Anda di halaman 1dari 3

Pengertian Wudhu'

Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada
anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan
beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka,
membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah
kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Hukum Wudhu'
Hukum wudhu’ adalah seperti berikut:

1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada
sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama
ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.

2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau
mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab
tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf
di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung
jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui
wudhu’.

Hikmah Wudhu'
Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran
yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat
sama ada zahir atau batin.
Farhu Wudhu'

1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu’ adalah seperti berikut:

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.

atau

Maksudnya: “Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.

2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat
tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan
lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.

3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan
membasuh hujung anggota yang ada.

4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut
yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu
seluruh kepala.

5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.

6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan
teratur.
Sunat Wudhu’
Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:

1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz

2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.

3. Berkumur-kumur.

4. Memasukkan air ke dalam hidung.

5. Menyapu seluruh kepala.

6. Menyapu dua telinga.

7. Menyelati janggut yang tebal.

8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.

9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.

10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.

11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.

12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu

13. anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.

14. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.

15. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.

16. Menghadap qiblat.

Doa Selepas Wuduk

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan tiada sekutu baginya.
Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-
Nya. Ya Allah jadikanlah aku orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku
orang yang bersih dan jadikanlah aku darigolongan hamba Mu yang soleh..

Anda mungkin juga menyukai