Anda di halaman 1dari 8

Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak - 6:00 || Subuh - 6:10 || Syuruk - 7:27 || Zohor - 13:29 || Asar - 16:46

|| Maghrib - 19:29 || Isyak - 20:39

Ahad , 23 Februari 2014,

R@kanBH SMS Alert BHLive

Cari

Berita Harian

Google

UTAMA NASIONAL SUKAN DUNIA EKONOMI AGAMA FAMILI HIP TEKNOLOGI ARKIB SEMINGGU FOTO KLIK KHAS KOLUMNIS

Akhbar Digital iPad App Android App

MUTAKHIR

Pelaksanaan PBS ditangguh sementara - KP


2014/02/23 - 19:40:25 PMCetakEmel Kawan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. "Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru, katanya. Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya. Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat. Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS, katanya. Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan war room PBS di peringkat KPM. Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guruguru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan. Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya, katanya.
ARTIKEL BERKENAAN

Kemarau: Penternak ikan alami kerugian terima bantuan


BERA: Kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada penternak ikan sangkar yang mengalami kerugian berikutan kemarau yang melanda negara sejak awal bulan ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Utamakan kepentingan nasional dalam KLIA2 - Hishammuddin


KAJANG: Pihak yang terbabit dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

SKM salur RM10 juta rancakkan tanah rizab Melayu Selangor


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini meluluskan dana pinjaman bernilai RM10 juta kepada Koperasi Pembangunan Tanah Bumiputera Selangor Bhd (KOPTAS) bagi merancakkan pembangunan hartanah rizab Melayu di Selangor.

Polis rampas 1,000 pil kuda, 44 pil ecstasy di Kuantan


KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas 1,000 bijil pil kuda dan 44 biji pil ecstasy dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Seri Kuantan di sini, Khamis lalu.

Elak bincang isu agama secara melampau - Bakri


MUAR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, hari ini mengingatkan semua pihak supaya menghindarkan diri daripada membincangkan isu agama dan perkauman secara melampau kerana ia boleh menjejaskan keharmonian kaum.

SPDP mahu wakil dalam Kabinet


KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah hampir sembilan bulan berlalu dan kini Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mahu kuotanya dalam Kabinet Persekutuan diisi secepat mungkin.

Kenyataan Zuraida hina kaum wanita, diri sendiri - Mei Fun


KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini membidas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu.

MAS tawar jualan 5 hari untuk destinasi terpilih


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan jualan istimewa selama lima hari bermula esok bagi destinasi terpilih.

JAKIM diminta lapor kepada SKMM sekat blog ajaran sesat


KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disaran mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membolehkannya menyekat blog atau laman web yang menyebarkan fahaman songsang yang mengancam akidah umat Islam.

Kumpulan Baju Merah kaji langkah seterusnya terhadap kumpulan antikerajaan


BANGKOK: Prokerajaan, Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) sedang mengkaji tindakan terhadap kumpulan antikerajaan yang berkhemah di Bangkok selama berbulan-bulan menuntut kerajaan sementara Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan.

Kementerian sentiasa ikuti kes pasangan di Sweden - Nazri


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sentiasa mengikuti perkembangan kes pasangan suami isteri yang didakwa mendera anak mereka.

KAFA terima tajaan RM1 juta letak 'Visit Malaysia' di jersi


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi pasukan pertama negara ini mendapat tajaan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Pelancongan.

Pendaftaran RUMAWIP secara dalam talian - Tengku Adnan


PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan portal Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) untuk memudahkan orang ramai mendaftar jika ingin mendapatkan rumah sendiri.

Taib percaya parti lain akan contohi kejayaan parti PBB


MIRI: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak akan kekal teguh biarpun selepas pengundurannya daripada politik.

Dua nelayan sambilan dikhuatiri lemas di Kota Belud


KOTA KINABALU: Dua nelayan sambilan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka gagal dikesan di perairan Rampaian Laut, Kota Belud dekat sini, sejak Jumaat lalu.

Mini RTC jadi pusat jualan barangan pertanian - Shafie Apdal


KULAIJAYA: Kesemua 213 Mini RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) yang terdapat di seluruh negara akan turut dijadikan sebagai pusat penjualan barang-barang pertanian luar bandar.

AirAsia tawar lebih 500,000 tempat duduk percuma


KUALA LUMPUR: Tawaran tempat duduk percuma AirAsia kembali lagi dengan lebih daripada setengah juta tempat duduk percuma ditawarkan, bersama 1.8 juta tempat duduk promosi tambang rendah bagi penerbangan AirAsia yang terpilih.

Paras 3 empangan di Pulau Pinang tampung keperluan air hingga Mac


GEORGETOWN: Paras air di tiga empangan di negeri ini mampu menampung keperluan air sehingga akhir bulan depan jika musim panas dan kering berterusan.

Mesyuarat TPP diteruskan dengan harapan capai persetujuan lebih awal


SINGAPURA: Mesyuarat Perkongsian Trans Pasifik (TPP) peringkat menteri di sini diteruskan pada hari kedua hari ini dengan harapan dapat mencapai persetujuan awal.

Tindakan tegas jika ambil pasir di Sungai Muar langgar undang-undang


PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu tindakan tegas diambil ke atas syarikat yang mengorek pasir di Sungai Muar dekat Kampung Buloh Kasap, Segamat, Johor jika didapati melanggar peraturan undang-undang.

25 peratus banduan di Sarawak warga asing - Jabatan Penjara


SIBU: Sarawak kini mempunyai 1,287 banduan yang ditempatkan di enam penjara di seluruh negeri dengan 25 peratus daripadanya adalah warga asing, kata Pengarah Jabatan Penjara Negeri, Abdul Kadir Rais.

Rakyat diminta elak terdedah lama dalam cuaca panas


BALIK PULAU: Rakyat di negara ini terutama golongan warga emas dan kanak-kanak disaran tidak terdedah terlalu lama dalam cuaca panas bagi mengelak risiko serangan 'strok haba'.

BN Sarawak tekad rampas kembali 15 kerusi DUN


MIRI: Barisan Nasional (BN) Sarawak bertekad merampas kembali 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawan parti pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10 pada 2011.

Krisis air: Tiga lori tangki air tentera dihantar ke Balakong


KAJANG: Sebanyak tiga lori tangki air tentera dihantar ke Balakong bagi menangani krisis air di beberapa kawasan perumahan dekat sini.

Warga emas, cucu cedera disamun suami isteri


BESUT: Seorang wanita warga emas 54 tahun dan cucu lelakinya berumur 10 tahun cedera dipukul dengan kayu oleh kenalan lamanya yang menyamun mereka di Taman Haji Hassan, Kampung Alor Lintah dekat sini kelmarin.

Henti bertelagah, tumpu kepada PRN-11 - Abdul Taib


MIRI: Berhenti bertelagah! Itu pesanan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ditujukan kepada pemimpin tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Liow gesa ahli MCA bersatu padu ubah parti


KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini meminta semua ahli parti supaya bersatu padu dan menggabungkan kekuatan mereka untuk merubah parti menjadi lebih baik.

Najib ziarah dua bekas pemimpin UMNO di Pahang


PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menziarahi dua bekas pemimpin UMNO yang terlantar sakit di sini.

40 penunjuk perasaan Thai cedera diserang


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 40 orang cedera termasuk empat yang parah apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang penunjuk perasaan antikerajaan di Wilayah Trat malam tadi.
HANGAT

Pencalonan Presiden FAM dibuka Kien Keat bosan sering kena kritik TIMBUL SELEPAS AIR DIKOCAK, LAUNGAN AZAN Harga al-Quran dijangka naik Pembenihan awan Selasa

PILIHAN TERTINGGI

Nur Fathia buat hal di London? Kien Keat bosan sering kena kritik Harga al-Quran dijangka naik Inilah takdir saya... Lubuk puaka Pasir Rusa

PILIHAN EDITOR

Subsidi bersasar elak pembaziran, ketirisan Gol Lampard julang Chelsea Telur tiruan daripada tumbuhan Inilah takdir saya... Nur Fathia buat hal di London?

IKLAN TEKS
Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Kembali ke atas
o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Utama Nasional Sukan Dunia Ekonomi Agama Hip Teknologi Arkib Seminggu Klik Khas Kolumnis Redaksi Sejarah Hubungi Kami Iklan Web 1Klassified RSS Facebook Twitter BH TV Galeri BH LIVE Rakan BH SMS Alert Akhbar Digital NSTP Group New Straits Times Harian Metro Untuk sebarang maklum balas hantarkan kepada bhonline@mediaprima.com.my
Hak Cipta Terpelihara 2014 | Disclaimer | Notis Perlindungan Data Peribadi

Untuk paparan terbaik, pindah turun aplikasi pelayar

Tutup Iklan

Anda mungkin juga menyukai