Anda di halaman 1dari 4

Kedai-Buku.

com | Gedung Buku Online Malaysia| Malaysia Online Book Store


Kedai-Buku.com

PTS Kaedah Mengajar Sains

RM 20.00

Tajuk : Kaedah Mengajar Sains Pengarang : Zurida Ismail, Mohd. Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros Penerbit : PTS Professional ISBN : 9799833376239 Mukasurat : 202 Halaman Status Stok : ADA Panduan memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi konsep-konsep sains.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur, alhamdullillah kerana dengan izinNya buku ini dapat disempurnakan. Buku ini dihasilkan dengan harapan dapat di-jadikan panduan dan pencetus idea kepada guru dan bakal guru bagi mengetahui dan memahami beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi pengajaran konsep-konsep sains. Strategi-strategi yang dicadangkan ini menekankan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pe-nekanan ini sejajar dengan pandangan konstruktivisme yang me-nerangkan bagaimana pelajar membina makna dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan kepentingan pelajaran sains. Pendekatan pengajaran konstruktivisme ini dibincangkan dalam bab I. Bab ini disusuli dengan perbincangan berkenaan pengajaran inkuiri dalam bab 2 dan kitar pembelajarannya dibincangkan dalam bab 3 sebagai contoh pembelajaran inkuiri.

Copyright 2011 - Kedai-Buku.com - http://www.kedai-buku.com

_PN_PAGE 1 _PN_OF 4

Selain mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, pe-ngajaran juga perlu berupaya membina kemahiran berfikir pelajar. Justeru, bab 4 membincangkan pembelajaran berfikrah dan disusuli dengan pembelajaran berasaskan masalah yang me-merlukan pelajar berfikir bagi mencari jawapan atau penyelesaian. Pembelajaran dapat dilakukan secara koperatif dan pendekatan ini dibincangkan dalam bab 7. Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna jika ia berkaitan dengan kehidupan harian pelajar dan pendekatan kontekstual seperti yang dibincangkan dalam bab 9 membolehkan konsep-konsep sains diketengahkah berasaskan konteks sementara pembelajaran masteri yang ditekankan dalam bab 8, memberi peluang kepada pelajar bagi menguasai konsep-konsep jika diberi masa yang mencukupi. Sejajar dengan perkembangan terkini dalam pendidikan sains, bab 6 mem-bincangkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan bab 10 membincangkan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris. Diharapkan buku ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal-bakal guru dan juga guru-guru dalam merancang persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pelajar aktif dalam sains. Kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buku ini, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas kegigihan mereka. Zurida Haji Ismail Sharifah Norhaidah Syed Idros Mohd Ali Samsudin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Prakata BAB 1 Pengajaran dan Pembelajaran Sains daripada Perspektif Konstruktivisme Pengenalan Perspektif Konstruktivisme Pembelajaran daripada Perspektif Konstruktivisme Miskonsepsi atau Salah Tanggapan Pendekatan Pengajaran Implikasi pada Pengajaran Sains Penutup BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Inkuiri Pengenalan Maksud Inkuiri Pendekatan Pengajaran Inkuiri Kelebihan Inkuiri Model Pembelajaran Inkuiri Penemuan Strategi ke Arah Pembelajaran Inkuiri Penemuan Perancangan Pelajaran Inkuiri Contoh Rancangan Pelajaran Inkuiri Terbimbing Penutup BAB 3 Kitar Pembelajaran dalam Pendidikan Sains Pengenalan Penaakulan Saintifik Penaakulan Bercorak Empirikal-Induktif Penaakulan Hipotetikal-Deduktif Kitar Pembelajaran Contoh Pengajaran Berasaskan Kitar Pembelajaran Empirikal-Abduktif Penerapan Nilai-nilai Murni Konsep-konsep Utama Pengenalan Kepada Topik

Copyright 2011 - Kedai-Buku.com - http://www.kedai-buku.com

_PN_PAGE 2 _PN_OF 4

Istilah-istilah Penting Kitar Pembelajaran Empirikal-abduktif BAB 4 Kemahiran Berfikir dan Pembelajaran Berfikrah Pengenalan Kemahiran Berfikir Pemikiran Kritis Strategi Pengajaran Pembelajaran Berfikrah Penutup BAB 5 Pembelajaran Berasaskan Masalah Pengenalan Prinsip-prinsip Utama PBM Langkah-langkah dalam Model PBM Peranan Guru Contoh Pengajaran Berasaskan Masalah Konsep-konsep Penting NGV (Natural Gas Vehicle)- Kenderaan Gas Asli BAB 6 Penggunaan ICT dalam Pendidikan Sains Pengenalan Perubahan dalam Amalan Pendidikan Faedah Penggunaan ICT dalam Pendidikan ICT dalam Pengajaran Penggunaaan Program Aplikasi Membiasakan Diri dengan Penggunaan ICT BAB 7 Pembelajaran Koperatif dalam Sains Pengenalan Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Koperatif dalam Sains Peranan Guru Model Pembelajaran Koperatif Kesimpulan BAB 8 Pembelajaran Masteri Pengenalan Model Asas Pengajaran Masteri Penyampaian Isi Pelajaran Ujian Formatif Pentadbiran Ujian Formatif Analisis Keputusan Ujian Formatif Strategi-strategi Mengajar Semula Ujian Sumatif Rancangan Pembelajaran Masteri Penutup BAB 9 Pengajaran Kontekstual Pengenalan Pembelajaran Kontekstual Prinsip-prinsip Pendekatan Kontekstual

Copyright 2011 - Kedai-Buku.com - http://www.kedai-buku.com

_PN_PAGE 3 _PN_OF 4

Sumber Situasi Kehidupan Sebenar Strategi Pengajaran Kontekstual Senarai Semak Kendiri Pengajaran Kontekstual Tugasan Soalan Kontekstual Contoh Rancangan Persediaan Mengajar BAB 10 Pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris Pengenalan Pembelajaran Sains dalam Bahasa Kedua Basic Interpersonal Communication Skills (BICS) dan Cognitive Academic-Language Proficiency (CALP) Perkataan Saintifik dan Perkataan Biasa Bukan Saintifik Model Pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pengajaran Bahasa Kedua Berasaskan Isi Kandungan Immersion Education Content and Language Integrated Learning (CLIL) Strategi Pengajaran Sains Penutup Bibliografi Indeks Vendor Information There are yet no reviews for this product. Please log in to write a review.

Copyright 2011 - Kedai-Buku.com - http://www.kedai-buku.com

_PN_PAGE 4 _PN_OF 4

Anda mungkin juga menyukai