Anda di halaman 1dari 15

Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan, sistem

peredaran darah dan sistem otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.

Faedah

senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan dari aspek:
i.koordinasi ii.kelenturan; iii.koordinasi; iv. kekuatan.

Koordinasi

bermaksud kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya seseorang itu sering melakukan aktiviti fizikal, ini akan dapat meningkatkan keupayaan koordinasinya. Sebagai contoh melakukan aktiviti yoga. Senaman Yoga dapat membantu membaiki koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan membantu memperbaiki kordinasi tubuh.

Kepantasan

didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat. Aktiviti fizikal berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.

Kuasa

berkait rapat dengan kadar tenaga melakukan sesuatu kerja. Seorang yan rajin bersenam, misalnya melalui aktiviti berenang atau marathon akan dapat meningkatkan kebolehan kuasa tubuh badannya.

Keseimbangan

berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keseimbangan badan ialah berjalan di atas titian, atau berjogging dan berjalan selama 20 minit hingga 30 minit, tiga kali seminggu.

Aktiviti

fizikal juga akan memberikan kesan terhadap ketangkasan seseorang. Ketangkasan adalah berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. Contoh aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kepantasan seseorang ialah larian zig zag dan latihan boomerang.

Masa

tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut. Semakin cepat seseorang bertindak balas terhadap stimulus, semakin cepat masa tindak balasnya. Justeru, dengan melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal, seseorang akan dapat meningkatkan masa tindak balasnya

BioMekanik

ialah kajian dan analisis pola-pola pergerakan manusia dalam sukan. BioMekanik sukan unik dalam pengkhususan keatas teknik sukan dan kecederaan sukan. Antara faedah-faedah BioMekanik dalam bidang sukan termasuk membetulkan kesilapan teknikal, mengurangkan kecederaan dan memahami kepentingan reka bentuk peralatan latihan. Contoh reka cipta BioMekanik yang berjaya dalam sukan adalah pembentukan model tangan beraket yang berfungsi membuat simulasi sebatan tenis.

Membawa

dan memperkenalkan pusat BioMekanik sebagai pusat antarabangsa dan pusat kecemerlangan dalam sukan negara. Memberi sokongan perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang BioMekanik sukan melalui integrasi dengan pusat sains sukan lain melalui konsep High Performance Teams. Mengambil langkah ke arah penyelidikan dan pembangunan dalam bidang BioMekanik sukan.

Merancang

kurikulum BioMekanik sukan bagi meningkatkan kualiti kejurulatihan. Mempromosi dan menyumbang kearah kursus-kursus profesional dan akedemik dalam bidang BioMekanik sukan. Berkerjasama dengan universiti-universiti tempatan dan antarabangsa dan juga dengan intitusi-institusi professional dalam semua bidang sains sukan terutamanya BioMekanik sukan.

Institute

Sukan Negara (bahagian kepakaran ) http://www.isn.gov.my International Sports Engineering Association, 4th International Conference on the Engineering of Sport, 3-6 September 2002, Kyoto, Japan , Sports Engineering Volume 5, Issue 4, pages 213238, November 2002 Oxford University Press , Applying Biomechanics to Sports

Introduction

to Sports Biomechanics, Analysing Human Movement Patterns, 2ndEdition, Roger Bartlett. Biomechanics of Sports Selected Examples of Successful Applications and Future Perspective by Herbert Hatze, 16th International Symposium on Biomechanics in Sports (1998) International Society of Biomechanics

Anda mungkin juga menyukai