Shaad ayat 44 : (ayat Quran) Ertinya ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang Yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; Hadirin sekalian Sekiranya manusia memiliki sifat sabar seperti nabi Ayub, sudah tentu hidup kita aman , harmoni dan akan mencapai ketakwaan yang teguh. Sebagaimana yang berlaku di Palestin pada hari ini, mereka tetap sabar walaupun pelbagai serangan di lakukan oleh pihak zionis terhadap mereka.

Kawan kawan Iblis tidak jemu dan putus asa, malah terus mencuba. Iblis serta kuncu-kuncunya pun pergilah ke suatu tempat tinggal anak-anak Nabi Ayub iaitu di suatu gedung yang penuh dengan pelbagai kemewahan dan kemegahan. Lalu iblis mengoyang-goyangkan gedung itu sehingga roboh lalu menimpa ke atas anak-anak baginda dan terrus bergelimpangan mati. Melihat keadaan itu, baginda merasa sangat sedih sambil menangis. Baginda redha dengan pemergian anak-anak. Sebagaimana firman Allah surah As Shod ayat 40 : Ertinya : Dan Sesungguhnya ia mempunyai kedudukan Yang dekat lagi mulia di sisi kami, serta tempat kembali Yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). Kawan-kawan.. Sebagai pengajaran, kita seharusnya redha dengan apa jua kebaikan dan keburukan yang telah menimpa kita. Sebagai contoh, jika kita gagal dalam peperiksaan yang kita hadapi, maka kita harus redha dan menerima dengan penuh rasa rendah diri. Hadirin sekalian Iblis merasa marah kerana usaha yang dilakukannya tidak dapat menggoncang keimanan, kekuatan, ketaatan serta ketabahan nabi Ayub. Dalam keadaanbegitu sekali lagi datang menemui Allah. Wahai Allah . Sekiranya nikmat kesihatan yang engkau berikan kepada nabi Ayub ditarik kembali, sudah tentu Ayub tidak akan dapat menginggatimu, melakukan ibadat dan sebagainya. Iman Ayub pasti akan berkurang Hadirin sekalian Dalam keadaan itu, Iblis terus berniat jahat terhadap baginda lalu menaburkan kuman ke dalam tubuh badan baginda, semenjak dari hari itu, badan baginda mulai kurus, lemah serta tubuh badan mula ditumbuhi bintik-bintik kudis, semakin lama semakin teruk sehingga berulat. Penderitaan Nabi Allah Ayub menanggung penyakit ini selama 80 tahun. Ramai dari kalangan sahabat handainya menjauhi nabi Ayub kecuali isterinya sahaja yang berada disisi. Bagaimanakah sekiranya kita yang menghadapi penyakit tesebut ?....... tetapi nabi Ayub tetap mengucapkan syukur, mengingati Allah malahan mulut nabi Ayub tidak henti-henti mengucap tasbih kepada Allah. Kita sebagai hamba allah hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah setiap masa.Kita mesti redha dalam menghadapi musibah yang tidak baik berlaku ke atas kita. Hadirin sekalian

Dalam keadaan yang segetir ini seorang hamba Allah yang terbujur tidak bermaya selain mengharap redha Allah, si iblis menjelma lagi kononnya sehabat nabi Ayub sewaktu sihat dahulu. Si iblis mula melafazkan kata-kata manisnya cuba menghasut pula isteri nabi Ayub. Wahai isteri nabi Ayub apalah gunanya engkau bersuamikan leleki yang sudah menderita sekian lama. Dalam hati isteri nabi Ayub, ia terfikir juag berbuat demikian, akan tetapi rasa sayang dan taatnya kepada nabi Ayub, ia tidak sanggup berbuat demikian. Pada suatu hari isteri nabi Ayub berbisik kepada suaminya. Wahai sayangku sampai bilakah engkau diseksa oleh tuhanmu ini?..... dimanakah kekayaan, anak-anakmu, sahabat-sahabat karibmu dan kawan-kawan terdekatmu? ..Wahai sayangku apakah engkau tidak sanggup lagi bersuamikan aku makanya imanmu kian menipis? Kata nabi Ayub. Kalau engkau tidak sanggup lagi tinggal bersama ku, pergilah dan tinggalkan aku bersendirian di rumah tanpa anak dan isteri. Selepas pemergian isterinya, nabi Ayub berdoa kepada Allah wahai Tuhanku aku telah diganggu oleh syiton dengan kepayahan dan kesusahan serta siksaan, sesungguhnya engkaulah Tuhanku yang maha pengasih dan maha penyayang . Allah telah memakbulkan doa nabi Ayub lalu berfirman dalam surah As- Shod ayat 42 Ertinya : " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". Sabar adalah sebahagian daripada iman, orang yang tabah akan selalu mendapat rahmat dari Allah. Sebaliknya orang yang bersifat tergesa-gesa akan mengalami kerugian yang amat besar. Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian, wabillahi taufik wal hidaya wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai