Anda di halaman 1dari 40

Halaman Pengakuan

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .. Nama Tarikh : CHEW MIN FEI : 21 FEBRUARI 2011

PENGHARGAAN
Saya rasa bersyukur kerana dapat menghabiskan tugasan ini tepat pada masa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya dalam proses penjalanan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual saya, Encik Aminuddin bin Mohamed, terima kasih diucapkan atas sumbangan dan dorongan beliau semasa kami menjalankan tugasan yang bermakna ini. Beliau memberikan tugasan ini kepada kami tepat pada masa. Beliau menjelaskan kehendak tugasan ini kepada kami secara teliti dan mudah difahami. Beliau memberikan tunjuk ajar kepada kami apabila kami menghadapi sebarang masalah. Beliau mengajar kami dengan penuh kesabaran dan tetap menjelaskan kepada kami jika kami masih tidak memahaminya.

Selain itu, saya juga ingin menunjukkan penghargaan saya kepada rakan -rakan seperjuangan saya yang telah menghulurkan bantuan kepada saya. Apabila saya menghadapi sebarang masalah, saya meminta t unjuk ajar daripada rakan -rakan saya. Rakan-rakan saya ini mengajar saya dengan penuh kesabaran dan menjelaskan beberapa kali sehingga saya betul -betul memahaminya. Tanpa tunjuk ajar dan kerjasama daripada rakan-rakan, sudah tentunya saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini.

Bukan setakat itu sahaja, ucapan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan dari segi kewangan kepada saya sepanjang masa saya menjalankan tugasan ini. Secara keseluruhannya, tanpa ketiga -tiga pihak di atas, sudah pastinya saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini dengan begitu lancar.

PENGENALAN
Pola Keselarasan Vokal

Pola keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada dasar.Pasangan huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup .Prinsip keselarasan vokal ini berdasarkan syarat-syarat yang berikut .

(a) Keselarasan berlaku antara dua huruf vokal yang terdapat pada kata dasar . (b) Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup sahaja . (c) Jika kata dasar mengandungi suku kata lebih dari dua ,keselarasan huruf vokal yang terlibat hanyalah pada dua suku kata yang terakhir .

Terdapat lapan pola yang berubah dar ipada sistem ejaan lama , iaitu huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup dalam sistem ejaan rumi baharu mestilah mengikut pola ini dengan syarat suku kata praakhir kata-kata ini menggunakan huruf vocal a,e pepet ,i ,atau u. Sistem Ejaan Lama Pola u-o a-o a-e taling e pepet -o I e taling i-o u-e taling e pepet e taling Contoh Usong lentok puteh rempoh pileh tidor usek lebeh Sistem Ejaan Baharu Pola u-u a-u a-i e-u i-i i-u u-i e-i Contoh Usung lentuk putih rempuh pilih tidur usik lebih

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan bahasa Melayu,iaitu:

Bil.

Suku kata praakhir

Suku kata Akhir Tertutup

Contoh Penggunaan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling) i i i o o o u u u

a i u a i u a e (taling) o a i u a e (taling) o a i u

asal alih asuh emas betik belut elak belek elok bilah intip pikul otak oleh obor ulat ulit untuk

t alak t arik d atuk kel am ket il tel ur d ewan g elek b elok k ilang p ilih ribut borang b oleh b orong b ulat kulit b uluh

hal aman parit baruh selam l ebih perut p erang leceh telor selin ap sisih tidur sekolah cel oteh kelo mpok ket upat p utih seluruh

Pola Kekecualian Keselarasan Vokal

Kekecualian keselarasan vocal berlaku pada kata -kata asing, khususnya bahasa- bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola -pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Bil

Pola Vokal

Contoh Bahasa Nusantara aneh calon kaget l apor p amer perabot

Contoh Bahasa Inggeris kabaret atom p anel faktor

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

a-e taling a-o e pepet e taling e pepet o i-e taling i-o u-e taling u-o a-e pepet e taling - i e taling-u e pepet e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet

Ge mbleng bendok Imlek ijon tulen p ilon ulet jempol gabenor simen diftong subjek kupon teater hipot esis petroleum demde m pepet Iseng artikel f osil bonus Lumer skuter f ilem hip okrit f orum obj ektif spektrum interkom t iket trans istor doku men kond uktor

bunglon lelucon Pakem

Pengejaan Kata-kata Pinjaman

Enam Prinsip Pengejaan Kata -kata Pinjaman Prinsip 1 Mengutamakan Bentuk Visual Atau Hurufiah Tetapi Diucapkan Menurut Sebutan Bahasa Melayu 1. Psychology = psikologi 2. Technique = teknik

Prinsip 2 Mengekalkan Gugus Konsonan Yang Ada Pada Bahasa Inggeris 1. Clinic = klinik 2. drama = drama 3. primitive = primitif

Prinsip 3 Mengekalkan Penulisan Unsur-Unsur Depanan Bahasa Inggeris 1. au = audio 2. dia = dialek 3. tele = televisyen

Prinsip 4 Mengekalkan Pengejaan Huruf "G" Yang Diucapkan /J/ Dalam Bahasa Inggeris Tetapi Diucapkan Mengikut Sebutan Bahasa Melayu 1. Agenda = agenda 2. Tragedy = tragedi 3. Technology = teknologi

Prinsip 5 Mengekalkan Bunyi /J/ Bagi Huruf "G" Yang Diucapkan /J/ Dalam B ahasa Inggeris 1. agent = ejen 2. college = kolej 3. garage = garaj

Prinsip 6 Kata Ambilan Daripada Bahasa Arab Dieja Menurut Sistem Ejaan Rumi Dan Diucapkan Menurut Kaedah Sebutan Melayu 1. dzat = zat 2. mithal = misal 3. ma'mal = makmal

Kesilapan Umum Tatabahasa

1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri 2. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan 3. Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan 4. Kesalahan dalam Kata Sendi 5. Kesalahan dalam Kata Kerja 6. Kesalahan dalam Kata Hubung 7. Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata 8. Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D -M

1. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Diri

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

Contoh : (a) kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba. (b) Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau. (c) Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.

Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak (lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.

Contoh Kesalahan:
1. 2. Kata beliau, dia, ia, kami, kita , dan mereka sering digunakan dengan salah. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak -

kanak dan binatang. Contoh: Alidihukum. Beliau ponteng sekolah.( salah ) Ali dihukum. Dia ponteng sekolah.( betul ) 3.
y

Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Baju ini mahal . Ia diimport dari Itali. ( salah )

Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul ) Kata kami bererti saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak

4.

disertakan.Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap disertakan.
y y

Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah ) Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul ) Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

5.
y y

Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah ) Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul ) Kata mereka tidak boleh diulang.

6.
y y

Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul ) Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.

7.

1. Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah ) 2. Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

2. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata bilangan digunakan untuk menghitung sesuatu. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu : (a) Kata bilangan tentu seperti dua, tiga, seratus, seribu dan sebagainya. (b) Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, segala, semua dan sebagainya. (c) Kata bilangan pisahan seperti setiap dan tiap -tiap. (d) Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah, tiga pe rlima dan sebagainya. (e) Kata bilangan himpunan seperti berbagai -bagai, berjenis-jenis, kedua-dua, berpuluh-puluh dan sebagainya. (f) Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya. (g) Kata bilangan tanya iaitu berapa. Contoh Kesalahan : Berbagaijenis minuman terhidang di atas meja itu. (salah) Berbagai-bagai(atau Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu. (betul) Analisis : Kata bilangan berbagaitidak sempurna bentuknya. Gunakan berbagai -bagaiatau pelbagai.

3. Kesalahan Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama -sama dengan kata bilangan untuk kata nama atau benda konkrit. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan yang tertentu seperti para, segala, sekalian, semua, sebahagian, setengah, dan sebilangan. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

Contoh Kesalahan:
SALAH setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru BETUL

4. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Sendi

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata -kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap, antara.

Contoh Kesalahan:

Pertunjukan itu dibatalkan oleh keranatidak mendapat kelulusan. (salah) Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebabtidak mendapat kelulusan. (betul)

Analisis :

Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Kata keranayang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh . Jadi gunakan frasa nama sebab.

5. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Kerja

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama. Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me.

Contoh Kesalahan :

Dia suka bacabuku. (salah) Dia suka membacabuku. (betul)

Analisis : Kata kerja transitif yang berawalan me -,-ter-, atau ber-tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh Kesalahan : Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah) Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul) Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul) Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul)

Analisis : Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua -duanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain.
6. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayat pancangan. Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan, walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala, setelah, dan, serta, lalu, tetapi, melainkan, dan kecuali. Contoh Kesalahan:

Siti menangis bilamendengar berita itu. (sa lah) Siti menangis apabilamendengar berita itu. (betul) Analisis :

Kata bilamerupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila. Contoh Kesalahan : Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerang Kuwait. (salah) Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerang Kuwait. (betul)

Analisis : Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutny a digunakan sebagai kata hubung. Kata hubung yang sesuai ialah kerana. Jika kata sebab hendak anda gunakan, maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.

7. Kesalahan Dari Segi Perbendaharaan Kata

Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana kesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut. Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan

1. Adakah dan Apakah Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.

Kata apakah digunakan untuk mendapat jaw apan nama binatang, nama benda keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus. Contoh : a) Adakah benar cerita Ahmad itu ? b) Adakah dia datang semalam ? c) Apakah binatang yang berleher panjang itu ? d) Apakah sebab berlakunya kegawatan ekonomi ? 2. Ahli dan Anggota Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang. ( ahli bahasa, ahli politik, dan lain -lain lagi) Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatu kumpulan atau golongan. Contoh : a) Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan. b) Prof. Dr. Abdullah Hassan dan Prof. Dr. Nik Safiah boleh digolongkan sebagai ahli bahasa.

c) Anggota badanku lemah sekali h ari ini. d) Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah. 3. Boleh dan Dapat Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan. Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. Contoh : a) Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. b) Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. c) Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta.

d) Walaupun adik saya sudah dapat memandu ker eta, tetapi ia belum boleh memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang -kurangnya lapan belas tahun. e) Walaupun sudah tua, Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu. f) Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan bola sepak itu.

4. Ialah dan Adalah Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau ku alitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh : a) Bandar Shah Alam ialah ibu negeri Selangor. b) Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat Abdullah. c) Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar. d) Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan i tu adalah untuk murid yang cemerlang dalam pelajaran.

5. Bukan dan Tidak Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh : a) Encik Ali bukan bapanya. b) Makanan itu bukan untuk Abu tetapi untuk Aminah. c) Kereta api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas. d) Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini. e) Bandar itu tidak besar sangat. f) Buku-buku yang kami terbitkan tidak mahal.

8. Kesalahan Dari Segi Penggunaan Hukum D -M

Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M). Kesalahan timbul apabila Hukum D -M dilanggar sewenang-wenangnya kerana terpengaruh oleh susunan kata bahasa Inggeris.

Contoh: a) lain-lain perkara (salah) b) perkara-perkara lain (betul) c) Ahmad Restoran (salah) d) Restoran Ahmad (betul) e) cili sos (salah) f) sos cili (betul) g) mini bas (salah) h) bas mini (betul)

Kesalahan Semantik Dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar. Justeru itu binaan atau ujaran ayat ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat ayat ini tidak betul dari segi semantik, walaupun memenuhi aturan na hu. Perhatikan contoh contoh yang berikut: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Mereka mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik. Pekerja pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti. Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor. Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat ayat tersebut. Umpamanya, mereka mereka dalam ayat 1

adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlehihan, yang sebenarnya tidak diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat, 6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7, perlu diperbetul menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan.

Demikianlah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya.

Sesungguhnya, semantik merupakan suatu bidang kajia n yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji.

Kesantunan Berbahasa

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri -ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung ka sih, bercemar duli dan sebagainya.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9. Lihat contoh berikut: Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Digunaka utnuk orang perempuan yang kira -kira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira -kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

Mak

Tok

Abang

Kakak

Adik

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik

11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah ha nya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan u ntuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12.Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum ber kahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.
13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempua n sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang -orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengga nu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu ) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat

Orang Yang Disapa

Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Balu Raja Raja Muda atau Tengku Mahkota Kerabat Diraja Karib Bergelar warisan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Tun, Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim, Kadi Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Yang Amat Berhormat

Yang Berhormat

Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia

Yang Berbahagia

Yang Amat Arif Yang Amat Setia Yang Arif Sahibul Samahah Yang Berusaha

NAMA MAJALAH TAJUK ARTIKEL

: Mingguan Warta Perdana : - Tabiat Rakyat Kita Sukar Diubah

- Tak Rela Jadi Bodoh PENERBIT TARIKH ARTIKLE DITERBITKAN : : - 01 April 2011 - 07 April 2011

Analisi Bahan
1. Analisis Pola Keselarasan Vokal

a. Contoh-contoh perkataan yang menepati pola keselarasan vokal


BIL POLA CONT OH PERKATAAN

a ----- a

saman, dalam, rakyat, dapat, saat, bayar, malah, taman, jangan, wajar, rakyat, harap , tambah, sangat, macam, padan, tayang, anak, awal, bakal, langkah, watak

2 3

a ----- i a ----- u

Kasih, nasib, baik, lahir, balik namun, lanjut, bagus, tangguh, tahun,

sambut, maksud 4 e(pepet) ----- a kesal, tegas, sebab, dengan, cepat, sejak, pernah, beliau, pentas, gemar, latak, senang 5 6 7 8 9 10 e(pepet) ----- i e(pepet) ----- u e(taling) ----- a e(taling)---e (taling) e(taling) ----- o i ----- a Teknik, henti lebuh, pecut, terus Hemah, nekad Bereng-bereng tempoh pihak, tidak, sikap, tindak, sifat, hinder, ikrar, kisah 11 12 13 14 i ----- i i ----- u o ----- a o ----- e(taling) Fikir, ingin Isu, ikut tolak Oleh, novel

15

o ----- o

potong, lopong, bodoh

contoh , johor,

longgok,

16 17 18

u ----- a u ----- i u ----- u

buat, bukan, susah, sudah, lunas, ulang mungkin syukur

b. Contoh kesalahan ejaan


BIL POLA KESALAHAN EJAAN PEMBETULAN

1 2 3

a ----- a a ----- i a ----- u

aje tau mau

saja tahu mahu hendak tidak sudah

4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

e(pepet) ----- a e(pepet) ----- i e(pepet) ----- u e(taling) ----- a e(taling)---e (taling) e(taling) ----- o i ----- a i ----- i i ----- u o ----- a o ----- e(taling) o ----- o u ----- a

nak tak dah

17 18

u ----- i u ----- u

2. Analisis Pola Kekecualian Keselarasan Vokal

a. Contoh-contoh perkataan yang tidak menepati pola keselarasan vokal


BIL POLA VOKAL CONTO H PERKATAAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

a ----- a a ----- i a ----- u e(pepet) ----- a e(pepet) ----- i e(pepet) ----- u e(taling) ----- a e(taling)---e (taling) e(taling) ----- o i ----- a i ----- i i ----- u o ----- a o ----- e(taling) o ----- o u ----- a u ----- i u ----- u

Pada, baca, drama, kata Kali, kaki Mahu, tahu, aku Beri, seri Kira, tiga, cinta, bila Ini, kini Isu, itu juga cuti -

b. Contoh kesalahan ejaan

BIL 1.

POLA

KESALAHAN EJAAN

PEMBETULAN

3. Analisis Pengejaan Kata Pinjaman

BIL

HURUF

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

CATATAN

1.

bil

bil

Penyelesaian huruf huruf konsonan tertentu.

2.

communication

komunikasi

Penyelesaian huruf huruf konsonan tertentu.

3.

electric

elektrik

Penyelesaian huruf huruf konsonan tertentu.

5.

telephone

telefon

Penyelesaian huruf huruf konsonan tertentu.

6.

System

sistem

Penyelesaian huruf huruf vokal tertentu

7.

Career

Karier

Penyelesaian huruf huruf vokal tertentu

8.

th

Theater

teater

Penyelesaian huruf huruf vokal tertentu

4. Kesilapan Tatabahasa Dari Aspek Morfologi Dan Sintaksis

a. Analisis Kesilapan Umum Tatabahasa (Morfologi - Kata)

BIL

CONT OH KESALAHAN

PEMBETULAN

CATATAN

1.

Tak

tidak

Tak merupakan singkatan bagi perkataan tidak. Perkataan tak tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala tidak merupakan kata tunggal dua suku kata. Tu merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan tu tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala itu merupakan kata tunggal dua suku kata. Dah merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan dah tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala sudah merupakan kata tunggal dua suku kata. Nakmerupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan nak tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala hendak merupakan kata tunggal dua suku kata. Taumerupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan tau tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala tahu merupakan kata tunggal dua suku kata. Aje merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan aje tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala sajamerupakan kata tunggal dua suku kata.

2.

Tu

itu

3.

Dah

sudah

4.

Nak

hendak

5.

Tau

Tahu

6.

Aje

saja

b. Analisis Kesilapan Umum Tatabahasa (Sintaksis - Frasa & Ayat) 1. Selepas ini, mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarai hitam. (salah) Selepas ini, bagi mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarakan dalam senarai hitam. (betul)

2. Namun ada segelintir pihak kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini bersungguh -sungguh. (salah) Namun ada segelintir pihak berasa kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini secara bersungguhsungguh.(betul)

3. Semuanya mahu buat di saat akhir saja. (salah) Semuanya ingindibuat pada saat akhir sahaja. (betul)
4. Kadangkala ketika berada di lebuh raya saya rasa nak pecut, tetapi apabila fikir diri

yang tidaklah kaya ini, terus matikan niat. (salah) Kadangkala ketika berada di atas lebuh raya, saya berasa ingin memecut, tetapi apabila berfikir tentang dirinya yang tidaklah kaya ini, saya terus mematikan niat ini. (betul)
5. Bukan semua, segelintir aje. (salah)

Bukan semua, segelintir sahaja. (betul)


6. Bagi yang dah bayar awal, baguslah. (salah)

Bagi yang sudah bayar awal, baguslah. (betul)


7. Kalau ada lagi beri alasan kata tak sempat bayar, tak tahulah. (salah)

Kalau ada lagi yang memberi alasan bahawatidak sempat untukmembayar, tidak tahulah kami. (betul)
8. Keinginannya mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan

tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar. (salah) Keinginannya untuk mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar. (betul)
9. Azizah gemar membaca novel mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama.

(salah) Azizah gemar membaca novel bagi mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. (betul)

10. Saya akui tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus, tetapi cukuplah tidak

menampakkannya sebagai seorang yang bodoh. (salah) Saya mengaakui bahawa saya tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus, tetapi sudah mencukupi jika skrip tersebut tidak menampakkan saya sebagai seorang yang bodoh. (betul)

11. Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik
semuanya saya tidak berkenan. (salah) Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya bagi tahun ini, tetapi apabila membaca balik semuanya saya tidak berkenan.(betul)

5 . Analisis Aspek Kesantunan Bahasa

BIL

CONT OH KESALAHAN

PEMBETULAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tau Dah Aje Tak tapi Bila

tahu sudah sahaja tidak tetapi apabila

LAPORAN KOMPREHENSIF

Majalah Mingguan Warta Perdana boleh dikelasifikasikan sebagai majalah yang agak baik berbanding dengan majalah majalah lain .Hal ini demikian kerana setelah saya menganalisi dua buah rencana dalam majalah tersebut, saya mendapati kesalahan yang terdapat dalam rencana tersebut tidaklah sangat serious. Walau bagaimanapun, setiap majalah mestilah mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri .

Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan , kelemahan majalah Mingguan Warta Perdana tidaklah begitu banyak berbanding majalah -najalah yang lain. Bagi menyempurnakan kerja kursus pendek ini , saya telah menjalankan kajian tentang penggunaan pola keselarasan vocal, pengejaan kata -kata pinjaman, kesilapan umum tatabahasa dari aspek morfologi serta sintaksis dan bentuk kesantunan berbahasa yang terdapat dalam petikan teks atau rencana dalam majalah ini . Salah satu kelemahan yang dapat saya cari dalam majalah ini adalah dari segi aspek kesalahan penggunaan tatabahasa.Namun, kesalahan yang saya dapati tidaklah banyak. Kesalahan penggunaan tatabahasa iniakan mempengaruhi pembelajaran pelajar yang membaca majalah ini .

Pelajar-pelajar pada masa kini lebih suka membaca majalah yang berupakan hiburan berbanding dengan majalah akademik .Antara majalah-majalah berbentuk hiburan ialah Mastika, Remaja, Hai, Mangga, Seleksi dan sudah tentunyamajalah kajian saya ini iaitu majalah Mingguan Warta Perdana ini .Jikalau sesebuah majalah sering didapati mempunyai kesalahan tatabahasa, pelajar yang sering membaca sesebuah majalah tersebut akan dipengaruhi olehnya dan akan melakukan kesalahan tatabahasa yang sama ini dalam kehidupan harian mereka.

Selain itu ,saya juga mendapati bahawa majalah ini sering menggunakan perkataan singkatan dalam rencana mereka. Sebagai contoh, perkataan tak yang merupakan singkatan daripda perkataan tidak sering muncul dalam sesuatu percakapan daripada rencana majalah ini. Jika pelajar sering didedahkan dengan perkataan singkatan ini, mereka akan sering menggunakan dalam perbualan harian mereka. Apabila mereka sudah biasa dengan penggunaan perkataan singkatan ini, mereka akan berasa susah apabila mereka ingin memperbetulkan pada suatu masa nanti. Di samping itu, penggunaan kata -kata pinjaman juga agak kerap dalam rencana-rencana majalah Mingguan Warta Perdana ini. Masalah ini akan

mempengaruhi pelajar dalam penulisan karangan atau apa -apa sahaja teks atau rencana nanti. Hal ini demikian kerana mereka sering didedahkan kepada kata -kata pinjaman ini.Jika kita sering didedah kan kepada majalah -majalah yang banyak mempunyai kesilapan ini, kita akan dipengaruhi olehnya dan sering melakukan kesalahan -kesalahan tatabahasa ini dalam peperiksaan mereka nanti.

Kelarisan sesebuah majalah adalah bergantung kepada cara penulisan dan cara penyampaian sesuatu info yang bermutu dan berkualiti .Melalui kaedah penulisan dan penyampaian yang baik ,sesebuah majalah itu barulah dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca rencana majalah tersebut.Majalah Mingguan Warta Perdana ini juga amat diminati oleh para pelajar. Hal ini demikian kerana cerita yang disampaikan banyak mengandungi unsur lawak jenaka yang agak menghiburkan hati dan dapat menarik minat golongan remaja. Majalah ini tidaklah mahal berbanding majalah kartunis yang laindan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja Selain itu, kandungan majalah yang berwarna-warni juga menarik minat remaja untuk membelinya.

Secara kesimpulannya, kesilapan-kesilapan yang didapati dalam majalah ini agak ketara dan sering juga muncul dalam majalah yang lain. Demi memajukan lagi majalah Mingguan Warta Perdana ini, penerbit majalah ini harus lebih cermat sebelum menerbitkan majalah ini.Penerbit harus memeriksa segala kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam rencana dan memperbetulkannya sebelum menerbitkan majalah tersebut. Hal ini demikian kerana pelajar mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca dan lihat. Oleh itu, pemerikasa an amat penting sebelum penerbitan majalah dilakukan.

REFLEKSI

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya supaya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lancar dan lengkap.Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang amat dihormati, En Aminuddin Mohamed yang mendidik mata pelajaran Bahasa Melayu Kontekstual.En Aminuddin Mohamed memberi kerja kursus yang berfaedah ini kepada kami dan juga menerangkan serta menjelaskan maklumat yang hendak kami layari dari laman web. Setelah mendapatkan kerja kursus ini, saya mencari maklumat dan cuba menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah saya mendapatkan maklumat saya tunjukkan kapada En Aminuddin Mohamed. Apabila beliau mendapati maklumat saya telah salah ataupun bermasalah, beliau juga mambantu saya membetulkan dan menjelaskan pelbagai maklumat yang perlu saya cari dari internet,buku rujukan, majalah,dan sebagainya kepada saya. Selepas itu, saya hanya dapat mencari maklumat yang betul dan seterusnya melengkapkan kerja kursus saya.Saya percaya, jika tidak mendapat bantuan daripada pensyarah, saya pasti tidak dapat melaksanakan tugasan ini dalam masa singkat. Selain tu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya.Hal ini demikian kerana mereka telah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya.Tanpa sokongan dan dorongan daripada ibu bapa saya, saya yakin saya tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan cepat dan lancar.Mereka juga telah memberikan saya semangat untuk melengkapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya turut ingin mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan idea, pandangan dan galakkan kepada saya apabila melaksanakan tugasan ini sehingga habis menyelesaikan tugasan kerja

kursus pendek ini.Bukan setakat itu sahaja, saya dan rakan-rakan saya sering mengadakan perbincangan kumpulan di dalam kelas, kantin atau di perpustakaan untuk berbincang apa-apa yang perlu dilakukan.Saya dan rakan-rakan sekelas saya sentiasa tolong-menolong dan bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik. Secara tuntasnya, saya dapat memperolehi banyak pengajaran, pengalaman dan juga ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini. Kesemua hal ini adalah amat penting bagi saya dan juga mampu menjadi sebagai sumber kepada saya pada masa yang akan datang. Oleh itu, saya amat menghargai peluang ini untuk mengambil pengalaman bagi membuat tugasan kerja kursus ini.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA UNIT SUBJEK

: CHEW MIN FEI : PPISMP PC / PJ / PSV SEMESTER 2 : BAHASA MELAYU KONTEKSUAL : EN. AMINUDDIN BIN MOHAMED CATATAN T/TANGAN

PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

7/2/2011

Menerima tugasan kerja daripada Pensyarah. (EN.AMINUDDIN)

(CHEW MIN FEI) 10/2/2011 Memahamikehendak tugasan berpandukan yang dipelajari sepanjang latihan. 14/2/2011 Mencari maklumat tugasan di internet dan juga buku 16/2/2011 Mula melaksanakan tugasan dan bersama -sama berbincang dengan rakan (BUNG QIAN MIN) (CHEW MIN FEI) (CHEW MIN FEI)

(TAN YING HAN) 21/2/2011 Menghantar hasil tugasan sepenuhnya kepada pensyarah jika diminta (EN.AMINUDDIN )

TAK RELA JADI BODOH


Written by Mingguan Warta Perdana Thursday, 07 April 2011 0 8 :19

PENAMPILAN pelakon popular Azizah Mahzan dalam drama berantai Spa Qistina disifatkannya sebag ai lakonan terakhir di skrin TV. Spa Qistina ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat sejak awal tahun ini.

Anak kelahiran Johor Bahru ini bakal menyambut ulang tahun ke -48 November ini, pernah menerima tiga kali anugerah Pembantu Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pada 2001, 2006 dan 2008. Beliau juga penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Seri Angkasa 2005.

Antara filem pertama lakonannya ialah Kaki Bakar pada 1995, diikuti Anak, Cuti Cuti Cinta dan terbaru filem Damping Malam sebagai Umi Siah.

Menerima pendidikan asas di UiTM dalam bidang perakaunan, beliau tidak terfikir menjadikan lakonan sebagai karier utamanya.

Keinginannya mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teaterseperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar.

Antara teater lakonannya ialah Kipas Tangan (karya Yukio Mishima), Puteri Si Bereng-Bereng dan Kena Main (arahan Khalid Salleh), Mencari Salina (arahan Erma Fatima) dan Cindai (arahan Rohani Yusof).

Beliau menjadi pengacara Nona TV3 (1991) selama tiga tahun dan mula melangkah sebagai pelakon drama TV pada 1997.

Azizah gemar membaca novel mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. Dia pernah menggegarkan dunia hiburan apabila gambarnya be rpelukan dengan pelakon Zaefrul Nordin tersiar meluas di Internet.

SAYA nekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhir Spa Qistina, gara -gara skrip yang diberikan tidak berkualiti.

Saya akui tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus, tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam, tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan -rakan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.

Tetapi kali ini saya berikrar tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya itu, Spa Qistina.

Saya juga kecewa apabila skrip itu bukan sahaja tidak berkualiti, tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang memperlihatkan sebagai pelakon tidak profesional.

Justeru, saya mengambil keputusan mengundur diri selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu.

Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik s emuanya saya tidak berkenan.

Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi, tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh.

Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang, tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa.

Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja.

Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia.

Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidakperasan hal itu.

Oleh itu saya mahu fokus dengan kehidupan peribadi dan berhasrat berhijrah ke luar negara. Kini saya yakin dapat mencari rezeki di luar bidang hiburan.

Selain itu, kekecewaan saya dengan stesen televisyen yang terlalu mengikut trend d an cita rasa penonton kepada sesebuah jalan cerita.

Saya tahu stesen TV mahu memuaskan hati penonton dengan menyajikan drama yang mengikut cita rasa mereka, tapi bukankah drama salah satu medium untuk memberi pengajaran kepada penonton.

Pada saya sekarang sudah terlalu banyak drama yang tidak memberi pengajaran, sebaliknya menyajikan cerita yang tiada mesej yang tepat dan buat sekadar hiburan semata-mata.

Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sendiri dan menjadikan lakonan hanya separuh masa sahaj a. Kini saya mahu kembali semula ke zaman itu dan kalau boleh ingin mencari rezeki ke luar negara.

TABIAT RAKYAT KITA SUKAR DIUBAH


Written by Mingguan Warta Perdana Friday, 01 April 2011 02:24

KERAJAANmelanjutkan tempoh bayaran saman sehingga 30 Mac ini setelah mengambil kira rintihan orang ramai berikutan kesesakan di kaunter pembayaran dan masalah sistem. Selepas ini, mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarai hitam.

Bayaran saman ini disifatkan sebagai peluang kedua dan mungkin selepa s ini tiada lagi tolak ansur atau dilanjutkan lagi. Namun ada segelintir pihak kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini bersungguh -sungguh.

Kata mereka, selagi kerajaan tidak tegas, selagi itulah tabiat rakyat kita tidak dapat diubah. Semuanya mahu buat di saat akhir saja. Bukan sahaja bayar saman, malah bayar cukai pendapatan dan bayar bil telefon dan air juga ramai suka berlengah -lengah.

KALAU tahu kerajaan nak lanjutkan tempoh, tidaklah aku berpeluh beratur di balai polis

sampai lima jam dulu, PEMANDU BERHEMAH.- Taman Sri Indah, Balakong.

LANJUT tempoh bayaran tu bagus, tapi di manakah ketegasan kerajaan? Selagi

kerajaan tidak tegas selagi itulah tabiat rakyat kita tidak d apat diubah. Semuanya nak buat di saat akhir. ALIANISSA, Parit Buntar, Perak.

SYUKUR sebab saya memandu pun ikut peraturan dan had laju. Kadangkala ketika

berada di lebuh raya saya rasa nak pecut, tetapi apabila fikir diri yang tidaklah kaya ini, terus matikan niat. Orang Malaysia ini kalau memandu di lebuh raya memang menakutkan dan tidak beradab. Bukan semua, segelintir aje. Apa -apapun, elakkan memandu secara melulu. DIK MAN, KL.

TERIMA KASIH atas perhatian kerajaan melanjutkan tempoh bayaran . AZILAH MO HAMAD, Seremban, NS.

BAGI yang dah bayar awal, baguslah. Jangan jadi segelintir mereka yang leka sehingga

menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Dalam hal ini, tindakan kerajaan wajar diucap

terima kasih kerana peka dengan masalah sikap melambat-lambatkan bayaran saman. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua pemandu di negara ini.
ANA J OE, Johor Bahru, Johor.

SELAMAT membayar saman. Semoga ia tidak berulang lagi. Berhati -hati ketika

memandu. ZUL KBO, Sungai Besar, Selangor.

SIAPA yang belum bayar elok bayar cepat sebelum disenarai hitam. Susah nanti. Nasib

baik tak ada saman, syukur. Berhemahlah di jalan raya. ISMAIL N, Kota Bharu,
Kelantan.

RAKYAT Malaysia memang suka buat kerja last minute. Bukan saja bayar saman,

bayar bil telefon, elektrik dan air pun suka bertangguh. Tau -tau api dan air kena potong, baru melopong. NURA MO HAMAD, Bachok, Kelantan.

KALAU ada lagi beri alasan kata tak sempat bayar, tak tahulah. Diharap menjadi

pengajaran kepada semua orang. Insaflah. YUSOF KARIM, Kuala Sungai Baru,
Melaka.

CONT OHI ketegasan TNB dan syarikat telekomunikasi bertindak ke atas pengguna

yang suka bertangguh. NOORIHAN, Rawang, Selangor.

SIKAP orang kita selalu lalai dan suka mengam bil tindakan di saat akhir. Eloklah diubah

sikap tidak menguntungkan sesiapa. Untuk mencapai negara maju, kena hindar sikap tidak berfaedah ini. AZATIE, Selayang, Selangor.

SUDAH agak dah, mesti kerajaan tambah masa lagi. Selalu sangat macam ni. Tapi

selepas ini diharap tidak ada lagi sikap tolak ansur. Biar padan muka mereka yang suka melengahkan sesuatu perkara itu MISS TIRA, Ipoh, Perak.

NASIB baik tak ada saman. Anda dan saya memang pemandu berhemah SAMAD SAHRIN, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Bibliografi
http://www.scribd.com/doc/19670871/pola -keselarasan-vokal http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/enam -prinsip-pengejaan-kata-kata.html http://www.scribd.com/doc/24984861/Kesalahan -Umum-Tatabahasa http://www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.htm http://www.perdanaonline.com.my/

Anda mungkin juga menyukai