Anda di halaman 1dari 11

Kesan Program Latihan 4

Minggu Terhadap
Kecergasan dan Kemahiran
Motor Murid Sekolah Rendah
Disediakan Oleh :
Muhd Mursyid Bin Zulkefli
M20122001758
Pengenalan
Program ini disediakan untuk
meningkatkan tahap kemahiran motor dan
tahap kecergasan murid.
Kajian ini juga dijalankan bagi menguji
sama ada program yang dikendalikan
dalam masa yang singkat mampu untuk
meningkatkan tahap kemahiran motor
serta tahap kecergasan murid.
Penyataan Masalah
Peruntukan masa murid bagi tujuan sukan
adalah singkat disebabkan jadual padat.
Pengkaji ingin mencari kepastian
mengenai kesan yang efektif hasil
daripada aplikasi latihan dalam masa yang
singkat.
Keputusan kajian ini akan memberi
perspektif baru kepada guru PJ untuk
menggunakan kaedah ini bagi
menjalankan latihan sukan.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk menguji
keberkesanan latihan dalam jangka masa
yang singkat terhadap tahap kemahiran
motor dan kecergasan murid.
Hipotesis Kajian
Pembolehubah tidak bersandar dalam
kajian ini ialah program latihan 4 minggu.
Pembolehubah bersandar ialah tahap
kemahiran motor dan tahap kecergasan
murid.
Kaedah Kajian
Kajian adalah merupakan eskperimen
quasi.
Seramai 30 orang murid yang merupakan
ahli pasukan olahraga sekolah terlibat.
Lokasi program dijalankan adalah di
padang sekolah pada setiap hari.
Semua latihan yang disediakan
menumpukan pada komponen fizikal.
Ujian Pra dijalankan seminggu sebelum
program dan Ujian Pos dijalankan selepas
sahaja tamat program.
Penilaian terhadap aspek kecergasan
adalah melalui ujian kecergasan motor
merangkumi tekan tubi suaian, lompat
jauh berdiri dan shuttle run.
Penilaian terhadap aspek kemahiran
motor pula dinilai melalui aktiviti jump
rope dalam 30 saat, ketepatan jaringan
gol pada jarak 10m dan jarak yang dicatat
dalam aktiviti balingan.
Semua aktiviti yang dijalankan adalah
berdasarkan protokol yang dirujuk dalam
Fitnessgram Administration Manual.
Intervensi
Intervensi dibahagikan kepada bahagian
kecergasan selama 10 minit, kemahiran
motor selama 20 minit.
Setiap sesi yang dijalankan pada setiap
hari hanya mengambil masa 30 minit
sahaja.
Bagi aspek kecergasan, peserta diberi
aktiviti permainan kecil yang melibatkan
larian.
Bagi aspek kemahiran motor, peserta
perlu melakukan 3 jenis aktiviti yang
mendapat seliaan dan arahan dari guru
mengenai teknik pergerakan yang betul.
Analisis Data
Ujian T digunakan bagi membandingkan
hasil keputusan ujian pra dan pos.
Ujian ANOVA digunakan bagi
menganalisis kesan intervensi yang
dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai