Anda di halaman 1dari 19

MOHD JOHARI BIN JUSOH

Sistem

Suria terdiri daripada Matahari, 9 buah planet, satelit semulajadi, asteroid, komet, meteoroid dan meteor . Semua planet di dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari .

Matahari adalah pusat bagi Sistem Suria . Matahari adalah sebiji bintang . Ia mengeluarkan haba dan cahaya . Ia adalah objek yang paling besar di dalam Sistem Suria .

Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari . Utarid juga adalah planet yang terkecil di dalam Sistem Suria . Ia juga mengambil masa 59 hari untuk beredar mengelilingi Matahari .

Zuhrah adalah planet kedua dari Matahari . Ia adalah planet yang paling panas di dalam Sistem Suria . Mengambil masa 225 hari untuk beredar mengelilingi Matahari .

Bumi adalah planet ketiga dari Matahari . Bumi juga adalah satu- satunya planet yang mempunyai udara, air dan suhu yang sesuai untuk membolehkan hidupan wujud di atasnya . Ia mengambil masa 365 hari (1 tahun ) untuk beredar mengelilingi Matahari .

Marikh merupakan planet ke empat dari Matahari . Marikh digelar sebagai planet merah kerana permukaannya diliputi habuk merah . Ia mengambil masa 687 hari untuk beredar mengelilingi Matahari .

Musytari ialah planet kelima dari Matahari . Musytari juga digelar planet yang terbesar di dalam Sistem Suria . Mengambil masa 12 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari . Ia juga diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas . Ia mengambil masa 29 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari .

Zuhal adalah planet keenam dari Matahari . Mempunyai gegelang cerah di sekelilingnya . Ia juga adalah planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria selepas Musytari . Ia juga diklasifikan sebagai sebuah planet gergasi bergas . Ia juga mengambil masa 29 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari .

Uranus adalah planet yang ketujuh dari Matahari . Ia mengambil masa 84 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari .

Neptun adalah planet yang ke lapan dari Matahari . Ia mengambil masa 165 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari .

Pluto adalah planet kesembilan dari Matahari. Planet yang paling kecil dan paling sejuk di dalam Sistem Suria . Ia mengambil masa kira-kira 247 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari .

satelit semula jadi

Objek yang beredar mengelilingi sesebuah planet . Semua planet mempunyai satelit semula jadi kecuali Utarid dan Zuhrah . Bumi mempunyai satu satelit semula jadi (Bulan) .

Asteroid .

Objek berbatu yang beredar mengelilingi Matahari . Kebanyakkan asteroid terletak dalam satu jaluran antara planet Marikh dan Musytari yang dikenal sebagai jaluran asteroid . Berbeza-beza saiznya daripada sekecil habuk hingga beberapa kilometer diameternya.

komet.

Kumpulan ketulan ais dan habuk kecil yang beredar mengelilingi Matahari . Beredar mengelilingi Matahari dalam orbit yang amat besar . Menghabiskan banyak masanya di luar Sistem Suria . Boleh dilihat apabila ia memasuki Sistem Suria . Satu daripada komet yang terkenal ialah Komet Halley yang dapat dilihat dari Bumi setiap 76 tahun .

Meteoroid .

Ketulan batu atau logam yang terapung-apung di angkasa lepas . Terdapat berjuta-juta meteoroid di dalam Sistem Suria .

Meteor .

Objek yang kelihatan sebagai satu coret cahaya di langit pada waktu malam . Terjadi apabila meteoroid yang memasuki atmosfera Bumi disebabkan graviti terbakar .

terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai