Dia mahu berehat di atas buaian yang terletak di bawah sebatang pokok.
Sajidah
berehat
sambil
membaca
buku
cerita.
Di tepi buaian itu terdapat sebuah baldi. Baldi itu terungkup di atas tanah. Baldi itu selalu digunakan oleh ibunya untuk menyiram pokok bunga.
Baldi di tepi buaian itu bergerak-gerak. Baldi itu bergerak ke hadapan dan ke belakang. Kemudian, baldi itu terus bergerak lagi ke hadapan.
palagi! Sajidah terus melompat turun dari buaian. Dia menjerit-jerit ketakutan sambil berlari masuk ke dalam rumah.
"Baldi bergerak!" Sajidah memberitahu bapa dan ibunya. Dia masih ketakutan. "Baldi bergerak#" bapanya berasa sangat hairan. $bunya juga turut berasa hairan.
Bapa dan ibu Sajidah terus pergi ke tempat buaian itu. %ereka melihat baldi itu memang sedang bergerak ke sana sini. "Sungguh pelik! Bagaimana baldi ini boleh bergerak#" tanya ibu Sajidah. Dia juga turut berasa takut.
Bapa
Sajidah
terus
mengangkat
baldi
itu.
Bapa Sajidah ketawa berdekah-dekah. Sajidah dan ibunya turut tertawa. Peristiwa itu sangat menggelikan hati mereka.