Anda di halaman 1dari 6

Subjek : Matematik

Tahun : 5 Perdana
Tarikh : 22 Mac 2012
Masa : 60 minit (8.10 a.m 9.10 a.m)
Bilangan murid : orang
Tajuk : Pecahan
Bidang pembelajaran : Penolakan pecahan
Objektif pembelajaran : Murid diajar untuk menolak nombor bercampur.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid harus dapat :-
1. Melakukan penolakan melibatkan dua nombor bercampur yang
mempunyai penyebut yang berbeza sehingga nombor 10.

Pengetahuan sedia ada : i) murid sudah boleh menyelesaikan penolakan nombor
Bercampur dengan penyebut yang sama.
ii) murid boleh menukarkan nombor bercampur kepada
bentuk pecahan tak wajar.
.
Sumber : Roda pecahan
Kemahiran berfikir : membuat perbandingan
: menerangkan sebab

Nilai Murni : menjaga kebersihan, bekerjasama, saling bantu-membantu, berani.




Langkah/Masa Kandungan Langkah-langkah Catatan
Set induksi
(5 minit)
Bertanya khabar dan
meminta murid
membersihkan kelas
dengan teknik
bersenam.


Guru memulakan kelas dengan
bertanya khabar murid.

Guru berkata :
- Apa khabar semua? Adakah
semua sihat?
- Kamu semua sudah
sarapan? Jika belum, waktu
rehat nanti sila makan untuk
mengelakkan perut kosong.


Guru meminta murid untuk berdiri
di tempat masing-masing dan
memberi arahan untuk senaman
ringkas.

Guru berkata :
- angkat tangan ke atas, dan
regangkan tangan kamu.
-kemudian, pusingkan badan
kamu ke arah kanan, dan
bengkokkan badan ke
bawah. Dalam posisi ini,
cuba kamu perhatikan di
lantai sekeliling kamu,
adakah terdapat sampah
atau kertas buangan. Jika
ada, sila kutip dan letakkan
di atas meja.
- bangun, dan bongkokkan
Kecerdasan pelbagai :
kinestatik

Nilai murni : menjaga
kebersihan

















pula badan ke sebelah kiri
kamu, dan ulangi perbuatan
sebentar tadi.
-ambil sampah tersebut dan
sila buang ke dalam tong
sampah kelas dengan
segera.

Guru menyatakan rasional
mengapa murid disuruh
bersenam iaitu untuk
kecergasan badan serta
mengutip sampah untuk
menjaga kebersihan kelas.


Pengenalan
konsep
Menggunakan roda
pecahan untuk
mewaikili nombor
bercampur dalam
operasi penolakan.



Guru membahagikan murid kepada
empat kumpulan.

Guru melekatkan roda pecahan
pada papan putih dan meminta
murid memerhatikannya.

Guru bertanya murid berapakah
bilangan bahagian yang ada pada
roda tersebut.

Guru memanggil wakil daripada
setiap kumpulan untuk tampil ke
hadapan dan melengkapkan
bahagian roda dengan menampal
potongan kad berwarna
berpandukan nombor bercampur
KBKK : menyuai
padan.
Nilai : berkerjasama,
saling bantu-
membantu.

Kecerdasan pelbagai :
kinestatik, verbal-
linguistik, logical
matematik, audio







yang disebut oleh guru.

Guru kemudian mengeluarkan roda
yang mempunyai bilangan
bahagian yang berbeza.

Guru memanggil pula wakil yang
kedua bagi setiap kumpulan untuk
menampal kad berwarna mengikut
nombor bulat yang disebut oleh
guru.

Guru kemudiannya meminta murid
menanggalkan kad berwarna
mengikut bilangan yang ditolak.

Bilangan kad berwarna yang
tinggal pada roda pecahan adalah
jawapan bagi soalan yang diberi.




Perkembangan
Konsep
Menentukan hasil tolak
nombor bercampur
yang mempunyai
penyebut yang
berbeza.









Pelajar dikekalkan di dalam
kumpulan.
Guru menggunakan konsep kuiz
atau pertandingan untuk aktiviti kali
ini.
Setiap soalan yang dijawab dengan
betul akan memberikan 5 mata
untuk kumpulan yang menjawab.

Guru mengemukakan soalan di
papan putih satu demi satu
sehingga 4 soalan.

Murid bekerja dalam
kumpulan dan saling
bantu-membantu
untuk membentuk
persamaan.


Guru menggalakkan
murid untuk membantu
rakan yang lemah.


Kecerdasan pelbagai :
Arahan guru :
- Guru mengemukakan soalan
pertama secara lisan, dan
murid dikehendaki
mendengar dengan teliti.
- Sila selesaikan soalan yang
ini dengan menggunakan
bantuan roda pecahan.
- Jawapan kamu mestilah
memaparkan roda pecahan
yang mempunyai bilangan
pecahan kad warna yang
tinggal.

Kinestetik, verbal-
linguistik.


ABM : roda pecahan

Nilai : saling bantu-
membantu, kerjasama.
Perkembangan
(10 minit)
Menggunakan
algoritma penolakan
untuk menyelesaikan
operasi tolak nombor
bercampur melibatkan
proses menyamakan
penyebut.



Dengan bimbingan guru, murid
cuba menyelesaikan operasi tolak
nombor bercampur menggunakan
kaedah menyamakan penyebut

Arahan guru :

Sekarang, mari kita menjawab
soalan ini dengan menggunakan
algoritma penolakan

Pertama sekali, samakan kedua-
dua penyebut dengan
mendarabkan dengan nombor yang
sesuai.
Kemudian, murid hanya perlu
menolak nombor pengangka
sahaja dengan mengekalkan
penyebut yang sama.
Guru
menghubungkaitkan
operasi tambah
dengan operasi darab.
Ya, tepat sekali.
Penilaian
(15 minit)
Latihan 1 Guru memberi latihan berpandukan
buku teks matematik tahun 5
kepada murid untuk bekerja dalam
kumpulan.

Guru memantau dan membantu
murid yang bermasalah.

Guru juga menegaskan
kepentingan kerjasama dan saling
bantu-membantu dalam kumpulan.
Kelas membincangkan jawapan.
Buku teks tahun 5

kecerdasan pelbagai :
verbal-linguistik,
interpersonal, logical
matematik.
Penutup
(5 minit)
Rumusan Murid menyatakan persamaan
antara operasi tambah dan tolak
melibatkan nombor bercampur.

Murid merumuskan bahawa untuk
menyelesaikan operasi tolak,
nombor bercampur perlu ditukarkan
dahulu kepada bentuk pecahan tak
wajar.



Saya gembira dengan penyertaan
anda dalam pelajaran hari ini.
Teruskan ! Kita akan membuat
lebih banyak aktiviti yang menarik
pada pelajaran akan datang.

Kecerdasan Pelbagai :
Verbal-linguistik.


Guru memberi pujian
dan galakan

Anda mungkin juga menyukai