Anda di halaman 1dari 12

TAJUK KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

1.Sediakan satu muka pengurusan grafik digital yang menunjukkan perbandingan ciri-ciri keistimewaan budaya yang dikenalpasti berdasarkan dua kumpulan etnik di Malaysia.

2.Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan budaya yang telah dikenalpasti,huraikan bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

1.DEFINASI DUA ETNIK MELAYU DAN CINA

Pengenalan Etnik

Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
Di Malaysia , Etnik Melayu dan Cina merupakan kaum terbesar yang menduduki Malaysia. Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau begaimana pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu. Orang cina pula didefinasikan sebagai penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari Republik Rakyat China yang tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai Sinkheh.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

2. CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN BUDAYA 2 ETNIK

Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik ang terbesar ang terdapat di Malaysia ialah Melayu dan Cina. Etnik-etnik ini pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama Islam. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu

Oleh itu terdapat pelbagai ciri-ciri keistimewaan bagi kedua-dua etnik ini.Ini dapat kita lihat dari segi adat resam,pakaian,perayaan,makanan,tarian,alat muzik, kepercayaan mahupun dialek.
Diantara adat-adat resam etnik Melayu ialah melenggang perut bagi perempuan yang hamil ,cukur rambut bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan,memperdengarkan azan bagi bayi yang baru lahir dan bersunat bagi budak-budak lelaki.Pakaian pula, etnik Melayu sinonim dengan kebaya,baju kurung cekak musang,baju kurung teluk belanga. Pakaian pakaian ini biasanya dipakai pada hari raya, acara fomal,kenduri-kendara ataupun sesuatu acara yang penting yang diwajibkan memakai secara formal.Kebiasaannya,etnik Melayu ataupun orang Islam merayakan pelbagai perayaan .Contohnya Hari raya puasa, Raya Qurban dan Maulud Nabi.Perayaan ini dirayakan mengikut agama Islam, contohnya sebelum merayakan Hari Raya Puasa,orang Islam berpuasa dan pada hari raya orang-orang Islam menunaikan sembahyang raya, mengeluarkan zakat dan sebagainya.Semasa Raya Qurban orang-orang Islam mengerjakan haji di Mekah,membuat kurban dengan penyembelihan haiwan seperti lembu,kerbau,kambing

mahupun unta dan Maulud Nabi disambut dengan mengadakan perarakan beramai-ramai serta ceramah agama. Etnik Melayu mempunyai pelbagai makanan yang menjadi kebanggaan dan dikenali sebagai makanan orang Melayu. Contohnya nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi kandar, nasi ulam, lemang, rending, dodol dan sebagainya.Ada sesetengan makanan tersebut hanya dimasak pada upacara tertentu dan sesetengahnya telah menjadi makanan harian yang biasa dimakan oleh orang Melayu. Etnik Melayu yang lahir dari pelbagai tempat, maka tarian etnik Melayu yang lahir juga ada pelbagai jenis dan cara seperti tarian makyong, kuda kepang,zapin,joget,tarian asyik. Tarian ini lahir bersama-sama dengan pelbagai alat muzik seperti gendang,kompang,seruling,gambus dan rebana.Etnik Melayu juga seperti yang kita tahu beragama Islam maka dari segi kepercayaan etnik Melayu berpegang kepada kepercayaan Islam tetapi ada juga yang menggunakan jampi serapah dan bomoh.Dailek-dailek ang terdapat di Malaysia dan digunakan oleh etnik Melayu ialah dailek Negeri Sembilan,Perak,Kelantan, Terangganu dan pelbagai lagi. CINA MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan (adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini). Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. Nama-

nama anak yang baru lahir juga dipengaruhi oleh feng sui,jade,yin,yang,semangat alam seperti emas, api,api,tanah dan kayu.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, contoh adat atau budaya masyarakat Cina juga (i-) mementingkan nasib keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Kaum lelaki Cina

juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarga dan merupakan waris utama pusaka keluarga). Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali contoh (v)perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China. Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah (adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat) beserta makanan yang tersendiri seperti kuih

bulan,yusheng,kway teow dan kuih bakul. Semasa upacara ini juga kita boleh melihat pelbagai tarian iaitu tarian singa,tarian naga dan beberapa tarian yang lain.Alat-alat muziknya pula berbeza dengan etnik Melayu dimana kita akan melihat etnik cina dengan seruling,fifa,yangqin, erh hu.

Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.Bagi orang Cina ibu yang mengandung tidak boleh memaku,mereka juga dijaga oleh mertua dan nama bayi yang lahir

berunsur emas,air,api,tanah,kayu.Dari sudut berpakaian orang cina terkenal dengan jubah labuh, cheongsam, baju shanghai dan samfoo. Pakaian ini selalu dipakai pada upacara tertentu seperti perayaan, perkahwinan,kematian dan acara-acara yang formal.Terdapat pelbagai dailek etnik cina seperti hakka,kantonis,teochew,hainan,danfuzhou.Dailek ini banyak dan pelbagai kerana China terlalu luas dan orang-orang cina yang dating ke Malaysia dari pelbagai kawasan dan membawa dailek masing-masing. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@2

2.Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan budaya yang telah dikenalpasti,huraikan bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, budaya merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi d a n m e n y e s u a i k a n d i r i dengan masyarakat dan alam sekitar manakala perkataan budaya berberasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu budhi dan daya. P e r k a t a a n b u d h i y a n g d i p i n j a m daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, t e n a g a d a n pengaruh . Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian budaya dan etnik ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (ShamsulAmri Baharuddin,2007:14). Implikasi pelbagai sosiobudaya Kepelbagaian sosio-budaya dan etnik dalam sistem Masyarakat Majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Oleh itu: Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.

Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Oleh kerana Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai

kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu masalah dengan kehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena ini sebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah. Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Melalui program ini juga diharap dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka kepada kepelabagaian muridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan dan mengenal mereka dengan lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna kepada sebilangan besar murid. Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan stereotaip dan prasangka dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka. Pendekatan ini

memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan.

Pengurusan kelas yang mesra budaya penting supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid. Ianya meliputi proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan murid untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu p &p dan kejayaan sekolah. Ini termasuk proses merancang, mengelola, memimpin,mengarah dan mengawal.Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi,rohani, dan intelek. Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan budaya yang telah dikenalpasti, guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.Diantara ciri-ciri keistimewaan budaya yang telah dikenalpasti tersebut ialah dari sudut makanan,bahasa,pakaian, perayaan dan kesenian. Di dalam sebuah sekolah yang mengandungi murid Melayu dan Cina, pada pandangan saya makanan boleh mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya kerana murid makan pada waktu rehat di kantin sekolah.Makanan yang dijual adalah sama seperti nasi lemak,nasi ayam, mee, koew teow dan sebagainya.Oleh itu murid telah membiasakan diri makan makanan yang sama tanpa mengira etnik. Makan bersama-sama pada satu meja ,berbual-bual semasa makan , secara tidak langsung boleh mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Semasa perayaan raya cina yang terkenal dengan buah limaunya, ramai murid-murid cina membawa buah limau ke sekolah dan makan bersama rakan-rakan yang berbangsa Melayu,ini juga dapat merapatkan tali silaturrahim antara Cina dan Melayu dan mewujudkan kelas mesra budaya yang kondusif. Sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di sekolah.Oleh itu murid-murid Cina mahupun Melayu bertutur dalam satu bahasa selain bahasa Inggeris di sekolah. Bahasa lain memang dilarang sama sekali. Oleh itu penggunaan bahasa yang sama juga dapat mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Ini disokong lagi dengan adanya minggu Bahasa Malaysia ataupun minggu Bahasa Inggeris yang dibuat setiap tahun.Dari aktiviti minggu bahasa ini pelbagai aktiviti dibuat untuk meningkatkan lagi

pengguasaan bahasa dan meningkatkan lagi prestasi murid di dalam pengajaran dan pembelajaran.Semasa minggu bahasa ini murid bersatu padu menjayakan minggu bahasa di samping memperluaskan penguasaan bahasa tanpa mengira etnik samada Cina atau Melayu.Selain itu hasil aktiviti murid yang telah dibuat tersebut bolehlah dipamerkan di salah satu sudut di dalam kelas. Pelbagai hasil kerja tersebut boleh membuatkan murid merasa bangga dan dihargai tanpa mengira etnik. Jenis pakaian yang sama juga boleh menyebabkan kelas mesra budaya dimana murid menggenakan jenis pakaian yang sama iaitu murid Cina ramai yang memakai baju kurung seperti murid Melayu.Sekolah juga boleh mengadakan aktiviti pertandingan pakaian baju beragam atau pakaian baju tradisional semasa minggu panitia Sivik.Melalui pergaulan ini semua, jelaslah melalui pakaian juga dapat mengeratkan kemesraan antara murid-murid di dalam kelas dan mewujudkan kelas yang mesra budaya.

Rumusan Kesimpulannya, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bergantung kepada berbagai cara, iaitu bukan setakat mewujudkan persekitaran fizikal mahupun sosioemosi tetapi ianya juga bergantung kepada perkara-perkara lain seperti perhubungan antara kelompok etnik, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pedagogi releven budaya dan

kepelbagaian, pedagogi kelas bercantum, sosiologiustik dan penilaian yang dibuat.Pemahaman dan kesedaran guru dalam pelbagai perkara ini mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya yang berjaya dan berkesan.

Rujukan: 1. Noriati A. Rashid et al.(2011). Budaya dan pembelajaran, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Zaid Ahmad et al. (2006),Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 3. Shamsul Amri Baharuddin. (2010).Modul Hubungan Etnik, Shah Alam : University Publication Centre(UPENA) 4. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5).Konsep kepelbagaian budaya, dimuat turun dari http://www.scribd.com/doc/31686103/Konsep-Kepelbagaian-Budaya pada 20 May

2010.

5.

Nyong,2009. Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, dimuat turun dari http://nyongatthesky.blogspot.com/2009/06/kepentinganmembina-persekitaran-bilik.html pada 30 Jun 2009.

6. Kheru, 2006. Pembinaan persekitaran bilik darjah.Dimuat turun dari http://kheru2006.i8.com/EDU3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah.htm pada 2 Jun 2012. 7. Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Dimuat turun dari http://www.slideshare.net/UmiJauhar/pembinaan-persekitaran-bilik-darjah-yang-mesrabudaya-emosipresentation pada 2 May 2012

TAJUK KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

SOALAN : Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan budaya yang telah dikenalpasti,huraikan bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai

  • kk3 SC - Diana A
    kk3 SC - Diana A
    Dokumen27 halaman
    kk3 SC - Diana A
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Mewowoowow
    Mewowoowow
    Dokumen1 halaman
    Mewowoowow
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Ayat 7
    Ayat 7
    Dokumen3 halaman
    Ayat 7
    Harith Aidielx
    100% (4)
  • Ayat 7
    Ayat 7
    Dokumen3 halaman
    Ayat 7
    Harith Aidielx
    100% (4)
  • RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
    RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
    Dokumen2 halaman
    RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
    kaspolanwar
    Belum ada peringkat
  • Moral Sem 5
    Moral Sem 5
    Dokumen130 halaman
    Moral Sem 5
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Echa BB 2
    Echa BB 2
    Dokumen17 halaman
    Echa BB 2
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Aidiel
    Aidiel
    Dokumen17 halaman
    Aidiel
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Ayat 7
    Ayat 7
    Dokumen3 halaman
    Ayat 7
    Harith Aidielx
    100% (4)
  • Rancangan Pengajaran Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 6
    Rancangan Pengajaran Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 6
    Dokumen4 halaman
    Rancangan Pengajaran Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 6
    skppasir
    Belum ada peringkat
  • Kerja Adik
    Kerja Adik
    Dokumen1 halaman
    Kerja Adik
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Kerja Adik
    Kerja Adik
    Dokumen1 halaman
    Kerja Adik
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Kerja Adik
    Kerja Adik
    Dokumen1 halaman
    Kerja Adik
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Ustaz Fazilah Kamsah
    Ustaz Fazilah Kamsah
    Dokumen69 halaman
    Ustaz Fazilah Kamsah
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Echa BB 2
    Echa BB 2
    Dokumen17 halaman
    Echa BB 2
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • Echa BB 2
    Echa BB 2
    Dokumen17 halaman
    Echa BB 2
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat
  • CTH Soalan SCE 3108
    CTH Soalan SCE 3108
    Dokumen6 halaman
    CTH Soalan SCE 3108
    Sang Pengembara
    Belum ada peringkat
  • Echa BB 2
    Echa BB 2
    Dokumen17 halaman
    Echa BB 2
    Harith Aidielx
    Belum ada peringkat