Anda di halaman 1dari 24

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

1.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) TAHUN 2

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


1.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) TAHUN 2

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

1.2 Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

1.2.1 Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

1.2.2 Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

1.2.3 Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

1.2.4 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda 2

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

1.3 Penekanan Konsep 5P

1.3.1 Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu inter bidang atau kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama,iaitu intra bidang. Selain itu aspek tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsurunsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i.

Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii.

Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

iii.

Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa.

1.3.2 Penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsurunsur ini dihuraikan seperti yang berikut:

i.

Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii.

Semangat

kewarganegaraan

dan

nilai

murni

masyarakat

Malaysia

yang

berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural. iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa yang bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid adalah seperti yang berikut: mengumpulkan,

Mencirikan Mengelaskan, mengkategorikan Membuat kaitan dan perhubungan Membanding dan membeza Menyusun atur Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu Membezakan pendapat Menganalisis Mengesan kecondongan pendapat Mengenal pasti sebab akibat Meramal fakta dengan

Mensintesis Mengitlak Membuat analogi Membuat inferens Membuat kesimpulan Menginterpretasi, mentafsir Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan Menilai Menjana idea Merumus, meringkas Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

iv.

Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid, serta sumber yang ada.

1.3.2 Penilaian Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

1.3.4 Pemulihan Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.

1.3.5 Pengayaan Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau 4

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


dalam jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

1.4 Pengisian Kurikulum

Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Semua elemen ini diserapkan dalam konteks bagi kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran. Penerangan ringkas bagi setiap pengisian ini diberikan di bawah.

1.4.1 Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu bidang sains dan geografi yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2 Nilai Murni Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.

Nilai murni ini ialah: Baik hati Kejujuran Berdikari Kerajinan Hemah tinggi Kerjasama Hormat-menghormati Kesederhanaan Kasih sayang Kesyukuran Keadilan Patriotisme Kebebasan Rasional Keberanian Semangat bermasyarakat Kebersihan fizikal dan mental

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


1.4.3 Kewarganegaraan Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen terhadap bangsa dan negara.

1.4.4 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

1.4.5 Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan dan penerangan ringkasnya dinyatakan di bawah:

i.

Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

ii.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet.

iii.

Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini

membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


iv. Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan maksimum. supaya murid mendapat manfaat yang

v.

Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik,

kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

vi.

Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

vii.

Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian mur id, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran baru berlaku secara apabila murid dan berupaya menghayati

menghubungkaitkan

pengetahuan

bermakna

kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


GRAFIK KBSR

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Membaca

Kemahiran Mendengar Kemahiran Menulis

KEMAHIRAN BAHASA

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

Penggabungjalinan

Pengayaan

Penyerapan

Penekanan Konsep 5P

Pemulihan

Penilaian

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

PENGISIAN KURIKULUM

a) Ilmu

c) Kewarganegaraan

b) Nilai Murni

d) Peraturan Sosiobudaya

e) Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kajian Masa Depan

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran Kontekstual

10

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

2.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 2

11

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


2.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 2

2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2.2 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

2.2.1 Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.

2.2.2 Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.

2.2.3 Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

2.2.4 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk 12

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

2.3 Aspek Seni Bahasa Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan. 2.4 Aspek Tatabahasa Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang.

2.5 Pengisian Kurikulum Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen seperti yang berikut: 2.5.1 Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan 6oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.5.2 Nilai Murni Penyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. 13

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


2.5.3 Kewarganegaraan Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara. 2.5.4 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia. 2.5.5 Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian murid. Antara Kemahiran bernilai tambah dan penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti yang berikut: i. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa hadapan.

ii.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan perisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar dan berkongsi maklumat serta berinteraksi sosial melalui Internet untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.

iii.

Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk

14

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


menghadapi dunia yang sering berubah, dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. iv. Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

v.

Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

vi.

Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

vii.

Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.

viii.

Kreativiti dan Inovasi Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan idea yang tulen, asli dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepada proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovatif saling berkait rapat bagi menghasilkan modal insan yang serba boleh dan berketerampilan. Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dibangunkan ke tahap yang optimum supaya mereka 15

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warga negara Malaysia pada masa hadapan.

ix.

Keusahawanan Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen ini bukan sahaja merupakan pendekatan membudayakan keusahawanan, malah melibatkan proses pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti pemikiran keusahawanan, kemahiran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai moral dan etika keusahawanan.

2.6 Penekanan Konsep 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut: 2.6.1 Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam standard kandungan atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. 2.6.2 Penyerapan Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.

16

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


2.6.3 Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. 2.6.4 Pengayaan Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. 2.6.5 Pemulihan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

17

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


GRAFIK KSSR

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Menulis

Kemahiran Mendengar

18

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

ASPEK SENI BAHASA Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.

ASPEK TATABAHASA Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang.

19

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

PENGISIAN KURIKULUM

20

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

Pemulihan

Penggabun gjalinan

PENEKANAN KONSEP 5P

Penyerapan

Pengayaan

Penilaian

KSSR
21

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

3.0 BANDING BEZA ASPEK KBSR DAN KSSR

22

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


3.0 BANDING BEZA ASPEK KBSR DAN KSSR BANDING BEZA ELEMEN / ASPEK DALAM KBSR DAN KSSR KBSR ELEMEN / ASPEK KSSR Istilah Kurikulum Bersepadu Sekolah Kurikulum Standard Sekolah Rendah Rendah Reka Bentuk Linear berasaskan 3 bidang: Modular berasaskan 6 Kurikulum - Komunikasi tunjang - Manusia dan Alam - Komunikasi Kelilingnya - Kerohanian, sikap dan - Perkembangan Diri nilai Individu - Kemanusiaan, - Perkembangan fizikal dan estetika - Sains dan teknologi - Ketrampilan diri Bahan Kurikulum Sukatan Pelajaran Dokumen Standard Kurikulum Huraian Sukatan Pelajaran Organisasi Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Kurikulum Mata pelajaran Teras, Modul Teras Asas, Modul Wajib dan Tambahan Teras tema dan modul Elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Mata pelajaraan Teras Wajib dan Tambahan dan Elektif Fokus 3M (Membaca, Menulis dan 4M (Membaca, Menulis, Mengira) Mengira dan Menaakul) Elemen Kemahiran berfikir Secara Kreativiti dan inovasi, Kritis dan Kreatif keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara eksplisit. Aspek Seni Tiada Ada Bahasa Sistem Bahasa Tatabahasa Tatabahasa Sistem Ejaan Tanda Baca Sebutan dan Intonasi Sistem Ejaan Kosa Kata Sebutan dan Intonasi Peribahasa Kosa Kata Peribahasa Kemahiran Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir Bernilai Tambah Kemahiran Teknologi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Kemahiran Belajar Cara Belajar Belajar Kajian Masa Depan Kajian Masa Depan Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Kontekstual Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan 23

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)


PERSAMAAN KBSR DAN KSSR Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Kemahiran Bahasa Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Ilmu Nilai Murni Kewarganegaraan Peraturan Sosiobudaya Kemahiran Bernilai Tambah Pendekatan Berpusatkan Murid Kepelbagaian Teknik Kepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan Sistem Bahasa Bacaan Luas Penekanan Konsep 5P Pengajaran dan Pembelajaran Bertema Penggabungjalinan Penyerapan Penilaian Pengayaan Pemulihan

Pengisian Kurikulum

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Penekanan Konsep 5P

24

Anda mungkin juga menyukai