Anda di halaman 1dari 26

LNP2202W

SENARAI KANDUNGAN

BIL 01 02 03 04 05 06 07 08 07 08 07 08 09

PERKARA LATAR BELAKANG RASIONAL DEFINISI KONSEP MATLAMAT OBJEKTIF KUMPULAN SASARAN STRATEGI PELAKSANAAN PEMANTAUAN KANDUNGAN PROGRAM BAHAN DAN INSTRUMEN PELAPPORAN PERJAWATAN PEMERHATIAN PEMBELAJARAN SESI PENGAJARAN DAN

MUKA SURAT 1 2 5 6 6 7 7 9 10 10 10 11 12

10

REFLEKSI

22

LNP2202W

LATAR BELAKANG

Merujuk kepada laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah pautan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia, Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji

Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal , kurikulum yang khusus telah dibina.

LNP2202W

RASIONAL

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

1.

Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.

2.

Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru

pemulihan khas di sekolah masing-masing.

3.

Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM)

untuk murid Tahap 2.

4.

PROTIM selepas UPSR.

Hasil inisaitif kerajaan dalam memastikan tahap literasi murid-murid sekolah rendah terus maju dan meningkat maka program Linus diperkenalkan atas rasional seperti berikut.

1. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. 2. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum

LNP2202W

menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi). 3. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939. 4. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

LNP2202W

DEFINISI KONSEP LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan

LINUS:

Literasi:

tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Numerasi: Keupayaan memahami

menyelesaikan operasi asas matematik, serta idea matematik yang mudah dan berupaya

mengaplikasikan pe getahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

LNP2202W

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF

Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid berupaya: i. ii. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup. iii. Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.

Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. ii. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000. Membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam

lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor. iii. iv. Menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.

LNP2202W

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu:

i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;

ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif;

iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;

iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;

v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan

vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.

LNP2202W

Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan September (jika perlu).

Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas.

Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi.

Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.

Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik.

LNP2202W

Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah. Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.

Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa.

Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.

LNP2202W

10

KANDUNGAN PROGRAM

Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1.

Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan serta pengukuran.

BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI

Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

PELAPORAN

Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

LNP2202W

11

PERJAWATAN

Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Program LINUS di sekolah. Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi melaksanakan Program LINUS.

LNP2202W

12

PEMERHATIAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bagi melaksanakan tugasan yang diberikan guru pelatih telah berhubung dengan seorang guru bagi mata pelajaran matematik tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Taman Kepong bagi mendapatkan kebenaran untuk mengadakan sesi pemerhatian dan rakaman bagi sesi PdP yang akan dijalankan. Hasil perbincangan yang telah dilakukan persetujuan telah dicapai dan sesi rakaman pendek telah dijalankan pada tarikh dan masa yang telah dipersetujui. Sebelum tiba pada masa yang telah dipersetujui guru telah melakukan beberapa pertemuan bagi mendapatkaan serba sedikit gambaran asas tentang pelaksanaan program LINUS (Numerasi) yang dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Selaain daripada itu guru juga berpeluang meneliti instrumen saringan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia beserta dengan panduan pelaksanaan program Numerasi di sekolah. Di dalam tugasan ini akan saya lampirkan instrumen saringan Numerasi Tahun 1 yang dijadikan bahan rujukan utama dalam saringan yang akan dijalankan. Sesi rakaman yang dirancang adalah sesi PdP mata pelajaran matematik yang dilaksanakan di kelas 1 Maju dibawah tajuk operasi tolak. Bidang ini berada di bawah tajuk kedua Tambah dan Tolak . Jumlah murid yang terdapat di dalam kelas 1 Maju adalah seramai 21 orang yang merupakan kelas murid tahun 1 aras tinggi.

LNP2202W

13

Operasi tolak di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 1

BIDANG/ TAJUK

STANDARD KANDUNGAN 2.1 Mengenal pasti pasangan nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.

STANDARD PEMBELAJARAN

(i)

2. TAMBAH DAN TOLAK

Menyatakan pasangan nombor bagi jumlah nombor yang diberi.

(ii) Menyebut jumlah dua nombor. (iii) Senaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor yang diberi. (i) Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks tambah dan tolak.

2.2 Mengenal simbol.

(ii) Memperkenalkan simbol bagi tambah, tolak dan sama dengan. (iii) Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi. 2.3 Tambah dan tolak dalam lingkungan 100. (i) Tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas: (a) Menyatakan secara spontan fakta asas tambah. (b) Menyatakan secara spontan fakta asas tolak. (c) Menyatakan fakta asas tolak sejajar dengan fakta asas tambah. (c) (d) Menggunakan strategi tertentu bagi membina dan menyatakan fakta asas tambah dan tolak. (d) (e) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan

LNP2202W

14

tambah dan tolak. (ii) Tambah dan tolak dalam lingkungan 100:

(a) Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak. (b) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan tolak. (c) Menggunakan strategi pengiraan secara mental bagi penambahan dan penolakan. 2.4 Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak. (i) Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 100. (ii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi atau model situasi. (iii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan situasi harian.

PROGRAM NUMERASI TAHAP 1

LNP2202W

15

PEMERHATIAN 1 PENDAHULUAN DAN SET INDUKSI Sesi PdP dimulakan dengan ucapan salam ketika guru masuk ke kelas dan semua murid diminta bersedia sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Guru memulakan sesi PdP melalui set induksi ringkas dengan menunjukkan 3 biji kon yang diletakkan di atas meja. Guru memanggil seorang murid untuk tampil ke hadapan kelas dan mengambil 1 daripada kon tersebut. Sejurus selepas itu, guru mengajukan soalan kepada semua murid di dalam kelas atas pemerhatian mereka. Semua murid dengan bersemangat menjawab bahawa kon 2 yang tinggal selepas 1 kon diambil oleh rakan mereka. Dari aktiviti tersebut dengan jelas memperlihatkan bahawa guru sedang menerapkan konsep tolak kepada semua murd di dalam kelas.

Gambar 1 : Semua murid bangun dan memberi ucapan salam kepada guru

LNP2202W

16

Gambar 2 : Guru menerangkan konsep tolak PEMERHATIAN 2 PENERAPAN KONSEP Bagi menjadikan sesi PdP lebih menarik, guru menambah 2 biji kon lagi menjadikan jumlah semua kon menjadi 5 biji. Sekali lagi guru memanggil seorang wakil murid untuk menangambil atau mengasingkan 3 biji kon dari kumpulan kon tersebut. Sebaik sahaja 3 kon diasingkan, guru teruns mengajukan soalan kepada semua murid tentang apa yang dilakukan oleh rakan mereka dan apakah yang berlaku kepada kon-kon tersebut. Semua murid dengan begitu yakin menjawab bahawa rakan mereka telah menolak 3 daripada kon-kon tersebut menjadikan jumlah kon berkurang daripada 5 kon kepada 2 kon. Selepas menerima jawapan yang tepat guru memberi penekanan dan pengukuhan kepaada murid bahawa apa yang sedang berlaku di hadapan kelas adalah berkaaitan dengan konsep tolak.

LNP2202W

17

Gambar 3 : Wakil murid menulis ayat matematik bagi operasi tolak PEMERHATIAN 3 PENULISAN AYAT MATEMATIK Guru meneruskan sesi PdP dengan meminta seorang lagi wakil murid untuk tampil ke hadapan dan menuliskan ayat matematik bagi operasi tolak yang dipelajari. Ternyata murid yang dipilih telah berjaya menulis ayat matematik yang dikehendaki dengan betul dan dengan jawapan yang tepat. Guru memberi peneguhan dengan meminta semua murid memberi tepukan kepada wakil murid yang tampil ke hadapan kelas dan menjawab dengan betul.

LNP2202W

18

Gambar 4: Demonstrasi guru menyelesaikan operasi tolak

PEMERHATIAN 4 DEMONSTRASI PENYELESAIAN MASALAH Setelah selesai sesi penerapan konsep melalui aktiviti menggunakan kon, sesi Pdp diteruskan lagi dengan sesi penyelesaian masalah operasi tolak. Guru hadir ke kelas dengan membawa bersama 8 keping kad yang mengandungi sekuntum bunga setiap satu dan 5 keping kad yang mengandungi gambar sebiji bola setiap satu. Bagi aktiviti ini guru terlebih dahulu membimbing murid-murid dengan memberi 1 contoh soalan operasi tolak dan menunjukkan cara menyelesaikan masalah tolak tersebut. Guru sekali lagi menekankan kaedah pengasingan dan pembinaan garisan pemisah sebagai salah satu cara penyelesaian masalah operasi tolak tersebut.

LNP2202W

19

Gambar 5 :Guru memberikan soalan yang perlu dijawab oleh murid PEMERHATIAN 5 AKTIVITI PENYOALAN Aktiviti diteruskan dengan meninta seorang murid aras tinggi diminta tampil ke hadapan kelas untuk menyelesaikan masalah operasi tolak yang disbutkan oleh guru. Guru menekankan kepada murid supaya menggunakan kaedah pengasingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Guru telah memberi soalan 8 3 =............. dan murid diminta mneyelesaikan masalah tersebut. Murid dengan begitu yakin telah mencabut 3 keping kad bergambar bunga lalu diasing dan ditampalkan di bahagian bawah papan putih. Murid kemudian diingatkan supaya melukiskan garisan pemisah antara kelompok kad bunga di bahagian atas papan putih dengan kad bunga dibahagian bawah papan putih. Setelah selesai murid diminta menuliskan ayat matematik bagi soalan yang telah diselesaikan dengan besar dan jelas supaya dapat dilihat oleh rakan-rakan yang

LNP2202W

20

lain. Aktiviti ini diteruskan lagi dengan memanggil beberapa orang murid lagi untuk menyelesaikan masalah tolak dengan soalan-soalan lain yang pelbagai dan turut menggunakan 5 keping kad bergambar bola sebagai bahan bantu mengajar.

Gambar 6 : Murid menggunakan bahan bantu mengira semasa menyiapkan lembaran kerja

LNP2202W

21

PEMERHATIAN 6 AKTIVITI PENGUKUHAN Setelah selsai kesemua langkah dalam perancangan PdP yang disediakan oleh guru, langkah seterusnya dijalankan iaitu langkah pengukuhan. Guru telah menyediakan helaian lembaran kerja yang telah diperbanyakkan dan

mengedarkannya kepada semua murid. Selain daripada itu guru juga menyediakan beberapa bahan-bahan bantu mengira seperti batang aiskrim dan kulit kerang bagi membantu murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang disediakan. Semua murid diberi tempoh 10 minit bagi menyiapkan semua soalan dan bimbingan secara berkumpulan dan individu diberikan bagi memastikan semua murid dapat menjawab soalan denagn baik. PEMERHATIAN 7 PENUTUP Aktiviti penutup bagi sesi PdP yaang dirakamkan telah dijalankan oleh guru dengan memberi penekanan sekali lagi tentang konsep tolak dengan mengaitkan operasi tolak dalam kehidupan seharian di rumah dan di sekolah. Guru juga menekankan kepentingan menguasai operasi tolak serta menasihatkan murid agar membuat ulangkaji dan latihan dirumah bagi mengukuhkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Sebelum guru keluar daripada kelas, semua murid yang diketuai oleh Ketua Kelas bangun dan memberi ucapan terima kasih kepada guru.

LNP2202W

22

REFLEKSI Secara keseluruhannya guru pelatih mendapat gambaran yang sangat jelas tentang pelaksanaan sesi PdP bagi mata pelajaran Matematik Tahun 1 berdasarkan pemerhatian yang dibuat ke atas sesi PdP yang dijalankan oleh guru Matematik kelas 1 Maju. Guru pelatih juga mendapati bahawa guru Matematik bagi kelas 1 Maju yang ditugaskan untuk mengajar merupakan seorang yang berdedikasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam mengelolakan sesi PdP Numerasi ini. Hasil perbincangan dengan guru yang mengajar menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan kerjasama dan pencapaian murid dalam sesi PdP yang telah dijalankan selain menyatakan bahawa objektif bagi menerapkan konsep tolak dan kemahiran menyelesaikan masalah tolak dalam lingkungan 10 telah berjaya dicapai. Menurut guru tersebut lagi kelas yang disertai guru pelatih ini merupakan kelas hari kedua pengajaran dibawah tajuk operasi tolak dalam lingkungan 10. Ternyata semua murid dapat menguasai konsep dan kemahiran yang diajar dengan baik berbantukan beberapa bahan bantu mengajar serta bahan bantu mengira yang disediakan oleh guru.

LNP2202W

23

KEKUATAN SESI PdP Hasil daripada pemerhatian sepanjang tempoh rakaman bersama guru yang mengajar, terdapat beberapa kekuatan yang dapat dilihat dalam sesi PdP tersebut. Kekuatan-kekuatan ini dilihat sangat membantu dalam membentuk pemahaman murid terhadap konsep dan maklumat yang hendak disampaikan. Antara kekuatan yang dapat dilihat dengan jelas adalah :Susunan Perabot Di Keceriaan Kelas Hasil pemerhatian guru mendapati kelas 1 maju merupakan kelas yang paling cceria di kalangan kelass tahun 1 yang lain serta sentiasa menduduki tangga pertama dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Selain kedudukan kelas yang strategik serta pencahayaan yang baik, keluasan kelas yang menempatkan 21 orang murid juga amat kondusif dan sesuai magi semua murid. Murid juga ditempatkan dalam empat kumpulan kecil yang membolehkan mereka berbincang serta bertukar-tukaar pendapat semasa sesi PdP. Berikut adalah gambaran pelan lantai kelas 1 Maju SK Taman Kepong. Set Induksi Dalam sesebuah sesi PdP yang dijalankan, set induksi memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk motivasi dan keinginan murid untuk belajar. Selain daripada itu, set induksi dapat memberi murid gambaran awal kepada murid tentang topik yang hendak dipelajari. Dalam sesi PdP bersama murid di kelas 1 Maju ini, guru dilihat begitu bijak menggunakan bahan kon yang lazimnya digunakan di padang semasa sesi Pendidikan Jasmani. Cara ini membuka minda murid dan membaangkitkan motivaasi murid untuk mengetahui tujuan kon tersebut dibawa dan

LNP2202W

24

apakah kaitannya dengan mata pelajaran Matematik. Saiz kon yang cukup besar juga sangat sesuai untuk memberi akses yang cukup kepada semua murid di dalam kelas. Kaedah Penerangn Sepanjang sesi PdP yang dijalankan guru menggunakan pelbagai pendekatan bagi membentuk pemahaman murid terhadap satu-satu konsep atau kemahiran. Dalam sesi PdP yang dicerap guru dilihat menggunakan pelbagai kemahiran dalam membant murid memahami konsep tolak. Guru membuat perumpamaan yang mudah difahami dan diingati oleh murid. Jika diteliti guru menerangkan konsep tolak dengan menampilkan kad-kad bergambar saiz besar serta kon yang sentiasa sinonim dengan budaya sekolah. Strategi ini dilihat amat menarik dan memedahkan guru menyampaikan konpes tolaak yang hendak diajar. Kaedah Tunjuk Cara Dalam sesi PdP ini juga guru turut mempraktikkan kaedah tunjuk cara bagi membantu murid memahami kaedah dan cara penyelesaian masalah tolak yang diberi. Strategi menampal kad-kad bergambar serta guru menulis soalan di papan putih dan menunjukkan jalan penyelesaian masalah yang betul kepada murid secara kelas dan perbincangan membantu murid bekerja bersama dalam menyelesaikan masalah operasi tolak tersebut. Guru menunjukkan cara penyelesaian secara jelas dan perlahan-lahan dapat membantu murid mengingat akan cara penyelesaian masalah dengan baik.

LNP2202W

25

Penglibatan Murid Dalam sesi PdP yang diikuti oleh guru pelatih mendapati murid dalam kelas 1 Maju sangat aktif mengambil bahagian dalam kelas sepanjang sesi PDP. Situasi ini terbukti apabila terdapat beberapa orang muring meluahkan rasa kecewa kerana tidak dipilih untuk tampil ke hadapan kelas untuk menyelesaikan masalh operasi tolak. Kebijaksanaan guru yang sentiasa memberi peluang kepada murid untuk terlibat aktif di dalam kelas sangat jelas kelihatan dan ternyata memberi motivaasi kepada semua murid.

LNP2202W

26

Anda mungkin juga menyukai