Anda di halaman 1dari 102

BAB 1 : ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan 1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid. 2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.

1.1.1 STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL


1. Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.
Guru Kemahiran Hidup

Formen/Ketua Kumpulan Penolong Formen/Penolong Ketua Kumpulan

Kumpulan A 1. Ronaldinho 2. Kaka

Kumpulan B 1. Lampard 2. Rooney

Kumpulan C 1. Petr Cech 2. Fabregas

Kumpulan D 1. Thierry Henry 2. Shevchenko

1.1.2 Langkah Keselamatan


A. AMALAN 4M 1. Membersih - Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat Menitikberatkan kebersihan diri dan mental Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi. Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu : a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah) - Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering - Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair

2. 3. 4. -

- Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi. Menyusun Atur Guna alat mengikut kegunaannya Simpan alat di tempat yang betul Menilai Diri dan Tempat Kerja Pencahayaan yang cukup Peredaran udara yang baik Lantai kering dan tak berminyak Mendisiplin Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri

KESELAMATAN AM 1. Keselamatan Bengkel - Lantai tak licin - Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru 2. Keselamatan Diri - Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel - Memakai apron dan kasut getah 3. Keselamatan Alatan - Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak - Gunakan alatan mengikut fungsinya 4. Keselamatan Penggunaan Elektrik - Pastikan tangan tidak basah - Jangan menggunakan peralatan yang rosak

PENGELASAN ALAT PEMADAM API 1. Kelas A (jenis air) Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas Kelas B (jenis Buih) Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat Kelas B & C (jenis karbon dioksida) Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering) Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C

2. 3. 4. -

1.1.3 Etika dan Budaya Kerja


1. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja 2. Etika kerja temasuk : - Menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh 3. Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja

BAB 2 : REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK


2.1 Pengenalan Reka bentuk dan Teknologi 2.1.1
Definisi Rekabentuk : susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk Definisi Teknologi : pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta pelbagai jenis alat, sumber dan teknik.

2.2 Faktor Rekabentuk :


1. Fungsi menepati kehendak pengguna 2. Rupa bentuk saiznya sesuai , tepat dan menarik 3. Kesesuaian bahan tak melebihi kos 4. Kaedah pembinaan cara pembuatan yang sesuai 5. Ketahanan boleh digunakan lama 6. Kos produk berpatutan 7. Kemasan hiasan menarik 8. Faktor keselamatan mesra pengguna dan alam 9. Bernilai komersial dapat dipasarkan

2.3 Jenis Bahan dan Pengikat


2.3.1 Bahan : 1. Kayu - bahan utama dalam pembinaan perabot - contoh kayu ialah cengal, meranti, jelutung dan sepetir - saiz ditentukan mengikut tebal, panjang dan lebar

Saiz kayu :
Jenis Papan tebal Papan nipis Beroti Jerjak Tebal 38 100mm 10 38mm 38 100mm 20 38mm Lebar 150 dan lebih Panjang Bentuk 36m

76mm 36m dan lebih 75 150mm 25 76 mm 34m 36m

2. Papan Lapis - lapisan kayu nipis yang diglu - ketebalan : 3 32 mm - saiz : 1220 dan 2440 mm - perabot, dinding bilik 3. Medium Density Fibreboard (MDF) - papan gentian yg dimampat dengan glu - saiz : 2440 1220mm 4. Mounting Board - diguna dalam pembinaan model - saiz : 610 x 1220mm / 610 x 910mm

Kelebihan dan Kelemahan Bahan


Kelebihan kayu - Ada pelbagai saiz - urat dan ira kayu yg menarik Kelemahan Kayu - Alami pengecutan - mudah diserang serangga - tidak boleh dilengkung Kelemahan papan lapis -Tidak sesuai di luar rumah - tidak mencengkam paku Kelemahan MDF -Tidak sesuai di luar rumah - tidak mencengkam paku - tidak boleh dilengkung Kelemahan mounting board -Tidak tahan haba/kelembapan - tidak boleh dipaku - daya kekuatan rendah

Kelebihan papan lapis - ringan, kuat dan cantik - tidak mudah meleding/ mengecut Kelebihan MDF - Lebih kalis api - kuat, keras dan mudah dibentuk Kelebihan mounting board - Pelbagai warna - mudah dilengkung dan dibentuk

2.3.2 Pengikat

1. 2. -

Paku kepala Mencantum kayu / kepingan logam pada kayu batang Diperbuat daripada keluli lembut Saiz mengikut panjang batangnya mata 2 jenis: a. paku kepala rata b. paku panel Memaku serong lebih kuat berbanding memaku tegak.
Skru Memegang/merapatkan kepingan kayu, logam dan engsel Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan loyang 2 jenis: a. skru kepala bulat b. skru kepala benam Cara menskru : a. skru beralur lurus guna pemutar skru rata b. skru beralur palang guna skru philips

3. Glu - Melekatkan dua bahan supaya kukuh - 2 jenis: a. Glu PVA melekatkan kepingan kayu b. Glu sentuh melekatkan bahan yang berlainan(plastik dengan kayu/plastik dengan logam

2.4 Alatan Tangan dan Mesin 2.4.1 Alatan Tangan Kriteria pemilihan alatan : 1. kesesuaian saiz alatan dengan bahan 2. kemahiran mengendalikan alatan 3. keselamatan 4. kemudahan mendapatkan alatan

JENIS ALATAN TANGAN


Alatan Tangan Kegunaan

Kerja mengukur Pita Pengukur

Saiz 3 - 6m

Pembaris keluli

Saiz 300mm
Sesiku L

Mengukur jarak

Menentukan ketepatan sudut 90 darjah Saiz mengikut panjang bilah Bilah bersudut 90 darjah Taji - Untuk menanda garisan selari Kegunaan-menanda ukuran tebal/lebar

Tolok Penanda

Tolok Serong

Menguji atau menanda sudut

Gergaji tangan

Saiz mengikut panjang bilah Mengerat/membelah kayu

Gergaji puting

Memotong kayu bersaiz kecil Membuat tanggam Matanya lebih halus Memotong lengkung pada bahagian yang nipis

Gergaji lengkung halus

Tukul kuku kambing

Saiz mengikut berat kepala Fungsi:menukul/cabut paku

Tukul warrington

Saiz mengikut berat kepala Fungsi:menukul paku kecil

Pahat tepi serong

Saiz:4mm-38mm
Saiz mengikut lebar mata pemotong Kerja memahat,meraut,menatal tanggam

Saiz mengikut panjang dan gred giginya

Kikir parut
Gandin kayu

Meratakan/membentuk lengkok penjuru kayu


Saiz mengikut saiz kepalanya Fungsi:menukul pahat/mengetuk bahagian projek

2.4.2 Mesin
1. Mesin Gerudi Mudah Alih - membuat lubang kayu dan logam lembut - saiz mesin ditentukan oleh diameter mata gerudi - mata gerudi pintal diperbuat daripada keluli tahan lasak - 2 jenis : a. kuasa elektrik (berwayar) b. kuasa bateri (tanpa wayar) - bahagian utama mesin: a. bindu memutar mata gerudi b. motor memutar bindu

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

2.

Mesin Gerudi lantai - membuat lubang pada kayu atau logam - saiz mesin mengikut diameter mata gerudi - benda kerja diapit pada ragum untuk digerudi - bahagian utama mesin: a. pelaras meja melaraskan aras meja gerudi b. takal mengawal kelajuan putaran bindu c. tuas pemasuk menurun/menaikkan bindu d. bindu melonggar/mengetat rahang e. rahang mencengkam mata gerudi

- langkah keselamatan : a. pakai apron b. pakai kasut c. kunci bindu dengan kemas d. gunakan gogal e. apit benda kerja pada ragum f. laraskan meja gerudi

MESIN GERUDI LANTAI

2.5 Proses Reka Bentuk


2.5.1 Lukisan Projek - Ada 4 langkah melukis projek : 1. Lakaran 3D - lakaran ini menunjukkan gambar sebenar projek. - contoh lakaran : lukisan oblik dan lukisan isometri

LAKARAN 3D OBLIK

LAKARAN 3D OBLIK

2. Lakaran 2D - menunjukkan bentuk objek dalam 2 atau 3


pandangan,iaitu pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan atas(pelan) - contoh lakaran : lukisan ortografik - kedua-dua lakaran 2D dan 3D boleh juga dilakar dalam bentuk perspektif (lakaran menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata.) - lakaran dilukis dalam bentuk perspektif satu titik atau dua titik

LAKARAN PERSPEKTIF 1 TITIK

LAKARAN BEBAS PERSPEKTIF 2 TITIK

LAKARAN 2D ORTOGRAFIK

3. Mendimensi Lakaran - dimensi lakaran menunjukkan ukuran sebenar projek - penting untuk kerja mengukur dan menanda

4. Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai - pemilihan berpandukan kriteria rekabentuk yang dicadangkan.

PEMBINAAN PROJEK

1. PROSES MENGUKUR

1. Proses Mengukur
mengukur berpandukan kertas lukisan projek Alat digunakan : pembaris keluli, pita pengukur dan sesiku L

Pembaris keluli

Pita pengukur Sesiku L

Tujuan : hasilkan ketepatan pengukuran

2. PROSES MENANDA

2. Proses Menanda - Ditanda bahagian yang ingin dipotong, digerudi atau untuk dibuat tanggam - Alat digunakan :

pensil

Pisau penanda Tolok penanda

Tujuan : Memudahkan kerja pemotongan dan mengelakkan kesilapan pengukuran

3. PROSES MEMOTONG

3. Proses Memotong
Alat memotong kayu/papan ialah :

Gergaji tangan

Gergaji puting

Gergaji Lengkung Halus

alat memotong papan lapis/mounting board : pisau pemotong


Pisau pemotong

Penorehan dengan pisau dilakukan pada papan lapis tebal untuk mendapatkan potongan yang kemas semasa menggergaji

4. MEMBINA DAN MENCANTUM

4. Proses Membina dan Mencantum - Merangkumi kerja : a. pembinaan tanggam Membuat cantuman untuk menghasilkan produk - Jenis tanggam : tanggam temu, tanggam parit(untuk papan) dan tanggam lekap(sesuai untuk kayu tebal)

b. mengglu - Bersih bahagian yang akan diglu, glu pada keduadua bahagian projek dan apit pada ragum

c. memaku Tukul dipegang pada hujung hulu - Kepala tukul sentiasa lurus ketika menukul

d. memasang skru - biasanya digunakan untuk mencantum dua bahan


yang berbeza seperti kayu dengan alumimium/besi - Benam kepala skru sehingga rata dengan permukaan kayu - pilih skru yang bersesuaian (skru kepala bulat atau skru kepala benam)

RUMUSAN
mengukur

menanda

memotong
Pembinaan tanggam

mengglu menskru

memaku

Membina dan mencantum

LATIHAN PENGUKUHAN
ARAHAN : Susun semula proses pembinaan projek di bawah mengikut urutan yang betul dan padankan dengan alatan/pengikat yang digunakan untuk prosesproses tersebut

membina dan mencantum Gergaji tangan/gergaji puting (membuat tanggam, mengglu, memaku dan menskru) memotong glu, paku, skru, tukul, pemutar skru Pensil, pisau penanda Pembaris, pita ukur, sesiku L

mengukur menanda

2.5.3 KEMASAN
Kemasan: proses menyapu bahan kemasan (cat,syelek,tona kayu) - Tujuan menyapu bahan kemasan : a. kelihatan cantik b. selamat digunakan c. lebih tahan lama d. mudah untuk dibersihkan - Alat kemasan : a. berus cat - cuci berus dengan turpentin b. berus syelek - cuci guna spirit metil c. pengikis - untuk mengikis karat, menyumbat tepung penyumbat. Saiz mengikut lebar hujung pengikis d. Kertas las untuk melicin, menghilangkan kesan calar kayu. Dibuat daripada kayu api, garnet, kaca,bahan tiruan(silikon karbida dan aluminium oksida)

Gred kertas las 00 0, 1 1.5, 2 Paling halus halus Sederhana kasar

2.5, 3

kasar

e. tepung penyumbat menyumbat liang kayu - Bahan Kemasan a. Cat Licau hasilkan permukaan licin dan berkilat. Cat ini kalis air dan dilarutkan dengan turpentin Tiga kaedah menyapu cat licau iaitu kaedah berus cat, kaedah semburan mesin pemampat udara dan kaedah semburan tin. b. Syelek untuk melindungi dan mencantikkan projek - dilarutkan dengan spirit metil

c. Tona Kayu - untuk mengemas permukaan kayu - sapu lapisan tona kayu dan biar kering. Gosok dengan kertas las dan sapu lapisan tona kayu yang kedua. d. Lekar - mengilatkan kayu - diperbuat daripada selulosa - dilarutkan dengan thinner - lekar disapu selepas syelek, mencegah kayu menjadi calar e. Pelekat - setelah dilekat, sapu selapisan lekar - guna glu sentuh atau glu PVA

2.6 REKABENTUK PROJEK


2.6.1 Pernyataan Masalah Atau Keperluan 1. Kenalpasti Masalah/Keperluan - Contoh : masalah untuk simpan buku, masalah meletakkan alatulis dengan kemas 2. Cadangan Rekabentuk Cadangan : reka rak buku 3. Mengumpul Maklumat dan Data Jumlah buku, saiz sesuai, kegunaan, bahan, bahan kemasan dan kos.

4. Menyenaraikan Pelbagai Allternatif Penyelesaian Masalah dalam Bentuk Lakaran Bebas Penyelesaian masalah : peta minda, sumbangsaran, perbincangan, lakaran,lawatan 2.6.2 Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian Projek 1. Menyediakan jadual kerja Tujuan : kerja secara sistematik dan elak pembaziran 2. Menyenaraikan Bahan dan Alatan Tangan Pemilihan bahan berdasarkan fungsi dan kesesuaian produk 3. Membuat Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih Mengikut saiz, ukuran, bahan dan rekabentuk

4. 5. -

Menguji dan Menilai Produk Penilaian kualiti dan aspek keselamatan Berfungsi dan ikut spesifikasi Mengubahsuai Projek Kecacatan dan kelemahan perlu dibaiki

2.6.3 Pendokumentasian Mengumpul, menyimpan dan merekod maklumat projek seperti lakaran, jenis bahan, kemasan dan proses pembuatan di dalam fail 1. Mengira Kos Projek Kos pengeluaran : segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk hasilkan produk

Kos pengeluaran: kos bahan + kos upah + kos overhead Kos bahan bahan mentah Kos upah bayaran tenaga kerja Kos overhead (sampingan) bil air, bil elektrik, gas, pengangkutan dan bil telefon Membuat persembahan Projek Menerangkan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek sediakan carta, gambar dan buku folio

2. -

RINGKASAN

BAB 3 : ELEKTRIK
3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK 3.1.1 SUMBER ELEKTRIK A. Kemagnetan B. Tindakan kimia C. Cahaya A. Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar Contoh : a. Prinsip Kendalian Dinamo - 3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar - gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum

GEGELUNG WAYAR

DINAMO BASIKAL

- dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet - Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar - teras besi mengembangkan medan magnet b. Turbin - turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin - turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal, menggerakkan pam air dan penjana elektrik - rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar. Gandar dihubungkan dengan penjana elektrik.

B. Tindakan Kimia Sebagai Sumber Elektrik - Contoh : a. Sel Kering - voltan sebanyak 1.5 volt - karbon : punca positif - elektrolit : campuran ammonium klorida dan mangan dioksida. - zink : punca negatif - tindakbalas kimia antara elektrolit dan bekas zink menghasilkan arus elektrik

Jenis- Jenis Sel 1 Sel alkali


-Peralatan permainan, lampu suluh dan jam dinding - voltan : 1.5V, 6V, 9V, 12V - tidak boleh cas semula -Dalam kalkulator, telefon bimbit, jam tangan -Boleh dicas semula

2 Sel lithium

3 Sel merkuri

4 Sel nikel kadmium

-Alat bervoltan tinggi -Kamera -Tidak boleh cas semula - Boleh cas semula - Telefon bimbit

b. Sel Basah - tenaga lebih tinggi dari sel kering - guna dalam kenderaan bermotor (kereta, bas) - boleh dicas semula - contohnya sel asid plumbum terdiri daripada : i. plumbum peroksida elektrod positif ii. Plumbum elektrod negatif iii. Asid sulfurik elektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa tindakbalas kimia. - sel asid plumbum berkuasa 6 dan 12 volt

C. Cahaya Sebagai Sumber Elektrik - Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima cahaya. - Sel foto yang terima cahaya matahari akan hasilkan tenaga elektrik - Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga tinggi

3.1.2 KEGUNAAN ELEKTRIK A. Hasilkan Haba - Tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba - Contoh alat : seterika, periuk nasi, cerek B. C. Hasilkan Tenaga Kinetik Tukar tenaga elektrik tenaga kinetik Contoh : mesin basuh, kipas angin Hasilkan Cahaya Tukar tenaga elektrik tenaga cahaya Contoh, lampu ada 2 jenis : a. Lampu pijar b. Lampu pendarflour

- lampu pijar : - guna filamen untuk menukar tenaga elektrik kepada tenaga cahaya - Lampu pendarflour : - tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri - arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri menghasilkan sinaran ultra ungu, tukar cahaya putih bila terkena lapisan fosfur

D. Hasilkan Bunyi - Tenaga elektrik tenaga bunyi - Alat : televisyen, pembesar suara, radio

3.2 ALATAN TANGAN DAN KERJA PENDAWAIAN

3.2.1 ALATAN TANGAN A. Pena Ujian - Kegunaan : menguji, mengesan kebocoran elektrik dan mengetatkan skru kecil - Apabila pena ujian tersentuh pada wayar hidup, lampu neon di dalamnya akan menyala B. Pemotong Sisi - Kegunaan : memotong wayar elektrik

C. Playar Muncung Tirus - Kegunaan : memegang benda kecil, memotong dawai, membentuk kaki komponen D. Playar Gabung - Kegunaan : memegang benda bulat, memotong, membentuk dawai E Penjalur Wayar - 2 jenis : a. penjalur wayar mudah b. Penjalur wayar spring - Kegunaan : menjalur dan memotong wayar

3.2.2 JENIS WAYAR


A. Wayar Kuprum Berenamel - Kegunaan : membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer B. Wayar Lembar Tunggal (berpenebat) Kegunaan : membuat pendawaian litar mudah seperti radio
C. Wayar Teras Tunggal (berpenebat) Diperbuat dari lembaran halus dan lembaran kasar Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di radio dan pembesar suara Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah

D. Wayar Teras Kembar - dua wayar teras tunggal yang dilekatkan - Untuk pendawaian radio, soket dan tv E. Wayar Tiga Teras - 2 Jenis ; a. berpenebat PVC untuk pendawaian perkakas elektrik yang tak hasilkan haba(kipas angin, peti sejuk) b. berpenebat PVC serta beranyaman benang untuk pendawaian alat elektrik yang menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek)

3.2.3 JENIS PLAG


A. Plag 2 Pin 2 Ampere Menggunakan wayar teras kembar Ada dua tamatan : teras hidup(L) dan teras neutral (N) Alat : radio, pencukur elektrik

B. Plag 3 Pin 13 Ampere - Ada 3 tamatan : tamatan dawai hidup (L), dawai neutral (N), tamatan dawai bumi (E) Fius katrij 13A dipasang di dalam plag ini untuk keselamatan C. Plag 3 Pin 15 Ampere Pinnya bulat dan tidak berfius Untuk kelengkapan elektrik berkuasa tinggi(pemanas air dan pendingin udara)

3.2.5 FIUS
- Fungsi : melindungi litar dan perkakas elektrik - Fius di dalam plag akan melebur dan arus elektrik terputus jika arus itu terlalu tinggi - Fius disambung pada tamatan hidup (L) - Fius ditentukan mengikut arus iaitu 2A, 5A, 10A, 13A - Ada 2 jenis : - a. Fius Dawai - Berbentuk dawai dan kadarannya tetap - Fius yang lebur boleh diganti - Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit - B. Fius Katrij - Fius yang tebakar diganti dengan fius kadaran yang betul

3.2.6 LAMPU PENDARFLOUR


Bahagian Lampu Pendarflour 1. Tiub Pendarfluor - Diperbuat daripada kaca berisi merkuri dan gas argon - Dindingnya disalut dengan lapisan fosfur - Dihujung tiub ada 2 pin elektrod yang mengalirkan arus ke tiub
2. Perumah - Mengandungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup

3. -

Cok Kegunaan : 1. untuk membekalkan voltan tinggi 2. Menstabilkan voltan selepas lampu menyala

4. Pemegang Tiub - Terletak pada hujung perumah - Berfungsi menyangga tiub pendafluor 5. Pemegang Suis Penghidup - Berfungsi untuk menempatkan suis penghidup 6. Suis Penghidup - Berfungsi menghidupkan lampu - Tidak berfungsi lagi setelah lampu dihidupkan

Kerosakan Lampu Pendafluor PUNCA KEJADIAN KEROSAKAN 1. Cok rosak


2. Suis penghidup rosak

CARA ATASI Tukar cok baru

Lampu tak menyala apabila suis dihidupkan

1. Lampu tak menyala Tukar suis 2. Lampu berkelip-kelip tapi penghidup tak menyala 3. Lampu tak menyala dan hujung tiub bertanda gelung merah Lampu berkelip-kelip/tak menyala Fius agihan putus apabila lampu dinyalakan Tukar tiub Bantuan juruelektrik

3. Tiub rosak 4. Litar pintas

3.2.8 Membaca, Menterjemah Litar Pendawaian dan Membuat Pendawaian Lampu Pendafluor

LUKISAN BERGAMBAR pendawaian lampu pendarflour

LUKISAN SKEMATIK pendawaian lampu pendarflour

RINGKASAN BAB 3

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL BAB 1 : ELEKTRIK


1.1 JENIS LITAR ELEKTRIK
1.1.1 Pemasangan Litar Siri a. Litar siri adalah susunan komponen yang membolehkan arus elektrik mengalir satu arah sahaja. b. Jika ada litar yang terbuka, litar tidak berfungsi
+

Contoh litar Siri

1.1.2 Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Siri a. Nilai voltan susut bagi setiap beban elektrik

b. Formula mendapatkan jumlah voltan ialah :

Vj = V1 + V2 + V3

Memasang dan Membaca Voltmeter - Voltan disukat menggunakan voltmeter - Ada 2 jenis voltmeter : i. Voltmeter arus terus (DC) ii. Voltmeter arus ulang alik (AC) Contoh pengiraan :
perintang
3 volt

Jawapannya : Vj = V1 + V2 + V3 = 3V + 6V + 1V = 10Volt

6 volt bateri 10 volt 1 volt

Soalannya : berapakah jumlah voltan bagi litar di atas ? Guna formula Vj = V1 + V2 + V3

Memasang dan Membaca Ammeter - Arus dalam litar siri adalah sama - Formula mengira jumlah arus dalam litar siri ialah
I j =I 1 = I 2 = I 3
- Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik - Didapati dalam julat 0 500mA, 0 1A dan 0 -10A - Pilih ammeter yang bersesuaian untuk ukur arus ulang alik dan arus terus

1.1.3 Mengira Jumlah Rintangan Dalam Litar Siri - Formula mengira jumlah rintangan ialah : Rj = R1 + R2 + R3 - Contoh pengiraan : - Jika 3 perintang iaitu R1, R2 dan R3 disambung secara siri seperti dalam rajah di bawah. Berapakah jumlah rintangan litar ini? 10 ohm Rj = R1 + R2 + R3 R1 30 ohm Rj = 10 ohm + 30 ohm + 50 ohm R2 R3 Rj = 90 ohm
50 ohm

1.1.4 Pemasangan Litar Selari


- Litar selari adalah litar yg membenarkan arus elektrik mengalir lebih daripada satu laluan. - jika ada mana-mana wayar yang terputus pada satu laluan, arus elektrik masih dapat mengalir melalui laluan lain.

bateri

mentol

Contoh lukisan skematik litar selari

1.1.5 Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Selari - Nilai voltan dalam setiap beban elektrik adalah sama. Jumlah voltan dalam litar selari boleh dikira seperti formula berikut :
- Vj = V1 = V2 = V3

- Nilai arus dalam litar selari adalah tidak sama - Setiap laluan arus bergantung kepada nilai rintangan yang mungkin berbeza. - Formula untuk mengira arus litar selari adalah Ij = I1 + I2 + I3

1.1.6 MENGIRA JUMLAH RINTANGAN DALAM LITAR SELARI

- Jumlah rintangan dalam litar selari akan


berkurangan kerana terdapat banyak laluan arus. - Lagi banyak laluan arus, lagi kurang jumlah rintangan dalam litar. - Formula untuk kira jumlah rintangan adalah :

1 Rj = R1

R2

R3

Contoh Pengiraan Jumlah Rintangan Dalam Litar Selari


Dalam Rajah sebelah, perintang R1, R2 dan R3 disambungkan secara selari. Berapakah jumlah rintangan dalam litar tersebut? 10 1 1 1 1 Rj = 10 30 30 R1 30 3+1+1 5 1 = = = 6 R2 30 30 30 Rj = 6 R3

1.1.7 MEMBANDING BEZA LITAR SIRI


DENGAN LITAR SELARI

LITAR SIRI

LITAR SELARI

Vj= V1 + V2 + V3 + Ij = I1 = I2 = I3 Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol akan bertambah malap kerana bebanan bertambah

Vj= V1=V2=V3 Ij=I1+I2+I3 + Apabila satu mentol terbakar,mentol yang lain terus menyala Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol mempunyai kecerahan sama.

Rj = R1 + R2 + R3 + Ij=I1=I2=I3

1/Rj = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 +

I j = I 1 + I 2 + I 3 +

1.2 Penggunaan Meter Pelbagai


1. 2. 3. Meter pelbagai digunakan untuk menguji litar elektrik atau elektronik. Meter ini adalah gabungan volmeter, ammeter dan ohmmeter Ada 2 jenis meter pelbagai iaitu jenis analog dan digital

1.2.1 Bahagian Utama Meter Pelbagai a. Skala digunakan untuk menentukan bacaan bagi setiap penggunaan meter ini. b. Jarum Penunjuk menunjukkan bacaan pada skala c. Skru Pelaras Sifar untuk melaraskan penunjuk meter pada bacaan sifar. d. Pelaras sifar ohm untuk melaraskan penunjuk meter kepada bacaan sifar semasa uji rintangan

e. Prob Negatif dan Prob Positif digunakan untuk menguji komponen elektrik. Prob negatif hitam dan prob positif warna merah f. Tombol pemilih Julat untuk memilih julat meter seperti julat voltan arus terus, arus ulang alik dan julat rintangan g. Julat kadar sukatan yang hendak diukur

1.3 Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik


Komponen dalam unit kawalan utama terdiri daripada : a. Fius Perkhidmatan dihubungkan kepada wayar hidup dan berfungsi mengawal bekalan jika arus elektrik berlebihan. b. Meter Kilowatt-Jam (kWj) berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan. Milik TNB. c. Suis Utama fungsinya untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik ke seluruh rumah. Ia juga mengawal arus elektrik yang berlebihan. d. Pemutus Litar Bocor Bumi, Pemutus Litar Arus Baki, Pemutus Litar Miniatur semua ini adalah alatalat keselamatan untuk memberi perlindungan kepada perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini memutuskan bekalan elektrik secara automatik jika berlaku kebocoran elektrik/litar pintas.

Kotak Agihan Berfius berfungsi sebagai pengagih litar dan mengawal bekalan arus berlebihan. Kotak ini mengandungi fius yang berfungsi memutuskan litar elektrik jika arus berlebihan. f. Apabila arus berlebihan mengalir melalui fius, wayar fius akan melebur g. Berikut adalah jenis-jenis fius dan kadar kawalannya e.

Kadar fius 6A 16 A, 20 A 30 A

Kadar kawalan Litar lampu Soket Alat pendingin udara, pemanas air

1.4 Kuasa Elektrik

1.4.1 Maksud Kuasa Elektrik kuasa adalah kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik. Kerja yang dihasilkan adalah dalam bentuk cahaya, haba, bunyi dan gerakan. Kuasa diukur dalam unit watt (W)
1.4.2 Mengira Kuasa Elektrik - Kuasa yang digunakan bergantung pada nilai voltan dan arus. Formula mengira kuasa adalah :
P=V X I Kuasa = Voltan x Arus

Kuasa Peralatan Elektrik - Setiap alat elektrik dilabel dengan plat perincian. Plat ini menunjukkan kadar kuasa alat elektrik tersebut
- Contoh pengiraan : a. Berapakah kuasa yang digunakan dalam litar yang berikut ?

8V

2A

Kuasa = Voltan X Arus


P = V x I = 8V x 2A

= 16 Watt

b. Sebuah radio berlabel 100 W/240 V. Berapakah nilai arus elektrik yang digunakan? Kuasa = Voltan x arus Arus = Kuasa Voltan I=P V

= 100 W 240 Volt = 0.42 A

BAB 2 : ASAS ELEKTROMEKANIKAL


2.1 Pengenalan Pergerakan Mekanikal
a. Pergerakan mekanikal ialah sistem yang membolehkan barang berfungsi, bergerak atau berputar b. Pergerakan dihasilkan secara manual(mesin pengisar air batu), enjin(mesin pemotong rumput, mesin pembancuh simen) atau motor elektrik(mesin gerudi, mesin basuh) 2.1.2 Jenis Pergerakan Mekanikal Pergerakan mekanikal ada 2 jenis : A. Gerakan lurus B. Gerakan putaran

A. Gerakan Lurus - Sistem sesuatu objek yang bergerak dalam satu garisan lurus. - Arah pergerakan tak berubah, perubahan hanya berlaku pada arah halaju sahaja. - Pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan input, melalui proses untuk hasilkan pergerakan lain iaitu output.

input

B. Gerakan Putaran - Terjadi apabila sistem sesuatu objek berpusing. - Contohnya : mesin gerudi, mesin jahit.

proses

output

2.1.3 Takal Dan Tali Sawat


a. Takal dan Tali Sawat digunakan dalam mesin jahit, mesin gerudi, mesin gergaji meja. b. Tali sawat menghubungkan takal pemacu dengan takal dipacu. c. Takal berfungsi untuk memindahkan gerakan atau kuasa. d. Contoh penggunaan takal : kren, mesin basuh, lif. e. Cara menambah atau mengurangkan kelajuan sistem takal dan tali sawat : - Bagi mendapatkan kelajuan rendah, guna takal bersaiz besar - Bagi mendapatkan kelajuan tinggi, guna takal bersaiz kecil

2.1.4 GEAR
- Gear berfungsi sebagai a. penghantar kuasa atau penggerak mesin menerusi Aci yang memegang gear ini. b. Penghubung bahagian yang berputar c. Penukar kelajuan mesin - Jenis-jenis Gear : 1. Gear Taji - untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari (kit robot, kereta mainan) 2. Gear Serong untuk memindah tenaga daripada satu aci kepada aci lain yang bersudut.(mesin gerudi tangan) 3. Gear Belitan digunakan untuk mengurangkan kelajuan dan memindah tenaga putaran aci pada sudut bersilang.(gear pada jaring tenis,sepana boleh laras.)

4. Gear Rak dan Pinan - digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau sebaliknya. - contoh : stereng kereta, gerudi meja, pintu pagar bermotor. 5. Gear Heliks - untuk sistem gear kereta - berbentuk heliks dan mempunyai sistem kelajuan tinggi.

2.2 Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal

Elektromekanikal ialah satu sistem yang menggunakan tenaga elektrik dan komponen elektronik yang kompleks. Contoh peralatan : kamera, pemacu cakera, mesin layan diri. Peralatan elektromekanikal menggunakan sistem pemprosesan berikut :
Tenaga elektrik Penghasilan

INPUT
Suis tekan

PROSES
Litar elektrik

OUTPUT
Produk

Perbezaan Antara Sistem Mekanikal dan Sistem Elektromekanikal


Sistem Mekanikal Sistem Elektromekanikal 1. Menggunakan 1. Menggunakan tenaga tenaga elektrik atau manual/enjin/tangan bateri 2. Binaannya mudah 2. Binaannya kompleks dan sukar dicipta 3. Tidak mempunyai komponen elektronik 3. Mempunyai komponen elektrik

LATIHAN PENGUKUHAN 1. Senaraikan empat jenis gear mekanikal yang telah anda pelajari beserta satu contoh alat yang menggunakannya. 2. Nyatakan maksud mekanikal. 3. Lukiskan gambar sistem takal, tali sawat dan aci bagi sebuah basikal dan labelkan bahagian-bahagian tersebut

Anda mungkin juga menyukai