Anda di halaman 1dari 2

100 peserta dapat manfaat

Utusan Malaysia, Ahad 6/04/2014



REMBAU 5 April - Pelaksanaan Projek Rimbunan Kaseh mampu meningkatkan
taraf hidup keluarga miskin terpilih di negeri ini dalam usaha membasmi
kemiskinan luar bandar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar)
berkata, projek yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak itu mampu memberi manfaat kepada 100
peserta khususnya penduduk sekitar Rembau.
Menurutnya, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM9.8
juta termasuk menyediakan tanah manakala Unit Penyelaras
Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberi
pembiayaan hampir RM24 juta bagi membangunkan projek
penempatan baharu itu.
"Projek ini melibatkan pembinaan 100 unit rumah mampu
milik dan ladang moden yang dibangunkan oleh syarikat IRIS
Corporation Berhad di tanah seluas 14 hektar.
Ini adalah projek Rimbunan Kaseh pertama di negeri ini dan saya mahu projek ini
berjaya, malah saya akan memantau perkembangannya sehingga siap," katanya
kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Contoh Projek Rimbunan Kaseh di
Mukim Batu Hampar, di sini semalam.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah ICU, JPM, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh dan
Pengarah Urusan IRIS, Datuk Tan Say Jim.
Mohamad memberitahu, sehingga semalam terdapat 47 orang telah memohon
menyertai projek Rimbunan Kaseh itu.
Jelas beliau, aktiviti pertanian yang dicadangkan adalah tanaman buah rock melon
dan penternakan beberapa jenis ikan seperti keli, talapia dan jadeperch dari
Australia.
"Pembinaan penempatan ini dijangka siap selewat-lewatnya Julai tahun ini dan saya
mengharapkan projek tersebut menjadi perintis kepada program lain," ujarnya.
Setiap kediaman memiliki keluasan 109.2 meter persegi dengan tiga bilik tidur dan
dua bilik air, malah kawasan itu turut menyediakan kemudahan seperti pusat
sumber, dewan serbaguna, surau, dua unit gerai serta pusat pembelajaran.
Ladang moden bersepadu pula dilengkapi 28 unit rumah hijau, 400 unit tangki ikan
serta kawasan tanaman terbuka seluas 1.2 hektar.
Projek Rimbunan Kaseh di Rembau adalah yang ketiga selepas Serkam, Melaka dan
projek perintis yang diperkenalkan di Kuala Lipis, Pahang.
Bagi enam bulan pertama, para peserta diberi elaun sebanyak RM1,000 dan selepas
enam bulan, mereka menerima tambahan elaun RM500 lagi.

Anda mungkin juga menyukai