Anda di halaman 1dari 2

NAMA KELAS TEMA

: ARISHA BALQIS BT. ABDUL RAZAK : 6 GEMILANG 1 : TERIMA KASIH GURU

Tanggal 16 Mei merupakan hari yang bersejarah kepada semua guru di seluruh negara sama ada di bandar atau di kawasan pedalaman.Pada tarikh 16 Mei, seluruh negara akan menyambut Hari Guru walaupun secara sederhana.Semua guru merupakan pembentuk generasi akan datang.Guru banyak berjasa dalam mendidik kita.Dari gurulah kita belajar daripada kepada tahu dan mahir. Untuk memperoleh keberkatan ilmu daripada guru yang mengajar,kita mestilah menghormati guru,mendengar segala nasihat guru dengan hati terbuka dan sentiasa berusaha mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.Jika di dunia ini tiada guru,murid-murid akan menjadi buta huruf dan buta ilmu.Jasa guru tidak seharusnya dilupakan kerana terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan demi kejayaan anak-anak muridnya. Setiap murid hendaklah menghargai jasa guru dan pertolongan guru dengan cara mengucapkan terima kasih.Jika hari ini seorang Perdana Menteri yang berkuasa,raja yang menaiki takhta.presiden sebuah negara,ulama yang mulia,peguam yang menang dalam bicara dan sesiapa sahaja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar menulis dan membaca. tidak tahu menulis,mengira dan membaca

Guru sentiasa bersabar dalam menegur murid yang membuat kesalahan.Guru menyokong murid apabila murid lemah.Tanpa seorang guru,seseorang murid ibarat katak di bawah tempurung.Bukan sekadar mengucap terima kasih sahaja,malahan murid juga perlu menghormati guru.Guru adalah Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Guru-guru adalah idola kehidupan murid.Tugas guru amat mulia dan sentiasa dikenang sepanjang zaman.Tanpa guru mungkin hidup murid tanpa panduan meniti arus kehidupan yang penuh berliku.Guru umpama cahaya yang menunjuk jalan dan pembimbing kehidupan ini.Guru bagai bintang di langit memberi pedoman arah malam hari dalam membimbing anak bangsa bangun mengejar impian dan pembangunan negara.Walau seribu halangan yang menghalang,semangat guru tetap kental.Juteru, para murid hendaklah mengucapkan Terima Kasih, Cikgu .

( 250 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai