Anda di halaman 1dari 2

NAMA KELAS TEMA

:NUR IWANI BT ISMAIL : 5 GEMILANG 1 : TERIMA KASIH CIKGU

Saban tahun,16 Mei merupakan hari keramat lagi suci kepada warga pendidik.Hari inilah, jasa dan pengorbanan para pendidik akan dihargai oleh anak muridnya.Sehubungan dengan itu,setiap sekolah akan meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan sukan antara guru dan murid,pemberian hadiah dan persembahan murid kepada guru yang disayangi. Atas bimbingan gurulah lahirnya golongan profesional seperti

doktor,jurutera,saintis dan lain-lain lagi.Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri,doktor,peguam,dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajar membaca dan menulis.Dengan kata lain,tanpa guru,siapalah kita?Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketrampilan dan berdaya saing dalam memartabatkan negara. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan.Guru sentiasa menyuntik nilai-nilai murni kepada murid supaya kita menjadi insan yang berguna

kepada keluarga,bangsa dan negara.Dengan bimbingan,asuhan dan kasih sayang guru akan melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan sahsiah mulia. Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna memerlukan pengorbanan yang tinggi.Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan anak didiknya berjaya dalam hidup.Guru selalu
1

diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Dedikasi guru dapat membentuk murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta berakhlak mulia.Guru yang bertanggungjawab akan sentiasa dihormati oleh anak murid dan rakan sejawatan. Harapan kami agar guru tidak putus asa dan patah semangat dan sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi murid supaya menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani,rohani,intelek dan emosi.Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. ( 247 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai