Anda di halaman 1dari 11

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan

dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Melalui kaedah ini, guru memberikan lebih penekanan kepada peranan murid. Murid berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh kefahaman yang jelas. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

Sesuatu pengetahuan individu murid adalah hasil daripada pengalamannya. Walau bagaimanapun, segala pengetahuan yang diperoleh perlu berkisar pada ciri-ciri sejarah. i. Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran secara konstruktivisme mengubah peranan guru dan murid menjadi lebih: berfikir faham

Pembelajaran sejarah merupakan pembelajaran yang dinamik. Kaedah belajar sambil bermain dapat membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan lebih berkesan, menarik dan menyeronokkan. Melalui kaedah ini, murid akan seronok belajar tanpa menyedari mereka belajar dalam suasana tidak tertekan dan dapat mengingati fakta-fakta secara tidak langsung.

Main merupakan aktiviti fizikal, atau psikologikal atau kedua-duanya dan hendaklah disertai oleh peserta secara aktif. Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain.Main hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan. Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa. Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan.

Belajar sambil Bermain menjadi bermakna

sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Dapat mengawal emosi kanak- kanak. Membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Membantu perkembangan bahasa. Meningkatkan keyakinan diri. Sebagai keperluan kesihatan fizikal. Dorongan untuk belajar menyayangi.

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana : Memberikan peluang kepada kanakkanak meluahkan idea, perasaan dan emosi. Mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati . Menyediakan saluran untuk kanakkanak menggunakan tenaga yang berlebihan. Membolehkan kanak-kanak menyediakan diri ke arah kedewasaan atau kematangan

Melalui belajar sambil bermain dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai bentuk masalah yang menyumbang kepada perkembangan intelek. Dapat membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan, latih tubi, peniruan, penerokaan, penemuan,perkaitan, membuat huraian, rumusan dan menguji. Membantu dalam pembentukan jati diri, ketrampilan diri, pemupukan nilai murni seperti motivasi, penglibatan, ketahanan, kemahiran interpersonal, keyakinan diri dan berani bertindak

Sekian Terima Kasih

Mezenah Binti Peli

Anda mungkin juga menyukai