Anda di halaman 1dari 7

DASAR EKONOMI BARU

Merupakan suatu usaha Kerajaan Malaysia bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

Juga menubuhkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional dan sebagainya.

Strategi Pelaksanaan

Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi perlaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Segala prinsip untuk pembentukan, perlaksanaan dan perkembangan kurikulum adalah selaras dengan perkembangan menyeluruh murid-murid.

Implikasi terhadap kurikulum

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA

Implikasi terhadap pendidik

Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Implikasi terhadap kurikulum

Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Implikasi terhadap pendidik Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajarpelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.

Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai