Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


Ambilan Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA

TANG LAI FUN

NO. METRIK

1CRT1106053

NO KAD
PENGENALAN

740707-01-5534

NO H/P

016-7370670

E-MEL

laifun.tang@gmail.com

OPSYEN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI ( RBT 3 )


NO 17, JALAN JELITA,

ALAMAT RUMAH

TAMAN PELANGI INDAH,


81800 ULU TIRAM, JOHOR.

NAMA
PENSYARAH
JABATAN

HJ. MOHD. ZAIN BIN BADUI


JABATAN KAJIAN SOSIAL

TUGASAN 1

a) Segregasi
Merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara.Pemisahan berlaku atas
dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik.Pemisahan ini berlaku dalam
beberapa keadaan seperti tempat tinggal, system persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
b) Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh
formula A + B + C = A + B + C. Contohnya, Kongsi Raya atau Deepa Raya.

c) Akulturasi:
Akulturasi ialah suatu proses social . Suatu kelompok manusia dengan
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan
asing. Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah

dalam

kebudayaannya sendiri.Berbeza dengan proses asimilasi,akulturasi tidak


menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Contohnya
ialah orang India memakai baju Melayu dan bersongkok pada suatu majlis
rasmi, tali leher, angpau, makanan dan hiburan
d) Asimilasi:
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A. A dalam hal ini mewakili
golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka

(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
Di Malaysia, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh
berlakunya proses asimilasi.
e) Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.Biasanya terjadi
melalui perkahwinan campur antara etnik.Diwakili oleh formula : A+B+C=D

2) 3 faktor pembentukan masyarakat pluraliti di malaysia.

Peristiwa 13 Mei 1969 dapat dijadikan iktibar dalam usaha kita memulihara
perpaduan kaum. Kita harus sedar bahawa keamanan dan kemajuan pembangunan
negara banyak bergantung kepada masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai
perpaduan dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana
memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari
segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya.
Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan
masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.
i)Sistem pendidikan yang terasing
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan
menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di
sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan
bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa
ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi
memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja.
Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada

negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda


mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka
akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa
kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah
mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang
kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang
berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu
juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu
hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja,
sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin
negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada
rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Dari sudut polarisasi dalam
kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada
peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan
institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS)
masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di
Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan
pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi
terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi
para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah
tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk
kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita
hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.
ii)Aspek ekonomi.
Penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.
Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga
sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan
menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan
perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan
kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu

ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik
sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan
hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta
jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam
masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati
bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian
mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan
kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana
harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di
dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga
akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang
keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup
mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.
Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka
sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isuisu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara
tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan
pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan
produktif yang tidak mencukupi.
iii)Aspek sosial
Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari
sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam
kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku
dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan
perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga
kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal,
malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga
menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang

berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang
tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang
disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China
Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari
aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi
perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif
yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan
sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan
etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu
masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah
dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat
resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil
berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali
Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah
dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara.
Aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan
kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan
diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika
dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah
masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan
saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek
bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga
mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara
Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan
tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik
masing-masing.
Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat
penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin

kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil
berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian
kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui
perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan
masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha
yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

BIBLIOGRAFI:
Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Wawasan
2020. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995
Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. Pengajian Malaysia. Selangor
Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007.
Saw Swee Hock and K. Kesavapany. Malaysia Recent Trends and
Challenges. Singapore. Institute of Southeast Asian Studies, 2006.
Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Malaysia Kita. Malaysia.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1991.
http://www.jpnin.gov.my/v4/?q=ms/taxonomy/term/32&page=5, tarikh
akses pada 14hb Mac 2009

Anda mungkin juga menyukai