Anda di halaman 1dari 27

Pengantar Pendidikan

Penghargaan Alhamdulillah kehadrat ilahi hirrabbilalamin. limpah dan kami merafakkan sepenuh dapat kesyukuran juga kami

dengan

kurnianya,

akhirnya

menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada En. Prakash , Pensyarah Pengantar Pendidikan, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kepada ibu bapa kami, jutaan terima kasih kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami selama kami menyiapkan tugasan ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Padadewasa kini, pelbagai pembangunan dari

segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.

Sekian, terima kasih.

Pengantar Pendidikan
Pendahuluan Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, definisi falsafah amat susah ditakrifkan dan perkara itu diakui oleh ramai ahli falsafah sendiri. Ahli falsafah berkata bahawa, manusia boleh berfalsafah mengenai pengertian falsafah itu sendiri. Walau bagaimanapun, falsafah merupakan suatu usaha pemikiran ilmiah yang cuba mengusahakan kebenaran yang umum dan asas kerana pada asalnya ia bermaksud cinta kepada hikmah. Mengikut ulasan yang terdapat di laman sesawang Wikipidea, Berfalsafah bermaksud mencari kebenaran daripada kebenaran untuk kebenaran tentang kesemua yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir sedemikian dalam menghadapi masalah hubungannya dengan kebenaran, ketika itulah seseorang itu telah mempunyai falsafah. Penuturan dan penguraian yang tersusun oleh pemikirannya itulah yang disebut sebagai falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya disokong dengan cara iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya ialah karya falsafah. Russell (1946), telah mentakrifkan falsafah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian antara teologi dengan sains. Hal ini kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum dibuktikan dengan tepat. Ed Miller berpendapat, falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara yang penting. Sharifah Alawiah Alsagoff (1984) dalam bukunya Falsafah Pendidikan berkata, Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Bagi beliau, falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Beliau berkata, falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa falsafah ialah pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah secara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah adalah untuk mencari dan membuktikan kebenaran dan memberikan arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Pengantar Pendidikan
Konsep Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan ialah satu bidang falsafah gunaan yang menggunakan bidangbidang falsafah tradisional (ontologi, etika, epistemologi dan lain) serta

pendekatannya untuk menangani persoalan-persoalan berkenaan polisi pendidikan, pembangunan manusia dan teori kurikulum dan sebagainya. Dengan erti kata lain, falsafah pendidikan ialah kajian berfalsafah tentang matalamat, proses, tabii dan segala yang baik berkenaan pendidikan. Sebagai contoh, ia mungkin kajian tentang apa yang melibatkan pengajaran dan pendidikan, nilai dan norma yang terlibat dalam pengajaran dan pendidikan serta perhubungan antara teori pendidikan dan praktiknya. Falsafah pendidikan boleh dilihat sebagai satu cabang kepada falsafah dan pendidikan. Sama seperti falsafah, falsafah pendidikan juga sukar untuk ditakrifkan. Walaupun terdapat tindan tindih, falsafah pendidikan tidak boleh disamakan dengan teori pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pembentukan FPK Menurut akta pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan,1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996 berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap Keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pengantar Pendidikan
Penggubalannya adalah berdasarkan: Penyata Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961 Laporan JK Kabinet 1974 Laporan JK Kabinet 1979 Rukun Negara Prinsip-prinsip Pendidikan Matlamat Pendidikan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Huraian FPK 1. Pendidikan suatu usaha berterusan Manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka. Oleh itu, pendidikan yang terancang di pelbagai peringkat hidup berlaku untuk mereka menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan. Untuk menyesuaikan diri kepada perubahan yang pesat, seseorang perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran terkini. Justeru, pendidikan sepanjang hayat perlu diberi penekanan yang semakin besar. 2. Memperkembangkan potensi individu Sejak lahir, seseorang individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi. Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Walaupun individu memiliki keupayaan dan bakat tetapi tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya masih terpendam. Oleh itu, usaha oerlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan

meningkatkan bakat serta keupayaan tersebut. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembangkan potensi individu. Setiap potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberikan peluang yang secukupnya. Oleh itu, usaha untuk memperkembangkan potensi individu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh.

Pengantar Pendidikan
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersatu padu Manusia sentiasa berusaha memenuhi keperluan tersebut. Untuk

membolehkan manusia memenuhi keperluan ini, semua potensi perlu dikembangkan. 4. Insan yang seimbang dan harmonis Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. 5. Unsur intelek Memberikan tumpuan kepada daya berfikir yang meliputi ciri-ciri seperti mempunyai kemahiran asas 3M, mendapat, meningkatkan, dan menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif dan memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. 6. Unsur rohani Berkaitan dengan kerohanian seperti menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri dan membentuk akhlak mulia. 7. Unsur emosi Perasaan jiwa yang kuat meliputi ciri-ciri seperti perasaan tentang dan tingkah laku terkawal, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan, dan menghargai serta menilai keindahan dan kesenian. 8. Unsur jasmani Tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat dengan menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, mengembangkan baka dan kemahiran teknikal dan manipulatif, memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari, menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran.

Pengantar Pendidikan
9. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Mengakui wujudnya Pencipta, manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta, melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan, mengikuti dan

mengamalkan ajaran agama, mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam ialah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam dan manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya dan meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama. 10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Mencintai ilmu pengetahuan dan gemar membaca, memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain, sentiasa menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan dan berfikiran luas dan terbuka. 11. Rakyat Malaysia Berketerampilan Memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas, mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. 12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Mengetahui nilai baik dan buruk, menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk, menghayati nilai, kerohanian, kemanusiaan dan

kewarganegaraan, mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk dan yakin kepada nilai murni. 13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Menyedari tugas dan tanggungjawab ialah amanah dan mesti dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan besrih cekap dan amanah, sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran, mematuhi peraturan dan undang-undang negara, dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 14. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Berfikiran yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat, mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup dan mewujudkan perhubungan baik.

Pengantar Pendidikan

15. Rakyat

Malaysia

yang

dapat

memberikan

sumbangan

terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Bersemangat patriotik dan cintakan negara, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, mematuhi, mengekal dan mempertahankan perlembagaan, mengekalkan kestabilan negara, memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi serta memupuk keharmonian keluarga dan perpaduan melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati.

Analisis FPK Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka. Oleh sebab itu, pendidikan yang terancang di pelbagai peringkat hidup berlaku atau diadakan untuk mereka menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan. Kini masyarakat kita sedang melalui perubahan yang pesat, khasnya dalam persaingan untuk menguasai aplikasi sains, teknologi maklumat dan komunikasi serta menangani cabaran globalisasi dan k-ekonomi. Untuk

menyesuaikan diri dengan perubahan ini, seseorang perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dari semasa ke semasa. Justeru, pendidikan sepanjang hayat perlu diberi penekanan yang besar selaras dengan hasrat FPK. Selain itu, potensi individu juga perlu diperkembangkan. Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk,

memperkembangkan dan meningkatkan bakat serta keupayaan individu ini. Potensi ini perlu diperkembangkan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. Ini dilakukan supaya individu itu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Ini bermakna individu itu akan menjadi insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain.

Pengantar Pendidikan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Falsafah Pendidikan Guru digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pembentukan FPG Falsafah Pendidikan Guru berbunyi: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, ber sedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Matlamat FPG adalah menghasilkan warga pendidik yang berkualiti daripada segi profesional, peribadi, sosial dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke-21.

Analisis FPG Falsafah Pendidikan Guru boleh dilihat dalam Model Konseptual Pendidikan Guru. Model Konseptual Guru dibina berasaskan FPK dan FPG yang menekankan kepentingan tiga aspek asas, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancang. Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Guru (kini Institut Pendidikan Guru (IPG)) seperti berikut: i. Kendiri Penekanan peranan guru sebagai pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah dan bepekerti mulia. ii. Kemasyarakatan Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

Pengantar Pendidikan
iii. Ketuhanan Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan

kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Ketiga-tiga aspek disepadukan dan merentasi semua disiplin dan program perguruan yang dirancang. Oleh itu selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.

Pengantar Pendidikan
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

Kepada Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap sistem pendidikan negara dalam kurikulum sekolah. Sukatan pelajaran diubah supaya bersepadu dan terdapat penyerapan nilai murni dalam mata pelajaran yang diajar.Untuk ini, sikap pendidik perlu diubah supaya menjadi lebih professional supaya tugas dapat dijalankan sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Bukan itu saja, persekitaran pembelajaran juga perlu diubahsuai agar memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, mereka harus memastikan penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai harus mempunyai kesan yang positif. Bagi merealisasikan falsafah pendidikan yang tersurat berserta KBSR dan KBSM yang dibentuk, beberapa perubahan penting telah dialami oleh sekolah. Perubahan-perubahan ini adalah sangat penting bagi tujuan keselariannya dengan falsafah pendidikan dan kurikulum tersebut. Disamping itu penyusunan semula organisasi sekolah dalam mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan pelajar menghayati matlamat dan aspirasi FPK, antaranya ialah menaiktaraf fasiliti sediada di sekolah bagi membantu mengembangkan potensi pelajar berdasarkan jasmani, emosi, rohani dan intelek, perkenalkan aktiviti sosial yang menggalakkan perkembangan budaya sekolah untuk penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar. Perubahan dalam suasana pembelajaran sekolah bagi menggalakkan perkembangan potensi intelek pelajar dalam bidang baru ( cth: ICT) serta suka kepada ilmu pengetahuan dan mengukuhkan budaya membaca dan aktiviti kokurikulum menjadi komponen yang penting dalam kurikulum sekolah bagi mengembangkan aspek emosi dan sosial pelajar untuk mewujudkan perpaduan. Selain itu,implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap Reformasi Pendidikan iaitu Pengenalan sistem pendidikan bersepadu pada 1965,Sains Paduan dan Matematik Moden pada 1971.Tambahan pula, Pelaksanaan KBSR untuk sekolah rendah pada 1983 dan Pelaksanaan KBSM untuk sekolah menengah pada 1989 seterusnya matapelajaran Sains dan Kajian Tempatan pada 1994

diperkenalkan. Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari pada 2000 serta Penggunaan


10

Pengantar Pendidikan
Bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran Matematik, Sains dan Teknikal pada 2003. Sejajar itu, dari segi implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap tanggungjawab guru.Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masadepan, bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar menjadi warganegara berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, guru berperanan mendidik pelajar supaya mempunyai pelbagai kemahiran hidup dan membawa inovasi untuk memenuhi hasrat dan keperluan individu, masyarakat dan negara. Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran profesional yang terkini dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, disamping menjadi role model kepada pelajar-pelajar mereka. Di peringkat sekolah, peranan guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya bagi menentukan keperluan pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaan bahanbahan pelajaran, merancang dan melaksana pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal pasti kekurangannya untuk tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial bagi kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003).

Cabaran Dalam Pelaksanaan FPK

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik adalah untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya kefahaman tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. Dalam erti kata lain, pendidikan ialah proses pembinaan diri insan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, proses membangunkan kesedaran dan nilai-nilai insaniah, conscientization dan proses

11

Pengantar Pendidikan
membangunkan kesedaran dan nilai-nilai murni dan lurus dalam diri agar terpancar kebaikan pada diri manusia dan alam. Namun sejak pelaksanaannya pada 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sering berhadapan beberapa persoalan dan isu tentang keperluan untuk menilai keberkesanannya. Antara persoalan yang sering dibangkitkan adalah kefahaman guru tentang konsep dan prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalamnya. Kefahaman tentang konsep dan prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah penting kerana jika guru tidak mempunyai keupayaan dari segi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu perubahan atau inovasi pendidikan, maka perubahan sukar dilaksanakan dengan berkesan (Azrin 2004). Meski Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dimetrikan sebagai asas matlamat dalam Akta Pendidikan Negara 1996, kesan menyeluruh daripada pelaksanaannya belum dapat dilihat secara substantial dan behavorial. Terdapat 15 nilai-nilai murni yang dijadikan prinsip dalam merentasi kurikulum dan kokurikulum namun natijah holistik dalam pembentukan watak belum terlihat dengan .jelas. Hal ini dibangkitkan di peringkat kerana proses terdapat kelemahan dan pedagogikal dan dalam

metodologikal

pengajaran

pembelajaran

mengartikulasi maksud falsafah, nilai dan agama. Pendekatan pedagogikal masih bercorak preskriptif bukan artikulatif malah amat sedikit yang berbentuk model atau contoh yang mampu menjadi sumber ikutan dan teladanan. Prinsip falsafah tidak diterjemah dengan baik dalam konteks sahsiah pendidik, kualiti kurikulum, buku teks, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Faktor agama dan nilai lebih banyak diungkapkan secara terbatas dan kurang mampu membentuk sahsiah dan personaliti. Warga guru haruslah dapat memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri supaya mereka berkeupayaan mendidik para pelajar menuju ke arah matlamat ini. Dengan kefahaman dan penghayatan yang mendalam ini, warga guru diharap dapat menilai sendiri samada pengajaran mereka bersesuaian dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Azrin (2004), punca utama yang menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah kerana mereka menghadapi masalah
12

Pengantar Pendidikan
memahami prinsip-prinsip di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menerapkan prinsip-prinsip yang abstrak dan sukar difahami di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Falsafah dan matlamat pendidikan yang halus dan indah hanya akan tinggal di atas kertas jika tidak diterjemahkan dan dijelmakan secara praktik. Justeru itu perlu dicari pendekatan dan strategi yang sesuai bagi menterjemah dan menjayakan hasrat falsafah untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak, berketrampilan, seimbang dan harmonis. Pada masa yang sama kita perlu menggarap sekali keperluan-keprluan semasa (di dalam dan luar bidang pendidikan) dan masa depan yang akan ditempuhi oleh anak didik masa kini. Dalam konteks Falsafah Pendidikan peningkatan keupayaan intelek dan penguasaan sesuatu kemahiran adalah sama pentingnya dengan pemupukan nilainilai murni dalam usaha melahirkan individu yang dianggap seimbang. Menurut Tajul Ariffin (2002), kekuatan aspek rohani adalah paksi yang menjadikan seseorang individu itu dapat mengharungi kehidupan sebagai hamba kepada penciptanya. Jika diperhati dan dianalisis, pada hakikatnya kita sedang berhadapan dengan pelbagai masalah yang mencabar kewibawaan profesion perguruan. Diantaranya ialah masalah akhlak, iman, budaya lepak, buli, ponteng sekolah. Oleh yang demikian pendidik harus sentiasa mempunyai persediaan ilmu,

kemahiran/profrsional, ketahanan akal, ketahanan emosi, kekukuhan akhlak atau moral dan ketahanan fizikal. Dalam menjalankan tugas, guru bukan saja menyebarkan ilmu pengetahuan, tetapi menunjukkan sikap dan tingkah laku yang boleh diteladani oleh pelajar-pelajar. Satu lagi realiti dalam masyarakat kini ialah pendidikan terlalu mementingkan kejayaan individu, kebendaan dan kemewahan. Untuk mencapai tujuan tersebut, hanya aspek akal atau intelek saja yang dikembangkan sedangkan aspek akhlak dipinggirkan. Akibatnya lahirlah para intelek yang tidak berakhlak yang sanggup menggunakan kepandaian untuk melakukan penyelewengan dan jenayah kolar putih. Oleh yang demikian sewajarnya guru memberikan penekanan bukan saja dari aspek kognitif dan intelek, tetapi juga dari aspek akhlak dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

13

Pengantar Pendidikan
Persamaan dan perbezaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

Persamaan FPK dan FPG

Ingin melahirkan pelajar dan guru yang berilmu pengetahuan

Ingin melahirkan pelajar dan guru yang berakhlak mulia

Ingin melahirkan pelajar dan guru dapat memberikan sumbangan kepada negara dan masyarakat.

Menghasilkan pelajar dan guru yang progresif, mahir dan cekap supaya berupaya melaksanakan tugas dengan tugas secara proaktif dan sempurna

14

Pengantar Pendidikan

Perbezaan FPK dan FPG

Pelajar

Sasaran

Guru

Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dari segi rohani, jasmani dan intelek Matlamat Utama

Melahirkan guru yang progresif, berkualiti dan professional.

Mengamalkan P&P selaras Mengubah teknik pengajaran bagi melahirkan insan yang seimbang Perubahan sikap peribadi pendidikan sendiri dengan pandangan dan visi terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan FPK Kesan Implikasi dengan hasrat FPG, khususnya melahirkan suatu masyarakat yang bersatu padu Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika perguruan kepada pelajar selaras dengan tuntutan FPG

15

Pengantar Pendidikan
Peranan Guru Dalam Menjayakan FPK dan FPG

Seorang guru adalah mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam bidang pendidikan dan seorang guru adalah bertanggungjawab dalam memastikan hasrat dan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru adalah tercapai. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, 2007, pendidik atau guru adalah kerjaya mengajar di mana secara asasnya guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar di sekolah dengan ilmu pengetahuan. Guru juga adalah orang yang memberi inspirasi dan pengaruh melalui kepakarannya serta lebih mengenali pelajarnya. Seseorang yang ingin menceburi bidang pendidikan atau pun ingin menjadi seorang guru atau pendidik, maka seseorang itu seharusnya mempunyai minat dan keinginan yang mendalam terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Vroom (1964) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai suatu kejayaan seseorang individu itu didalam membuat penyesuaian dengan peranan kerjayanya. Sikap positif terhadap kerjayanya secara konseptual boleh dinyatakan setimpal dengan kepuasan kerja sebaliknya sikap negatif adalah sama dengan ketidakpuasan. Definisi ini disokong oleh Smith, Kendal dan Hullin(1969) menyatakan kepuasan kerja sebagai perasaan seseorang pekerja mengenai kerjayanya. Dengan kata lain, kepuasan kerja berkaitan dengan seseorang sama ada berminat atau tidak terhadap kerjayanya. Jadi sebagai seorang guru yang akan mendidik anak didiknya, maka seharunya mempunyai keinginan dan minat yang mendalam kerana seseorang guru akan mengajar dalam tempoh yang lama. Guru adalah merupakan komponen atau unsur-unsur yang paling asas yang menentukan kejayaan pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Guru mempunyai banyak peranan dalam memastikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru adalah tercapai sepenuhya. Guru mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab terutama dalam keadaan negara yang sedang menuju negara maju menjelang 2020. Antara peranan guru yang terpenting dalam mendokong hasrat murni pendidikan negara ialah seorang guru haruslah menekankan nilai-nilai nurni merentas kurikulum. Bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang merangkumi Falsafah
16

Pengantar Pendidikan
Pendidikan Kebangsaan dan Falsfah Pendidikan Guru, seorang guru harus menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam membentuk nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar-pelajarnya.yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai secara amnya pencapaian adalah ukuran terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Penerapan watak nilai kemanusiaan ini memandu manusia dan pelajar amnya agar hidup berlandaskan nilai-nilai murni agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya. Dalam proses pendidikan, guru berperanan mendidik manusia dan pelajar sekolah amnya dengan menerapkan seberapa banyak nilai nilai murni yang boleh dijadikan sebagai salah satu panduan dalam menghadapi kehidupan yang bakal mendatang. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menusun sukatan. Penerapan nilai-nila murni dalam diri seseorang pelajar adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanan proses pedagogi dalam suasan bilik darjah dan luar bilik darjah. Guru harus berupaya mewujudkan proses pedagogi yang berkesan yang menarik perhatian para pelajar untuk mengikuti sesi pengajarannya. Nilai-nilai murni seperti amanah, jujur dan ikhlas serta hormatmenghormati dalam kalangan pelajar adalah penting sebagai satu medium persediaan dalam diri pelajar-pelajar. Peranan guru yang seterusnya dalam mendokong hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru ialah seorang guru perlu berupaya menyediakan pendidikan atau proses pengajaran yang berkualiti. Guru berperanan menyediakan pendidikan yang berkualiti dan bertepatan dengan hasrat pendidikan negara iaitu untuk pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak dan pelajar amnya mendapat pendidikan yang terbaik agar mereka dapat memperkembangkan potensi diri mereka secara holistik atau menyeluruh daripada segi semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan erti kata lain, proses pendidikan yang akan dipraktikkan oleh seorang guru adalah mampu menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Sifat sahsiah yang positif yang ditanamkan dalam diri para pelajar maka mereka akan dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

17

Pengantar Pendidikan
Guru juga berperanan dalam memastikan segala aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Dalam hal ini, seorang guru perlulah memberikan kerjasama dan komitmen sebaik mungkin dalam sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, jika pihak pengurusan sekolah menyuruh seorang guru untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti unit beruniform maka seorang guru yang dimanahkan tersebut perlulah mengganggap tugas tersebut sebagai salah satu cabang dalam bidang kerjayanya sebagai seorang guru. Hal ini akan menjadikan seseorang guru itu lebih menghargai tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Seorang guru juga berperanan sebagai pembimbing dalam semua hal yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Seorang guru berperanan dalam membimbing seseorang atau sekumpulan murid untuk mengenal pasti potensi pelajar, menyemai minat dalam kalangan pelajar untuk belajar dan sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar untuk sentiasa mempelajari sesuatu yang baru yang berguna kepada diri, keluarga, bangsa dan negaranya. Seorang guru adalah berperanan dalam membantu pelajar-pelajarnya yang menghadapi masalah dalam bidang akademik, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta latar belakang seseorang pelajar itu. Keadaan ini akan menjadikan peranan guru sebagai pembimbing dalam semua hal itu akan lebih berjaya. Guru juga berperanan dalam menjadi Role model bagi pelajar-pelajarnya. Seorang guru adalah menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak didiknya.Setiap pelajar mengharapkan guru mereka dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh karena itu tingkah laku seorang guru itu haruslah sesuai dan menepati norma-norma masyarakat ketika itu. Guru yang berperwatakan positif akan menjadi ikutan kepada para pelajarnya dan begitu juga sebaliknya. Seorang guru juga berperanan sebagai pelajar (learner). Seorang guru dituntut untuk selalu menambah ilmu pengetahuan supaya pengetahuan yang dimiliki seseorang guru itu tidak ketinggalan zaman malahan cara dan teknik pengajarannya itu adalah sesuai dan mengikut peredaran zaman. Pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh seseorang guru itu seharusnya tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas professional, tetapi juga tuga kemasyarakatan mahupun tugas kemanusiaan. Dengan kata lain, seorang guru harus mempunyai akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu
18

Pengantar Pendidikan
serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Penguasaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) juga penting dan merupakan salah satu peranan guru dalam menjayakan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Penguasaan dalam bidang ICT adalah penting bagi memastikan proses pedagogi yang dijalankan lebih menarik dan mudah difahami apatah lagi oleh murid-murid sekolah rendah. Guru juga berperanan sebagai pendidik. Seorang guru hendaklah mempersiapkan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran khusus amnya, khasnya mata pelajaran KBSR dan seterusnya KSSR serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Seorang guru juga perlu mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru,khasnya mengembangkan potensi individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Secara konklusinya, peranan seorang guru amatlah penting dan menjadi unsur yang mendasari kejayaan dalam memastikan bidang pendidikan negara dapat dicapai dengan jayanya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

19

Pengantar Pendidikan
Refleksi Mohd. Saiful Azwan bin Sundian (930729-12-5133)

Pada 16 Julai 2012 yang lalu, saya telah menerima satu tugasan kumpulan daripada pensyarah Pengantar Pendidikan iaitu En. Prakash. Tugasan ini meminta saya dan rakan-rakan sekelas menyedia dan melaksanakan satu kerja kursus pendek. Dalam kerja kursus ini kami telah membincangkan mengenai konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Kami juga dikehendaki untuk membincangkan mengenai implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada pendidikan negara dan peranan guru dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pada mulanya saya dan rakan-rakan kelas yang lain kurang jelas dengan penerangan yang diberikan. Namun ketidakjelasan itu dapat diatasi apabila penjelasan kali kedua dilakukan di dalam kelas. Pada mulanya kami hanya menerima edaran tajuk kerja kursus maka hal itu menyebabkan kami kurang jelas soalan yang dikemukakan dalam kerja kursus tersebut. Oleh itu, penjelasan dilakukan secara terperinci pada hari berikutnya. Seterusnya, kami diminta melakukan atau merancang jadual pelaksanaan tugas bagi menunjukkan

kesistematikan dalam melaksanakan tugas. Pelbagai halangan yang saya tempuhi semasa proses merancang dan melaksanakan kerja kursus ini. Namun, kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan bantuan pensyarah yang mengajar dan bantuan daripada rakan sekelas . Dalam melakukan kerja kursus ini pelbagai sumber yang telah saya gunakan iaitu manusia, buku, internet, dan surat khabar bagi mendapatkan info yang lebih banyak dan lingkupannya yang luas. Kesimpulannya, semasa melakukan tugasan ini, saya dapati bahawa tugasan ini dapat membantu saya untuk mengaplikasikan pelbagai aspek seperti peranan guru dalam menjayakan FPK dan FPG, fahaman mengenai FPG dan FPK, dan lainlain. Tugasan ini juga dapat menjangkaui minda saya supaya lebih kreatif dan kritis dalam menilai dan mencari objektif untuk mengintepretasikan sebarang maklumat, membuat perancangan yang baharu dan dapat membuat keputusan yang lebih baik dan berkesan.

20

Pengantar Pendidikan
Oleh itu, kerja kursus Pengantar Pendidikan ini dapat meluaskan lagi persektif diri saya dalam menjana idea supaya tidak dikongkong oleh streotaip mahupun generalisasi.

21

Pengantar Pendidikan
Refleksi Chok Lei Fong (930608-12-6009)

Bersyukur dan terima kasih kepada Tuhan mengizinkan saya menjayakan menyiapkan kerja kursus Pengantar Pendidikan dengan lancarnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Prakash telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya serta rakan sekumpulan sepanjang melaksanakan tugasan ini.Menyingkap sedikit banyak tentang cabaran serta halangan yang ditempuh sepanjang melaksanakan kerja kursus ini sememangnya menyedarkan saya bahawa setiap kejayaan yang telah berjaya dilakar oleh setiap individu itu dilalui dengan pahit getir sebelumnya. Antaranya ialah,saya menghadapi kekangan masa kerana mendapat kerja kursus yang banyak dalam tempoh masa yang sama hinggakan saya sendiri terpaksa akur untuk membahagikan masa saya dengan sebijak-bijaknya dalam melaksanakan kerja kursus ini bagi mengelakkan kerja kursus untuk subjek yang lain terbengkalai dan tidak dapat disiapkan. Saya dapat memulakan kerja kursus ini dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Melalui pengalaman ini saya telah mempelajari sesuatu yang amat berharga bagi diri saya antaranya ialah setiap masalah yang dihadapi terdapat seribu satu jalan untuk kita menyelesaikannya.Namun bagaimana cara untuk menyelesaikannya adalah bergantung pada diri kita sendiri untuk memilih.Selain itu,sedikit banyak saya dapat mendalami lagi ilmu berkaitan Persamaan dan perbezaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan di Malaysia.Dalam proses melaksanakan kerja kursus ini menyedarkan saya bahawa ternyata masih banyak yang belum saya ketahui mengenai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini sehinggalah saya sendiri mengkaji dan mencari maklumat mengenainya.Sebagai seseorang yang bakal bergelar seorang guru,saya perlu bersedia dan melengkapkan ilmu di dada untuk persediaan setelah saya mula berkhidmat sebagai guru di sekolah dimana saya akan ditempatkan kelak.

22

Pengantar Pendidikan
Refleksi Wira Bin Mohd Jamal (920329-12-6533)

Kelas kami PPISMP 3G telah menerima satu tugasan daripada Encik Prakash Rao bagi mata pelajaran Pengantar Pendidikan. Tugasan yang diberikan harus dilaksanakan secara kumpulan bertiga. Dalam pelaksanaan tugasan kali ini, saya bersama-sama rakan sekelas iaitu Chok Lei Fong dan Mohd Saiful Azwan bin Sundian bekerjasama untuk memberikan hasil yang terbaik untuk tugasan kerja kursus kali ini. Dalam tugasan kali ini, kami telah dikehendaki untuk membuat analisis secara mendalam berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Oleh itu, kami telah menyelesaikan tugasan ini dengan berbincang bersama mengenai cara pelaksanaan tugasan ini. Melalui tugasan yang dilaksanakan ini, saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Saya telah meneliti secara lebih terperinci mengenai unsur-unsur yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan guru di mana dalam dua aspek yang berbeza ini sebenarnya terdapat banyak persamaan yang menjurus kepada kualiti pendidikan negara. bagaimana untuk membuat analisis secara PMI yang sebelum ini saya tidak tahu mengenainya. Saya mengambil kesempatan melaksanakan tugasan ini dengan mencari dan menimba sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan bekalan bagi saya suatu hari nanti. Semasa melaksanakan tugasan ini bersama ahli kumpulan, saya menghadapi sedikit masalah kerana kekurangan bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Namun demikian, kekurangan sumber rujukan untuk saya menyiapkan tugasan ini dapat diatasi dengan membuat rujukan di internet ataupun meminjam beberapa buah buku rujukan daripada rakan-rakan. Mujur juga rakan seperjuangan saya mempunyai pelbagai buklu rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk menyiapkan tugasan ini.Sebenarnya kami telah membahagikan tugas untuk menyiapkan tugasan ini, jadi saya amat berterima kasih kepada rakan kumpulan kerana memberikan kerjasama yang amat baik bagi melaksanakan tugasan ini walaupun semasa tugasan ini ingin disiapkan, dia menghadapi masalah kesihatan sehingga tidak dapat

23

Pengantar Pendidikan
hadir ke kelas sehingga beberapa hari. Dengan komitmen yang diberikan, masalah tersebut berjaya juga diatasi dengan baik. Juga terdapat kekangan masa bagi saya kerana harus menyiapkan tugasan keja kursus bagi mata pelajaran yang lain, namun saya telah dapat mengatasinya dengan membahagikan masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hasil komitmen dan kerjasama saya bersama rakan sekumpulan, dapat juga kami menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan ilmu pendidikan ini. Alhamdulillah, syukur kami panjatkan ke hadrat-Nya. Sesungguhnya semua kebaikan dan kekurangan itu hanyalah dari Allah S.W.T, tetapi kekurangan tersebut dilandaskan atas kesilapan dan kekurangan yang terdapat dalam diri saya sebagai insan biasa.

24

Pengantar Pendidikan
BORANG KOLABORASI

Nama Pelajar

: Mohd. Saiful Azwan bin Sundian : Chok Lei Fong : Wira bin Mohd Jamal

Mata Pelajaran

: Pengantar Pendidikan

TARIKH 17/7/2012

PERKARA Membahagikan tugas kerja kursus mengikut tajuk kepada ahli kumpulan

TANDATANGAN

20/7/2012

Mencari dan mengumpul maklumat yang diperlukan

21/7/2012

Menganalisis maklumat yang diperoleh sama ada maklumat berguna atau tidak

23/7/2012 3/8/2012

Mula membuat tugasan yang diperoleh Mendokumentasi dan menghantar kerja kursus kepada pensyarah

25

Pengantar Pendidikan
JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS Nama Pelajar : Mohd. Saiful Azwan bin Sundian : Chok Lei Fong : Wira bin Mohd Jamal

Mata Pelajaran

: Pengantar Pendidikan

TARIKH

PERKARA Tajuk kerja kursus diedarkan kepada pelajar

TANGGUNGJAWAB Pensyarah

Taklimat kerja kursus kepada pelajar

Pensyarah

Tugasan kerja kursus dilaksanakan

Pelajar

Tugasan kerja kursus yang lengkap dihantar kepada pensyarah untuk penilaian

Pemeriksa dan pelajar

26

Pengantar Pendidikan
Rujukan

Buku Noriati A. Rashid. (2012). Falsafah &Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Internet http://www.slideshare.net/mdnorihk/falsafah-pendidikan-guru

http://www.scribd.com/doc/40507625/Guru-FPK

http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/falsafah-pendidikan-guru

27

Anda mungkin juga menyukai