Anda di halaman 1dari 1

WAKTU MENGAJAR

PINDAAN KEPADA PEKELILING PENTADBIR BILANGAN 3/1967 (Petikan)


1.

GURU BESAR
Guru Besar diperlukan mengajar sekurang-kurangnya lima (5) waktu seminggu selain
daripada tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah.

2.

GURU PENOLONG KANAN DAN PENYELIA PETANG


Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-kurangnya
dua belas (12) waktu seminggu. Ia hendaklah membantu guru besar dalam melicinkan
tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah.

3.

GURU PERPUSTAKAAN, SETIAUSAHA SUKAN DAN GURU MEDIA


Guru-guru perpustakaan, Setiausaha Sukan dan guru media hendaklah menjalankan
tugas-tugas dalam bidang-bidang berkenaan bagi membantu meningkatkan lagi kualiti
pelajaran di sekolah. Guru-guru yang ditugaskan dalam bidang-bidang yang disebutkan
di atas hendaklah mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu dan waktu-waktu
yang lainnya hendaklah ditumpukan kepada tugas-tugas dalam bidang-bidang yang
ditentukan kepadanya.

4.

GURU PANDUAN
Untuk mencapai matlamat perkhidmatan panduan dengan sepenuhnya, beban mengajar
guru panduan ialah 12 waktu seminggu. Waktu-waktu yang lain hendaklah ditumpukan
kepada kerja-kerja panduan. Kelonggaran ini hanya diberikan kepada peringkat
Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
sahaja.

5.

GURU PEMULIHAN
Jawatan guru pemulihan hanya diberikan kepada sekolah-sekolah rendah sahaja. Tugas
guru ini adalah mengajar murid-murid lemah.

Anda mungkin juga menyukai