Anda di halaman 1dari 1

Acara: Lompat jauh Latar belakang

Definisi dan sejarah Lompat jauh merupakan suatu gerakan melompat menggunakan tumpuan satu kaki untuk mencapai jarak sejauh-jauhnya. Sasaran dan tumpuan lompat jauh adalah untuk mencapai jarak lompatan sejauh mungkin ke sebuah letak pendaratan atau bak lompat. Jarak lompatan diukur dari tolakan sampai batas terdekat dari letak pendaratan yang dihasilkan oleh bahagian tubuh. Sejarah acara lompat jauh dapat dikesan semenjak tahun 708 sebelum Masihi iaitu dalam era Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan sejarah pada masa tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis yang merupakan peserta Sparta. Pada zaman itu juga hanya lelaki yang mengambil bahagian dalam sukan Olimpik. Walaubagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang diaplikasikan pada zaman tersebut amat berlainan daripada lompatan yang dibuat pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple. Hal ini juga mungkin berkaitan dengan sejarah perkembangan lompat kijang. Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.

Peraturan lompat jauh

Anda mungkin juga menyukai