Anda di halaman 1dari 4

Where good idea come from by Steven Johson

a) Apakah masalah yang akan dihadapi semasa menghasilkan idea kreatif.

Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya penghasilan sesuatu idea yang kreatif? Idea yang kreatif melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi. Selain itu, idea yang kreatif juga amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam kehidupan seharian di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap. Namun begitu, terdapat juga masalah-masalah yang dihadapi semasa menghasilkan sesuatu idea yang kreatif. Masalah utama yang menjadi penghalang kepada idea kreatif adalah kepercayaan yang kita tidak kreatif. Dengan ini kita telah menyekat daya kreativiti dari berlaku. Sekiranya kita sering mengatakan yang kita bukan seorang yang kreatif, maka tidak perlulah kita belajar untuk menjadi seorang yang kreatif. Pada masa yang sama kita akan beranggapan bahawa tidak perlulah bersusah payah melakukan sesuatu kerana jauh dilubuk hati kita sudah mengatakan aku tidak boleh melakukannya. ada juga golongan yang menyimpan idea kreatif mereka terlalu lama. Mereka tidak merealisasikan idea tersebut dengan alasan belum bersedia. dalam penghasilan sesuatu idea yang kreatif tidak ada istilah mencuba dan yang ada hanyalah istilah samaada lakukan atau tidak lakukan. Takut kepada Kritikan juga merupakan masalah yang dihadapi dalam penghasilan idea yang kreatif. Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal atau tidak masuk akal. Untuk mengelak dari di kritik, golongan seperti ini akan bertindak secara kebiasaan dan menjadi pengikut sahaja. Mereka tidak akan melakukan perkara yang berbeza. Dalam hal ini seseorang itu haruslah sedar bahawa akan senantiasa ada manusia yang akan mengkritik usaha kita walau pun idea tersebut baik. Oleh hal itu, kita mesti jadikan kritikan sebagai satu cabaran bukan satu masalah.

Masalah lain yang dapat dikenalpasti semasa menghasilkan idea yang kreatif ialah, tekanan yang berlebihan. Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif. Tekanan bukan sahaja boleh melemahkan dan menghabiskan tenaga seseorang malah ia tidak elok untuk kesihatan. Keadaan di sekeliling juga mendesak seseorang untuk tidak menghasilkan sesuatu idea yang kreatif.

b) Apakah yang diperlukan untuk menghasilkan idea-idea kreatif.

Setelah seseorang itu

menjalani proses kreativiti dan memperolehi jalan

penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Idea yang kreatif adalah syarat awal kepada inovasi. Persoalannya ialah apakah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif. Terdapat golongan yang menyimpan idea-idea kreatif mereka terlalu lama. Cara untuk merangsang golongan seperti ini agar mereka merealisasikan idea mereka itu adalah dengan menggabungkan idea mereka dengan idea lain yang kreatif. Penghasilan sesuatu idea yang kreatif kebiasaannya memerlukan dua otak untuk bekerjasama. Seseorang itu boleh meminjam idea seseorang dan menggabungkan dengan idea sendiri untuk menghasilkan idea yang lebih baik. Perbincangan dan penggabungan idea dengan orang lain juga boleh digunakan. Semakin banyak idea yang digabungkan semakin baik sesuatu idea baru yang akan dihasilkan. Kesemua idea mestilah diterima walaupun terdapat beberapa idea yang tidak masuk akal. Namun ada juga idea yang tidak perlu diterima seperti idea yang berbentuk kritikan.

Dalam penghasilan sesuatu idea yang kreatif sudah pasti berlaku gangguan. Namun hal ini boleh diatasi sekiranya seseorang itu mengikuti beberapa langkah untuk menghasilkan sesuatu idea yang kreatif. Langkah pertama untuk menjana minda kita menghasilkan idea-idea kreatif ialah, kita perlu menganalisa masalah tersebut. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal untuk membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Sekiranya masalah tersebut nampaknya terlalu besar, pecahkan masalah tersebut kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan masalah tersebut secara singkat jika boleh. Langkah kedua, selepas berjaya kenal pasti masalah tersebut, keluarkan dan jana idea sebanyak yang mungkin untuk memperolehi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Setiap idea yang dikeluarkan adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea tersebut baik atau buruk. Langkah ketiga, kita perlu melakukan kajian dan analisa secara terperinci sebelum memilih cara yang terbaik untuk menyelesaian masalah tersebut. Semua penyelesaian yang ada haruslah diperolehi dari langkah kedua tadi. Langkah keempat, selepas jalan penyelesaian terbaik dipilih, kini tiba masanya untuk perlaksanaan. Dalam langkah keempat ini, ia melibatkan pembinaan produk yang bersesuaian dari idea yang dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai