Anda di halaman 1dari 16

Kelemahan Kemahiran Menulis Dikalangan Pelajar Tahun 3

SKDK

1. Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah kesukaran pelajar menguasai tatabahasa
dan perbendaharaan kata seperti yang dikehendaki dalam pembelajaran Bahasa Inggeris
sekolah rendah serta mencari jalan bagi membatu mengatasinya. Seramai 37 orang pelajar
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Masalah ini dikesan melalui ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Setelah mengetahui majority
pelajar tidak menguasai kemahiran tatabahasa dan perbendaharaan kata dengan baik guru
menyediakan soalan ujian bagi mengesan dan soalselidik untuk mendapatkan gambaran jelas
tentang masalah pelajar. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah pengulangan (latih
tubi) dan praktik. Kajian ini telah dijalankan selama 5 minggu bermula selepas berakhirnya
peperiksaan akhir tahun. Dapatan kajian setelah melakukan ujian khas sebelum cuti sekolah
menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan dalam pencapaian pelajar.


2. Pendahuluan

Kajian ini dijalankan keatas 37 orang pelajar tahun 3 SKDK berdasarkan keputusan
peperiksaan akhir tahun yang telah dijalankan. Berdasarkan kertas ujian tersebut didapati
hampir 90% pelajar tidak dapat menjawab kertas 2 (bahagian penulisan) bahasa inggeris
dengan baik. Memandangkan mereka akan memasuki tahap dua pada tahun hadapan (2012)
mereka perlu menguasai kemahiran tatabahasa dan perbendaharaan kata bagi menghasilkan
penulisan yang baik. Mahu tidak mahu mereka perlu menjawab soalan kertas ini bagi
mendapatkan markah yang baik. Kertas 2 bahasa inggeris mengandungi tiga bahagian iaitu;

1. Bahagian A menulis lima ayat dengan tatabahasa dan menggunakan perbendaharaan
kata yang diberikan dengan betul berpandukan kepada gambar yang diberi.
2. Bahagian B memindahkan maklumat ke dalam jadual yang disediakan dengan betul
serta menyatakan sebab bagi sesuatu pilihan itu dibuat.
3. Bahagian C menggalakkan murid untuk megeluarkan idea dan menulis dengan
menggunakan ayat dan tatabahasa yang betul berpandukan rangkaian gambar yang
diberikan.

Bagi menjawab soalan bahagian ini pelajar perlu mempunyai penguasaan yang baik dalam
sistem tatabahasa (grammar), penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) serta kemahiran
membina ayat.


3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh pelajar dan
persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran sejak mula memasuki alam persekolahan
terutama kepada mereka yang lemah. Perasaan rendah diri, malu, takut ditertawakan oleh
rakan dan ianya sesuatu yang sukar untuk dipelajari merupakan antara faktor kenapa pelajar-
pelajar ini tidak berminat untuk mempelajari bahasa inggeris.

Melalui pemerhatian dan juga markah ujian-ujian yang telah dilalui oleh pelajar-pelajar ini
dari tahun 2 lagi saya dapati pelajar kelas ini terdiri dari mereka yang mempunyai latar
belakang serta tahap pencapaian yang berbeza bagi matapelajaran bahasa inggeris. Setiap kali
ujian dijalankan saya boleh mengagak siapa yang akan lulus dengan baik, hanya sekadar
lulus dan siapa yang akan gagal. Dan setiap kali ujian yang dijalankan saya dapati
pencapaian mereka tidak banyak perubahan walaupun aspek yang diuji telah diajar berulang
kali menggunakan kaedah yang berbeza.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk melakukan kajian bagi mengenalpasti faktor-
faktor yang menyebabkan pelajar ini lemah dalam aspek penulisan bagi kertas 2 bahasa
inggeris serta mencari jalan bagi membantu pelajar ini mengatasinya.


4. Fokus Kajian

Kemahiran menguasai sistem tatabahasa (grammar) dan perbendaharaan kata
(vocabulary) merupakan sesuatu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh pelajar khususnya
dalam kertas penulisan bagi membolehkan mereka menghasilkan satu betuk penulisan yang
baik. Setelah meneliti beberapa penulisan yang menyatakan keberkesanan penggunaan
kaedah pengulangan (latih tubi) dan paraktik sebagai kaedah membatu pelajar menguasai
aspek tatabahasa dan perbendaharaan kata bahasa inggeris dalam penulisan maka saya
memfokuskan kajian saya membantu pelajar ini menghasilkan penulisan dengan tatabahasa
yang betul serta menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai melalui kaedah ini.


5. Objektif Kajian

a. Mengenalpasti faktor-faktor pelajar tidak dapat menguasai kemahiran sistem tatabahasa,
perbendaharaan kata serta kemahiran membina ayat.
b. Mengkaji sejaumana penguasaan pelajar dalam menjawab soalan menggunakan
tatabahasa dan perbendaharaan kata dengan betul.
c. Membantu murid mengubah tanggapan bahawa bahasa inggeris adalah sukar dikuasai.
d. Membantu murid menguasai kemahiran tatabahasa dan perbendaharaan kata dengan baik.
e. Membantu murid untuk mendapat markah yang lebih baik dalam peperiksaan.




6. Perlaksanaan Kajian

6.1. Kaedah Kajian
Bagi meninjau masalah dengan lebih terperinci saya telah menggunakan kaedah
pemerhatian, ujian dan soal selidik bagi mengutip data.

6.1.1 Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian saya lakukan adalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.

6.1.2 Kaedah Ujian
Kaedah ujian adalah bagi mengesan kelemahan pelajar dalam menjawab kertas
penulisan bahasa inggeris.

6.1.3 Kaedah Soal Selidik
Borang soal selidik bagi mengesan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran
bahasa inggeris telah diedarkan dan mereka telah dibantu oleh saya bagi
menerangkan apa yang mereka perlu lakukan. Pelajar dikehendaki menyatakan
butiran diri sendiri seperti jantina, bangsa, agama dan pekerjaan ibu bapa selain
menjawab soalan berkaitan subjek bahasa inggeris.

6.2. Analisis Dapatan Kajian

6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian

Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid
membina 3 ayat berpandukan kepada gambar dan perkataan yang saya tampal di
papan hitam. Saya dapati banyak kelemahan dan kesalahan yang dilakukan oleh
mereka. Dari keseluruhan pelajar hanya terdapat 3 orang di kelas tahun 3 itu
mampu menulis ayat dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata
dengan baik manakala 21 orang pelajar tidak boleh menulis ayat dengan baik
manakala 15 orang lagi yang kebanyakannya terdiri dari pelajar kelas pemulihan
tidak menulis sebarang jawapan bagi soalan yang diberikan.

6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian

Selepas pemerhatian, satu sesi latihan telah diberikan kepada para pelajar. Soalan
ujian yang diberikan mengkehendaki pelajar menulis 5 ayat berpandukan kepada
gambar dan perkataan yang diberikan dengan tatabahasa dan struktur ayat yang
betul. Berikut adalah dapatan kajian tersebut;

a. Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul yang
terdiri daripada subjek dan predikat.
i. Ditulis : cooking water the boy.
Sepatutnya: The boy is boiling the water.
ii. Ditulis : camping boy school
Sepatutnya: The boys are camping at their school.

b. Ada kalangan murid tidak menulis dengan menggunakan tanda bacaan yang
betul iaitu huruf besar, huruf kecil dan tanda noktah.
i. Ditulis : the boy cooking dinner
Sepatutnya: The boy is cooking dinner.
ii. Ditulis : have 1 big Tent
Sepatutnya: There is a big tent.

c. Kebanyakan murid tidak menulis menggunakan tatabahasa yang betul.
i. Ditulis: Have 5 boy at the school.
Sepatutnya: There are 5 boys at the school.
ii. Ditulis: The boy working together.
Sepatutnya: The boys are working together.

d. Kebanyakan murid tidak menulis dengan menggunakan perbendaharaan kata
yang betul.
i. Ditulis: The boy building the tent.
Sepatutnya: The boys are pitching the tent.
ii. Ditulis: The boy sedang potong the buluh.
Sepatutnya: The boy is cutting the bamboo.

Secara keseluruhan didapati terdapat pelbagai kesalahan dalam penggunaan
tatabahasa dan perbendaharaan kata yang dilakukan oleh hampir keseluruhan
pelajar ini. Contoh-contoh kesalahan yang saya senarai di atas ialah kesalahan
dari segi struktur ayat, penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata
disamping kesalahan yang tidak sepatutnya mereka lakukan iaitu tanda bacaan.
Mereka juga gemar menulis menggunakan bahasa melayu bagi perkataan-
perkataan yang mereka tidak tahu dalam bahasa inggeris. Selain itu saya dapati
pelajar ini gemar mengalih karangan dari bahasa melayu ke bahasa inggeris tanpa
meneliti aspek struktur ayat sama ada betul atau tidak. Ini membuktikan bahawa
pelajar ini masih belum menguasai kemahiran menulis yang terdiri dari kemahiran
membina ayat mudah mahupun ayat majmuk dengan menggunakan tatabahasa
dan perbendaharaan kata yang betul.

6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Soal Selidik

Maklumbalas yang diterima berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan
mendapati antara faktor yang membawa kepada kelemahan pelajar ini dalam
subjek bahasa inggeris adalah latar belakang keluarga dari sosioekonomi yang
berbeza dan persekitaran. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting terhadap
kelemahan pencapaian pelajar ini dalam subjek bahasa inggeris. Latar belakang
keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya tinggal di taman-
taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan, mempengaruhi
kehidupan murid-murid ini disamping persekitaran yang tidak menggalakkan
mereka menggunakan bahasa inggeris. Selain faktor latar belakang keluarga dan
persekitaran faktor lain yang menyebabkan berlakunya kelemahan ini adalah
faktor diri pelajar ini sendiri. Kebanyakan pelajar ini merasa malu untuk
menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan seharian dan juga di dalam kelas
sewaktu pembelajaran bahasa inggeris sedang berjalan. Kebanyakan dari mereka
memberikan alasan malu dan takut ditertawakan oleh rakan-rakan mereka.

7. Fokus Kajian Berdasarkan Rumusan Analisis Data
Prosedur Kaedah Pengulangan (latih tubi) dan Paraktik

Pada peringkat awal kajian ini dijalankan, saya telah menjalankan ujian ke atas semua pelajar
tahun 3 tersebut. Soalan ujian yang diberikan mengandungi satu gambar yang menunjukkan
ahli pengakap sedang melakukan persiapan perkhemahan di dalam kawasan sekolah.
Dibawah gambar terbabit terdapat perkataan-perkataan kata kerja. Pada peringkat awal saya
mahu pelajar mengenal pasti setiap subjek dan kata kerja yang terdapat didalam gambar.
Kemudian saya menerangkan kaedah penulisan ayat yang betul mengikut kaedah;
Subjek + verb + objek
(siapa atau apa) (is, are (where, what, when, etc)
action words)

Selain itu saya juga menerangkan tentang penggunaan s bagi seorang subjek dan tanpa s
pada perkataan verb jika subjek adalah lebih dari seorang bagi present tenses. Ini perlu
diterangkan dengan lebih lanjut kerana kebanyakan pelajar keliru dengan singular form
dan plural form.
a. The boy walks to school. ( Singular subjek s )
b. They walk to school. (Plural subjek Xs)

Penerangan tentang penambahan ing kepada perkataan verb juga diterangkan bagi ayat-ayat
bersifat present continuous.
a. Ahmad is walking to school.
b. Ahmad, Raja and Rina are walking to school.
Setiap kali waktu pengajaran bahasa inggeris saya akan mengulangi pengajaran yang sama
tetapi dengan menggunakan gambar yang berbeza. Sebagai membantu pelajar saya
mewajibkan mereka membawa dan menggunakan kamus bahasa inggeris bahasa melayu
bagi mereka lebih mudah memahami setiap perkataan dan mencari perkataan perbuatan yang
mereka tidak tahu. Sebelum memulakan pengajaran baru saya akan bertanyakan maksud kata
kerja yang telah mereka pelajari dalam pembelajaran lalu berserta satu ayat. Setiap kali
pengajaran saya akan memastikan setiap pelajar mencuba untuk membuat ayat berpandukan
gambar di papan hitam. Setelah selesai saya akan bertanyakan kepada pelajar lain apakah
kesalahan yang terdapapat dalam ayat yang telah ditulis oleh rakan mereka. Setelah itu saya
akan mengarahkan pelajar untuk cuba membetulkan ayat atau perkataan yang telah
dikenalpasti. Setelah selesai saya akan mengarahkan semua murid untuk menyalin setiap ayat
yang betul di papan hitam.

8. REFLEKSI KAJIAN

Setelah melihat dan menguji kemahiran pelajar pada setiap waktu pembelajaran bahasa
inggeris saya mendapati bahawa jika pelajar ini diberi bimbingan yang sewajarnya mereka
mampu untuk lulus. Dari ujian akhir yang telah saya jalankan didapati bilangan mereka yang
lulus telah meningkat kepada 24 orang, gagal dengan mendapat D menurun kepada 8 orang
manakala 5 orang lagi masih gagal dengan mendapat markah E. Pelajar yang gagal dan
mendapat markah E ini semuanya terdiri dari pelajar-pelajar kelas pemulihan yang
menghadapi masalah pembelajaran bukan hanya dalam subjek bahasa inggeris malah juga
dalam subjek-subjek lain. Bagi pelajar-pelajar yang lulus saya dapati mereka mampu untuk
membina ayat menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang betul walaupun masih
terdapat kesalahan dalam struktur ayat terutamanya jika ia membabitkan ayat majmuk.
Bagi aktiviti mengenalpasti kesalahan dalam ayat yang dilakukan oleh rakan mereka,
kebanyakan pelajar ini boleh menyatakan kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalam ayat
tersebut. Walaubagaimanapun mereka masih lemah dalam membetulkan kesalahan ayat
tersebut. Oleh itu bolehlah dikatakan penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata pelajar
ini telah meningkat secara ansur maju. Walaupun perlahan tetapi masih terdapat peningkatan.

9. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, sepanjang menjalankan kajian ini, proses P&P berjalan dengan
lancar. Pelajar secara umumnya telah memberikan kerjasama yang baik dan memuaskan.
Meskipun masih berhadapan dengan situasi di mana pelajar tidak menunjukkan reaksi yang
diharapkan. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba sehabis daya sehingga tidak banyak
kekesalan di hati.
Kajian ini menunjukkan bahawa jika aktiviti yang dijalankan adalah berpusatkan murid dan
sering dilatih tubi mereka juga boleh berjaya. Guru mestilah kreatif dan inovatif dalam
mengintegrasikan pelbagai kaedah dan teknik mengajar terkini bagi menarik perhatian murid.
Akhir kata, murid adalah amanah yang dipertanggungjawab. Oleh itu, meskipun agak sukar
dan kandangkala kita mengeluh dengan pencapaian minima murid, namun itu bukanlah
alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Kita perlu berbuat sesuatu supaya semua murid
menerima pendidikan berkualiti dan selaras berdasarkan kurikulum pendidikan kebangsaan.
Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa global,
bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa Inggeris
juga amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasi pada
masa sekarang dan akan datang. Seharusnya pelajar perlu ada kesedaran terhadap penguasaan
bahasa Inggeris bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa penjajah, tetapi untuk
membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap berdaulat di hati
orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris seperti
orang lain. Pepatah mengatakan nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hanya orang malas
sahaja yang tidak mahu mengubah nasib diri mereka. Dalam dunia ini tiada yang mustahil
kita lakukan. Sedangkan orang kafir pun menguasai bahasa Al-Quran mengapa kita tidak
boleh menguasai bahasa Inggeris? Semua bermula dari diri kita sendiri.















LAMPIRAN


BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A: Maklumat responden
Arahan: Sila lengkapkan maklumat dibawah yang berkaitan diri anda dan tandakan jawapan pada
soalan pertanyaan.

1. Nama:....................................................................................................
2. Jantina: ( ) LELAKI ( ) PEREMPUAN
3. Bangsa : ( ) MELAYU ( ) INDIA
4. Alamat:........................................................................................................................
5. Kelas: TAHUN 3
6. Pekerjaan IBU BAPA :
AWAM
PENGURUSAN ( )
SOKONGAN ( )
SWASTA
PENGURUSAN ( )
SOKONGAN ( )
SENDIRI ( ) Nyatakan ....................................................









BAHAGIAN B.

BIL SOALAN YA TIDAK
1. Saya langsung tidak faham Bahasa Inggeris
2. Saya menggunakan Bahasa Inggeris apabila
bercakap dengan keluarga saya dirumah

3. Saya sukar memahami setiap perkara yang diajar
oleh guru

4. Saya suka mengulang kaji subjek Bahasa Inggeris
dirumah

5. Saya sering bercakap dengan rakan-rakan dalam
Bahasa Inggeris

6. Saya suka subjek Bahasa Inggeris melebihi
subjek-subjek lain.

7. Saya seronok apabila belajar Bahasa Inggeris
8. Saya suka menonton filem & mendengar muzik
dalam Bahasa Inggeris

9. Saya membaca surat khabar atau majalah dalam
bahasa Inggeris

10. Saya malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris











LAMPIRAN 2

UJIAN PENGESANAN



MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
bil NAMA M G KEPUTUSAN
1 AHMAD MUKHLIS BIN MOHD SHAIFUL 84 A LULUS

2 AMIRUL SYAUQI BIN AMRAN 74 B LULUS

3 KHAIRUNNISA AQILAH BINTI AHMAD TARMIZI 60 B LULUS

4 PUTERI ANIS NADHIRAH BINTI MEGAT KHAWARY 63 B LULUS

5 NUR ADILAH BINTI SADRUL AZHAM 60 B LULUS

6 YOGESWARY A/P RACHANRAN 74 B LULUS

7 MUHAMMAD FAREZ BIN MUHD RUZI 63 B LULUS

8 NUR AUNI AFIQAH ANIZAT BINTI ANIZAT 43 C LULUS

9 MUHAMMAD ZAIM SYAKIR BIN HAIRANI 56 C LULUS

10 MUHAMMAD ADAM ASYRAF BIN ROSLAN 58 C LULUS

11 NUR AISYAH MAISARAH BTE AZANIL 61 B LULUS

12 FARHAN AFIF BIN MUHAMMAD J0HARI 55 C LULUS

13 NUR AUNI AFIFAH ANIZAT BINTI ANIZAT 51 C LULUS

14 ROSLINDA BIN ROSLI 40 C LULUS

15 NUR RAIHAN BINTI MOHAMAD ALI 43 C LULUS

16 NUR AIN NADHIRAH BTE MOHD RAZI 40 C LULUS

17 MUHAMMAD HAZIQ BIN MAAROS 28 D GAGAL

18 MUHAMMAD NAZRI BIN ISMAIL 28 D GAGAL

19 MUHAMMAD ALIF DANIEAL BIN MOHD JAN 34 D GAGAL

20 NOOR AIDATUL NAJWA BINTI SHAIFUL ANUAR 45 C LULUS

21 RADWA IZZATI BINTI ZAHRAN 28 D GAGAL

22 MUHAMMAD FARHAN DANIEL BIN YAZID 28 D GAGAL

23 ABDUL HANNAN BIN ABD RAHMAN 21 D GAGAL

24 MUHAMMAD ADLEE AKMAL BIN AHMAD ZAKIA 26 D GAGAL

25 AMY LIANA BINTI RUSSAIFUL 23 D GAGAL

26
SYED MUHAMMAD MIFZAL BIN SYED MOHD
MOHSEIN
30 D GAGAL

27 NUR HARIEZA AMIRAH BT SOFAN HARIZAL 31 D GAGAL

28 MUHAMMAD ZULFARHAN B. ZULKIFLI 20 D GAGAL

29 NORLIYANA BINTI MAT ARIF 15 E GAGAL

30 MUHAMMAD DANIEL HAFIZI BIN KHAIRUL NIZAM 24 D GAGAL

31 NUUR TAOYEABAH BINTI MOHD HAYAZI 20 D GAGAL

32 MUHAMAD FIRDAUS BIN MUSTAZAR 15 E GAGAL

33 MUHAMMAD SYAKIR BIN ANUARI SUHAIMI 16 E GAGAL

34 MUHAMMAD ZUHAIRY BIN MOHD NOOR 24 D GAGAL

35 MUHAMAD AZRI AIMAN BIN MUHAMMAD AZMI 18 E GAGAL

36 SITI NUR FARIZA BINTI MAZLAN 13 E GAGAL

37 MUHAMMAD ALIF DANIEL BIN MOHD IZAN 10 E GAGAL


















ENGLISH PANEL
SUBJECT HEAD COUNT ANALYSIS
YEAR : 2011

SUBJECT : ENGLISH CLASS : Year 3

GRED*
HEAD
COUNT
A % B % C % D % E % TH SUM

NOTES
TOV 6 15.38 10 25.64 9 23.07 11 28.20 3 7.69 - 39
MID
YEAR
EXAM
(PKSR 1)
0 0 4 12.12 10 30.30 11 33.33 7 21.21 1 33
FINAL
EXAM /
UPSR
TRIAL
(PKSR 2)
1 2.70 7 18.92 9 24.32 14 37.84 6 16.22 - 37
TARGET 10 27.03 15 40.54 12 32.43 0 0 0 0 - 37
UPSR
Contoh Gred bagi UPSR ialah A, B, dan C


















RUJUKAN

1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
2. Berita Harian Online, 20 Ogos 2009, Azrina Azhan, bhnews@bharian.com.my
3. Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya
Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.
4. Alis Putih Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan, Jitra : Pure Honey Enterprise.

Anda mungkin juga menyukai