Anda di halaman 1dari 4

QSU6054 ANALISIS KUALITATIF PERGERAKAN MANUSIA

TAJUK TUGASAN TUGASAN 1: HOW BIOMECHANICS HELP YOU TO TEACH AND COACH?

NAMA PELAJAR MOHAMMAD AMIR BIN UDIN M20122001759

PENSYARAH PROFESSOR ONG KUAN BOON TARIKH SERAHAN 7 MAC 2014

BAGAIMANA BIOMEKANIK MEMBANTU ANDA DALAM MENGAJAR DAN MEMBIMBING?

Kenapa kita perlu mempelajari biomekanik? Persoalan ini biasanya dilontarkan kepada mereka yang baru mempelajari bidang sains sukan. Definisi biomekanik adalah aplikasi kepada prinsip-prinsip mekanik dan pemodelan matematik dalam mempelajari sistem biologi. Manakala sukan biomekanik ialah suatu pembelajaran mengenai data dan kesannya kepada pergerakan tubuh badan manusia. Dengan mempelajari sukan biomekanik ini, kita dapat mengurangkan kecederaan ketika bersukan, mengetahui senaman ang sesuai serta mencipta pergerakan yang dapat mengatasi pihak lawan. Matlamat utama sukan biomekanik adalah untuk meningkatkan prestasi sukan dan latihan. Selain itu, tujuan sukan biomekanik ini adalah untuk mengelakkan dan pemulihan dalam kecederaan sukan. Hal ini kerana atlet yang sihat akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari prestasi atlet yang cedera. TEKNIK Kaedah yang paling kerap untuk meningkatkan prestasi dalam kebanyakan sukan adalah dengan meningkatkan teknik atlet. Aplikasi biomekanik untuk memperbaiki teknik dalam sukan terdapat dua cara,iaitu guru sukan atau jurulatih menggunakan pengetahuan biomeknik mereka untuk memperbetulkan pergerakan bagi

meningkatkan kemahiran atlet. Manakala pengkaji biomekanik melakukan kajian dan menemui teknik yang lebih efektif. Oleh itu, guru sukan dan jurulatih perlu menggunakan biomekanik untuk menentukan pergerakan yang akan meningkatkan prestasi atlet. Hasil penyelidikan biomekanik adalah pnemuan pembetulan yang kecil dalam teknik sukan. Contoh kajian biomekanik yang telah memberikan kesan yang baik terhadap teknik dan prestasi dalam sukan renang. Kajian yang telah dijalankan oleh Ronald Brown dan James Doc Counsilman (1971) menunjukkan daya tenaga dari pergerakan tangan adalah lebih penting dalam pergerakan perenang ketika di dalam air berbading dengan gaya sebelumnya. Teknik yang dikenali sebagai front crawl ini menjadi teknik yang diajar oleh guru sukan dan jurulatih diseluruh dunia. Contoh yang lain adalah dalam bermain tenis dan badminton, atlet memerlukan teknik yang pelbagai bagi menumpaskan pihak lawan. Bagi permainan teni, servis

yang bagus dapat

menyebabkan pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola

tersebut kembali. Secara keseluruhannya, setiap atlet cuba mempersembahkan teknik yang betul serta berkesan bagi mencapai setiap objektif dalam setiap teknik yang dilakukan akan berjaya dengan cemerlang. PENINGKATAN PERALATAN SUKAN Kasut dan pakaian sukan adalah peralatan yang digunakan hampir semua sukan. Peralatan ini digunakan mungkin dapat meningkatkan prestasi serta mengelakkan kecederaan. Penggunaan pakaian renang telah mengubah prestasi dalam acara renang.100 tahun dahulu, perenang bertanding menggunakan baju renang yang diperbuat dari bulu. Setelah itu, digantikan dengan sutera dan seterusnya menggunakan fiber sintetik dan skirt untuk perenpuan digantikan dengan baju reanng yang lebih licin dan hidrodinamik. Rekaan kasut dewasa kini sangat berbeza dengan rekaan kasut pada permulaan tahun 1970-an. Rekaan kasut moden dapat mengurangkan kecederaan serta baik untu pergerkan tubuh badan ketika bersukan. Pengeluar kasut yang terkenal seperti Nike dan Adidas menubuhkan makmal penyeldikan untuk kemajuan serta meningkatkan penggunaan kasut sukan berasaskan prinsip-prinsip mekanik, fisiologi dan anatomi. PENINGKATAN LATIHAN Bidang biomekanik mempunyai potensi bagi pengubahsuaian dalam latihan seterusnya meningkatkan prestasi atlet. Aplikasi biomekanik dengan jurulatih atau guru menganalisis kekurangan atlet seterusnya dapat mengenal pasti jenis latihan atlet yang memerlukan penambahbaikan. Analisis kesalahan teknik atlet

membolehkan guru sukan dan jurulatih mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan oleh atlet untuk meningkatkan prestasi.

PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN PROSES PEMULIHAN Menurut Peter McGinnis, buku karangan beliau iaitu Biomcehnics of Sport and Exercise menyatakan bahawa sesetengah pengamala sukan mempercayai bahawa pencegahan dan proses pemulihan dari kecederaan adalah objektof utama dalam latihan dan sukan biomekanik. Biomekanik sangat berguna dalam sukan biomeknik dalam mengenalpasti punca kepada kecederaan serta latihan yang membantu proses pemulihan. Biomekanik boleh digunakan untuk menyediakan satu wacana dalam perubahan dalam teknik, peralatan atau latihan bagi mengelakkan dan pemulihan dalam kecederaan. TEKNIK UNTUK MENGURANGKAN KECEDERAAN Menurut Morris, Jobe dan Perry (1989), Tennis elbow adalah jenis kecederaan yang berpunca dari overuse yang telah terjadi kepada pemain tenis yang baru. Pengkaji telah menyatakan bahawa salah satu penyebab tennis elbow disebabkan overexeration terhadap otot carpi radialis brevis. Pengkaji biomekanik iaitu Blackwell dan Cole (1994) menyatakan implikasi dari teknik yang salah ketika melakukan pukulan kilas adalah antara penyebab utama overexeration. Pemain tenis yang mengekalkan kedudukan pergelangan semasa pukulan pepat semasa memukul bola kilas berisiko menghadapi tennis elbow. KESIMPULAN Biomekanik merupakan salah satu cabang ilmu sukan yang sangat penting serta perlu dijadikan sebagai satu bidang ilmu yang wajib kepada pengamal-pengamal sukan di Malaysia khususnya. Tanpa penglibatan ilmu biomekanik dunia sukan tidak akan mencapai kemajan seperti sekarang. Diharapkan setiap atlet mempunyai ilmu pengetahuan mengenai biomekanikserta berlatih dengan gigih bagi mencapai objektif sekaligus menjuarai kejuaraan dunia.

Anda mungkin juga menyukai