Anda di halaman 1dari 8

Karnival Permainan Tradisional Sepak Raga Bulatan

13 April 2014 Tempat : IPG Kampus Sarawak Pengelola: BCN 1

Aturcara
8:00 Pendaftaran Peserta 8:30 Taklimat Oleh Hakim 9:00 Pertandingan Permainan Bola Sepak Raga Dimulakan 10:00 Rehat 10:30 Pertandingan Bersambung 11:30 Penyampaian Hadiah 12:30 Bersurai

Jawatankuasa Kerja Sepak Raga Bulatan

Cara Permainan Sepak Raga Bulatan


Cara Bermain Permainan ini dimainkan oleh beberapa orang yang biasanya satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh orang. Pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan seorang pemain akan melambung bola kepada seorang pemain yang berada di hadapannya. Pemain tersebut akan menimang bola tersebut satu atau dua kali sebelum menghantarnya kepada rakan yang lain untuk ditimang pula. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut

ditamatkan.Sekiranya bola tersebut jatuh, permainan akan dimulakan semula. Permainan ini akan menjadi lebih seronok apabila pemain mengira berapa jumlah yang boleh ditimang dalam satu permainan. Cubaan untuk mendapat jumlah timangan yang banyak inilah yang akan dapat menguji kemahiran pemain-pemain tersebut.

Peraturan Permainan GELANGGANG Dibina di mana-mana kawasan lapang dan rata. Berbentuk bulatan bergaris pusat 6m ( dinamakan Bulatan 6m ) dan hendaklah sekurangkurangnya 3m jauh dari sebarang halangan. Dalam Bulatan 6m ini dibina satu bulatan kecil bergaris pusat 2m ( dinamakan Bulatan 2m ) dan hendaklah sama dengan pusat Bulatan 2m. Semua garisan hendaklah mempunyai kelebaran tidak lebih dari 40mm Garisan bulatan 6m hendaklah dibina diluar garis pusatnya manakala garisan bulatan 2m dibina di dalam garis pusatnya.

BOLA

Berbentuk bulat. Beratnya hendaklah antara 170gm ke 180gm dan garis lilitnya diantara 0.42m ke 0.44m.

PEMAIN-PEMAIN Dimainkan oleh 6 orang pemain dengan 2 orang pemain gantian. Gantian pemain hanya boleh dibuat sebelum permainan bagi sesuatu pusingan bermula.

KEDUDUKAN PEMAIN Sebelum membuat lambungan untuk memulakan permainan bagi setiap pusingan, semua pemain hendaklah berdiri di dalam kawasan bulatan 6m mengarah ke pusat bulatan 2m. Susunan pemain dari yang bernombor 1 hingga 6 hendaklah mengikut arah pusingan jam. Kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa pemainnan sedang berjalan. Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain yang diganti.

PUSINGAN Setiap pasukan akan bermain dalam 10 pusingan dan satu

lontaran/lambungan sahaja dibenarkan bagi setiap pusingan.

MASA Masa bermain untuk setiap pusingan ialah 5 minit. Untuk menentukan masa bagi satu pusingan, wisel akan dibunyikan:Bunyi pertama menandakan permainan bermula. Bunyi kedua menandakan permainan tamat. Jika permainan diberhentikan disebabkan berlaku perkara-perkara batal, maka masa yang diperolehi akan direkodkan.

UNDIAN

Sebelum permainan dimulakan, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian akan mengundi untuk menentukan giliran masing-masing.

PEMAIN GANTIAN Mana-mana pemain boleh digantikan dengan pemain gantian pada bilabila masa sahaja dalam mana-mana pusingan setelah tamat satu-satu pusingan.

PERKARA-PERKARA BATAL Tidak menyepak bola yang dilambung oleh pemain No. 1 sewaktu memulakan permainan. Pindahan atau hantaran bola tidak melalui dan melintasi kawasan Bulatan 2m. Menyepak atau menyentuh bola lebih dari 3 sentuhan berturut-turut. Menerima bola yang baru dipindahkan. Sebarang anggota badan menyentuh lantai diluar dari kawasan bulatan 6m atau di dalam kawasan bulatan 2m. Bola jatuh ke atas lantai. Mengepit atau mematikan bola. Bola melurut di sebarang anggota badan. Salah seorang pemain tidak menyepak atau menyentuh bola pada setiap 20 mata.

Pengiraan Mata Setiap satu sepakan atau sentuhan akan dikira 1 mata. Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi hasil dari 10 pusingan akan dikira menang. Jika mata kemenangan diperolehi sama, maka pasukan yang jumlah masa bermainnya lebih lama akan dikira sebagai pemenang.

Borang Penyertaan Sepak Raga Bulatan 2014 PASUKAN : ___________________ TARIKH:________________

BIL 1 2 3 4 5 6

NAMA PEMAIN

NO. K/P

KUMPULAN

NO. TELEFON

T/TANGAN

Gelanggang Sepak raga bulatan

Anda mungkin juga menyukai