Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

1. PERINGATAN UNTUK GURU

1.0 Pengawasan Peperiksaan Dalaman

1.1 Pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan bermula,sila pastikan


Semua meja disusun dengan laci menghadap ke depan.Pastikan jarak di
antara meja cukup jauh supaya dapat menggelakkan kes peniruan
berlaku.Tempat duduk pelajar hendaklah disusun mengikut abjad atau
angka giliran.Pastikan juga bahawa barisan pertama meja tidak terlalu
dekat dengan papan putih.

1.2 Pada setiap hari peperiksaan,semua beg disusun di belakang/di hadapan/di


luar kelas.

1.3 Semua kertas soalan mestilah diambil dari bilik guru 10 minit lebih awal
Sebelum guru pengawas masuk ke dalam kelas masing-masing.

1.4 Kertas soalan hendaklah disemak bersama-sama pelajar terutamanya


Bilangan halaman yang bercetak. Guru yang memulakan kertas, pastikan
soalan yang diambil adalah matapelajaran serta kertas yang betul.

1.5 Kertas jawapan hendaklah dikutip dan diletakkan ditempat yang disedia-
an di meja SU peperiksaan sekiranya guru tersebut tidak hadir/tidak
ditemui .Anda digalakkan menyerahkan sendiri kertas jawapan kepada
guru matapelajaran sekiranya mereka hadir pada hari tersebut.Tetapi untuk
menggelakkan kehilangan skrip jawapan bolehlah meletakkannya di meja
SU peperiksaan.

1.6 Sekiranya masa peperiksaan mengambil masa waktu rehat,guru sebelum


Rehat hendaklah memulakan kertas ujian atau peperiksaan dan sekiranya
peperiksaan sedang berjalan pada waktu rehat,guru mata pelajaran
sebelum rehat mengawas 10 minit pertama dan guru mata pelajaran
selepas rehat masuk 10 minit kedua(10 minit lebih awal).

1.7 Guru-guru diminta jangan meninggalkan kelas sebelum guru waktu


Berikutnya sampai.Jika ada guru yang tidak masuk waktu berikutnya
selepas 5 minit guru tersebut boleh menghubungi SU peperiksaan atau
Penolong kanan Pentadbiran untuk mendapat guru ganti.

1.8 Kertas soalan dan kertas objektif yang berlebihan hendaklah dikumpul
pada akhir setiap kertas dan diserahkan kepada SU peperiksaan.

1.9 Guru-guru tidak dibenarkan menyemak kertas ujian atau peperiksaan


Semasa mengawas.
1.10 pelajar-pelajar dibenarkan membuat ulangkaji sebelum peperiksaan
Bermula tetapi semasa peperiksaan dijalankan pelajar-pelajar tidak
Dibenarkan mengeluarkan sebarang buku rujukan untuk mengulangkaji
Walaupun setelas selesai menjawab.

1.11 Hanya alat tulis dan kertas jawapan sahaja dibenarkan di atas meja.

1.12 Kalkulator saintifik dibenarkan untuk semua mata pelajaran kecuali


Matematik kertas 2 Tingkatan 1,2 dan 3.

2.0 Guru Penyedia Soalan dan Bank Soalan

2.1 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki menghantar satu salinan Guru


Penyedia soalan bagi mata pelajaran masing-masing kepada SU
Peperiksaan Dalaman selepas mesyuarat panitia kali pertama.

2.2 Guru penyedia soalan perlu menyediakan soalan berdasarkan JSU yang
Ditetapkan mata pelajaran masing-masing(contoh matapelajaran Sejarah :
5:3:2 -50% soalan aras mudah ;30% aras sederhana dan 20% aras tinggi)
dan disahkan oleh Ketua panitia/Guru Kanan/Penolong kanan

2.3 Guru penyedia soalan perlu menghantar satu set soalan kepada SU
Peperiksaan untuk Bank soalan dengan memasukkan ke dalam folder
Peperiksaan Dalaman\Bank soalan\ mengikut subjek

3.0 Murid Yang Tidak Hadir

3.1 Tidak ada close paper bagi murid yang tidak hadir tanpa sebab atau
tanpa Surat daripada ibu bapa pelajar.

3.2 Pelajar yang tidak hadir untuk peperiksaan atau ujian tanpa kebenaran
Diberi markah 0. Jika pelajar tidak hadir untuk satu kertas (bagi mata
pelajaran yang ada 2) markah 0 diberi untuk kertas tersebut dan markah
purata diberi bagi mata pelajaran tersebut.

3.3 Pelajar yang tidak hadir untuk peperiksaan atau ujian dengan kebenaran
Dicatat AB(TH) bagi mata pelajaran berkenaan [Dengan kebenaran
bermaksud :sakit,ada surat doktor dan kematiann ahli keluarga]

3.4 Pelajar yang tidak hadir untuk semua kertas kerana mewakili sekolah
Dalam sesuatu aktiviti atau pertandingan dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan tersebut pada hari lain tetapi markah tidak diambilkira untuk
menentukan kedudukan pelajar.

3.5 Guru-guru yang pelajarnya mewakili sekolah dalam aktiviti /pertandingan


Semasa peperiksaan atau ujian berlangsung hendaklah mengisi borang
yang berikut dan diserahkan kepada SU peperiksaan sebelum peperiksaan
bermula.Borang ini boleh diambil dalam folder peperiksaan dalaman.

3.6 Pelajar tidak dibenarkan mengambil peperiksaan lebih awal daripada


tarikh peperiksaan yang sebenar walau apa-apa alasan sekalipun bagi
Menggelakkan kebocoran soalan.

4.0 Kes Meniru

4.1 Pelajar yang didapati meniru dengan jelas diberi markah 0 untuk
matapelajaran tersebut.

5.0 Format Kertas Soalan Ujian/Peperiksaan Dalaman.

5.1 Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun,Peperiksan Akhir Tahun dan


Peperiksaan Percubaan adalah mengikut format peperiksaan awam dan
mempunyai muka depan. Bagi kertas ujian tidak perlu muka depan.

5.2 Contoh format kertas soalan-Sila rujuk lampiran 1A dan 2A

6.0 Keselamatan Kertas Soalan Ujian/Peperiksaan

6.1 Guru-guru diminta melakukan kerja berkaitan dengan peperiksaan seperti


Mengelip kertas-kertas soalan di rumah dan elakkan di Bilik Guru untuk
mengelakkan kebocoran soalan.

6.2 Kertas soalan yang telah siap hendaklah disusn mengikut kelas dan dibalut
Yang disediakan bersama-sama dengan Borang A yang telah dilengkapkan
selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan atau ujian dijalankan.

7.0 Kad Kemajuan Ujian dan Peperiksaan

7.1 Markah ujian dan peperiksaan hendaklah dimasukkan ke daolam sms


Mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh SU peperiksaan.

7.2 Guru-guru diingatkan supaya mematuhi tarikh-tarikh pengisisan markah


Yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kelewatan pengeluaran
keputusan pelajar dan membuat analisa ujian dan peperiksaan.Kerjasama
semua guru amatlah diharapkan.

8.0 Kawasan Larangan

8.1 Pelajar dilarang masuk ke bilik guru sepanjang tempoh peperiksaan dan
Ujian dijalankan.
9.0 Slip Keputusan

9.1 Slip keputusan hanya akan dikeluarkan semasa peperiksaan pertengahan


Tahun dan peperiksaan akhir tahun dalam dua salinan. Salinan berwarna
untuk diberikan kepada pelajar dan salinan putih untuk simpanan dalam
fail 001 .
LAMPIRAN 1A
CONTOH KERTAS SOALAN UJIAN (MUKA DEPAN)

SK AMINUDDIN BAKI, SLIM RIVE, PERAK


UJIAN BULANAN MAC 20……..
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU

MASA: 1 JAM 15 MINIT

NAMA: TAHUN:

Arahan:Jawab Semua Soalan

1. Saiz font :12


2. Jenis font :Times New Roman
3. Saiz kertas :A4
4.Bilangan minimum kertas soalan untuk direso:50 salinan
5. Soalan digalakan ditaip dalam 2 ruangan.Guru tidak dibenarkan salin soalan terus dari
bahan rujukan..

Muka surat akhir bagi kertas soalan ujian.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

…………………. ………………….. ………………..


(Guru matapelajaran) K.Panitia (Penolong Kanan)
LAMPIRAN 2A
CONTOH KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN (MUKA DEPAN)

SK AMINUDDIN BAKI, SLIM RIVER, PERAK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009

TAHUN …………..

MATAPELAJARAN:…………………..

KERTAS 1/PAPER 1

1 JAM/1 HOUR 15 MINUTES

Arahan:

1. saiz :font 12

2. Jenis font :Times New Roman

3. Saiz kertas :A4

4. Bilangan minimum kertas untuk direso:50 salinan

5. Soalan mengikut format kertas soalan sebenar.Guru tidak dibenarkan menyalin


soalan terus daripada bahan rujukan

Kertas soalan ini mengandungi ……………… halaman bercetak

Mukasurat akhir bagi setiap kertas soalan

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

………………….. ……………………. ……………….


Guru matapelajaran Ketua Panitia Penolong kanan

Anda mungkin juga menyukai