Anda di halaman 1dari 12

PENGAJARAN KEMAHIRAN BM (BMM3104) 1.0 PENGENALAN Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan dengan kemahiran bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan pengetahuan terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis seperti yang dapat lihat dalam rajah 1 berikutnya. KEMAHIRAN BERBAHASA Kemahiran Lisan ; mendengar dan bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Membaca

Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran berbahasa

2.1 Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Justeru, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar ini dan beberapa lagi aspek tentang kemahiran berbahasa.

2.1.1 Definisi kemahiran mendengar Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ bersama- sama dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

2.1.2

Peringkat kemahiran mendengar

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran pertengahan dan kemahiran peringkat maju. Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan ayat dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.

Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi ( perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal sikap dan perasaan oang yang bercakap dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu.

2.1.3 Aktiviti kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bersesuaian dengan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang pertama iaitu setelah akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal. Aktiviti pula ialah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Contoh- contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang. Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut : Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan hurufhuruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai. Soalan 1 : A = buku, B = kuku, C = duku Rajah 2 : Gambar buku, kuku dan duku

Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah :

I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama. III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan

2.2 Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara satu dengan yang lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas, dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran ini, kita terus melihat aspekaspek kemahiran bertutur ini. 2.2.1 Definisi kemahiran bertutur Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nor aina dani (2007), pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

2.2.2 Objektif Bertutur

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran bertutur diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid: * * * * * * * * * * Menyebut dengan jelas Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi Menunjukkan arah Bertemu ramah Memberikan penerangan dan memberi alasan Membina soalan untuk mencari maklumat Bertukar-tukar pendapat dan maklumat Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat Bertutur secara bertatasusila Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi

2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertuturan

Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasan yang mana kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepat bercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik. Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya

didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Di samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik dariapda kanak-kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahliahli keluarganya. Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama dengan sistem bahasa sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut.

2.2.4 Aspek-aspek pertuturan

Terdapat beberapa aspek penting yang harus kita beri perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan juga laras bahasa. Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.

Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina. Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. La terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud muridmurid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayatayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar. Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

2.2.5 Peringkat kemahiran bertutur v Melafazkan pengucapan bertatasusila. v Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar. v Menyoal untuk mendapatkan maklumat . v Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. v Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. v Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. v Memberi arahan.

v Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. v Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar. Peringkat Pertengahan Peringkat Awal

v Membuat deskripsi tentang objek atau gambar v Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. v Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. v Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. v Membaca iklan dan peraturan-peraturan. v Memberi ucapan pendek dan mudah. v Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. v Memberi komen secara mudah.

v Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat Maju v Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. v Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. v Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. v Bertanya untuk mendapatkan maklumat. v Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan. v Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. v Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan). v Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain. v Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan. v Mendeklamasi puisi.

Rajah 3 : Peringkat-peringkat kemahiran mendengar

2.2.6

Pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur

Dalam pemilihan bahan untuk mengajar kemahiran bertutur, seseorang guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria seperti yang berikut iaitu bahan yang sedia ada, kesesuaian dengan objektif pengajaran dan keberkesanannya. Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu yang pertama ialah guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya ; guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan ; guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan ; dan, guru menggunakan papan tulis untuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila berrtutur. Kedua ialah objek sebenar iaitu objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid ; mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman ; mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh dutunjukkan atau didengari melalui alat audio dan visual seperti television, vedio, filem dan transperansi ; dan, bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur. Akhir sekali ialah penggunaan gambar yang mana guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan ransangan untuk murid-murid bercerita,

berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.

2.2.7 Aktiviti-aktiviti bertutur

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temu bual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan seharihari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipratikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolelah dijadikan ransangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas. Salah satu contoh aktiviti yang dipilih bagi kemahiran bertutur ini ialah aktiviti berbual. Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceeritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid bercerita, guru menyusun strategi. Antara strategi yang boleh guru laksanakan ialah pertama, guru boleh menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu dan yang kedua, pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan tajuk itu disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu Contohnya aktiviti perbualan tersebut ialah seperti berikut :

Tajuk : Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

Langkah pelaksanaan adalah seperti berikut : i) Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi. ii) Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan sebagainya. iii) Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas misalnya ;

v Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem, telegram, bungkusan dan lain-lain. v Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.

v Tetapkan murid-murid yang akan memegang paranan sebagai pembeli, penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya. v Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki contohnya: Minta beli setem Bertanyakan harga setem Minta borang telegram. Hendak menyimpan wang

iv) Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan hargaharganya( misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, RM 1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia ada pada murid-murid. v) Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang digunakan.

vi) Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan. vii) viii) Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam aktiviti itu. Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.

ix) Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semual apa yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi. x) Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi. xi) Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai ransangan pelajaran lisan untuk aktiviti selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai