Anda di halaman 1dari 3

ISI 2: KETERBATASAN PENGARUH

Institusi pendidikan agen transformasi


pendidikan itulah usul yang hendak
diperdebatkan pada pagi ini.Berlandaskan
usul ini kami dapat katakana bahawa usul
ini amat lemah kerana keterbatasan
pengaruh institusi pendidikan ini
sendiri.Itulah hujah kami yang kedua di
bawah indicator keterbatasa
pengaruh.Perlu dingat institusi pendidikan
seperti yang telah didefinisikan oleh pihak
kami merangkumi pendidikan fomal seawal
pra sekolah hinggalah ke institusi pengajian
tinggi.Semua ini merupakan pendidikan
formal yang telah disediakan oleh pihak
kerajaan.Persoalanyan di sini mampukan
institusi ini menjadi agen transformasi
sahsiah.Jawapannya mudah
sahaja,tentunya tidak Yang Berhormat,perlu
diingat bahawa pembentukan sahsiah itu
perlu disulami dengan
asuhan,amalan,penerapan yang berterusan
dalam kata lain pembelajaran sepanjang
hayat.Pendidikan ini akan berlaku pada
peringkat keluarga dan penekananya
terhadap pengajaran nilai-nilai moral .
Ibu bapa selaku modus operandi utama
dalam membina shsiah anaknya setiap
masa.Salah laku anak akan
ditegur,dinasihati,malah akan
dihukum.Dalam kata lain institusi
pendidikan tidak mampu berbuat demikian
disebabkan sekatan undang-undang yang
mengekang mereka untuk
menghukum,mendenda jika salah laku
berlaku sebaliknya nasihat,kaunseling.
Tuan Yang Dipertua,
Pada hakikatnya proses pembentukan jiwa
anak-anak harus lebih tegas dan jika perlu
dihukum perlu dihukum. inilah proses untuk
pembentukan rohani pelajar dalam hakikat
yang sebenarnya.Bukannya setakap
pendidikan formal melalui Institusi
pendidikan yang tidak mampu membina
sahsiah pelajar yang utuh.
Dr. Yusuf al-Qardawi (1980) pula
mendefinisikan pendidikan sebagai
pendidikan bagi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani,
akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk
menyediakan manusia bagi menghadapi
masyarakat yang sering menghadapi
kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan
kepahitan.
Kesimpulannya, pendidikan ialah satu
proses berterusan untuk merubah, melatih,
dan mendidik akal, jasmani, dan rohani
manusia dengan berasaskan nilai-nilai
positif bagi melahirkan insan yang bertaqwa
untuk mendapatkan kecemerlangan dunia
dan akhirat.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Kegagalan seorang doktor perubatan dalam
menyelamatkan seorang pesakit dapat
dilihat secara langsung dan segera
mengenai impak kegagalannya samada
peserta akan mati atau cacat dan
sebagainya, tetapi kegagalan sistem
pendidikan ini amat berbahaya kerana ianya
hanya dapat dilihat pada 10 tahun atau 15
tahun akan datang. Dan itulah yang terjadi
pada masa kini, jika kita lihat kegagalan
pembinaan sahsiah para pelajar dengan
peningkatan gejala disiplin yang berlaku
ianya memberikan signal yang jelas bahawa
terdapat sesuatu kelemahan dalam sistem
pendidikan negara.
Daripada hujah ini dapat dirumuskan
bahawa keterbasan Institusi pendidikan
menyebabkan gagal menjadi agen
pembentukan sahsiah.
Siadang dewan yang dihormati.
Pihak kami selaku pembangkang juga
merasakan usul ini begitu lemah disebabkan
oleh kerapuhan sistem pendidikan itu
sendiri.
Semua maklum sejak negara kita merdeka
pelbagai dasar pendidikan telah
diperkenalkan bermula dari Akta pelajaran
1961,,Penyata Razak,Penyata Rahman
Talib,KBSR,KBSM,KSSR ,PPSMI dan terkini
PBS.
Dasar-dasar ini sering berubah mengikut
kepimpinan semasa yang kadangkala
berupa satu eksperimen yang belum pasti
kebolehpercayaannya,dalam konteks ini
bagaimana mungkin institusi pendidikan ini
merupakan agen transformasi jika dasar
selalu berubah .baru sahaja setahun jagung
diubah pula dengan dasar yang
baru.kesempatan ini tidak mampu untuk
membina sahsiah pelajar yang cemerlang
dan gemilang padahal proses pembinaan
sahsiah pelajar ini meerlukan masa yang
panjang.mereeka ini perlu didik ,diasuh dari
satu tahap ke satu tahap yang lain. Kesan
dasar yang rapuh ini menyebabkan
kebanyakannya gagal melihat peri penting, dan
kegunaan ilmu itu secara praktikal dalam
kehidupan. Ada yang hanya belajar untuk
mengutip markah tanpa mengetahui tujuan
belajar, memahami dan menghargai ilmu yang
mereka pelajari.
Yang Berhormat ,
Kerapuhan Institusi pendidikan ini juga
dapat dilihat apabila dasar-dasar ini
kadangkala merupakan agenda politik
sesetengan pihak yang menyebabkan dasar
yang dilaksanakan di institusi pendidikan
dilihat kucar kacir yang tidak mampu untuk
membina sahsiah pelajar yang mengikut
proses pembelajaran.Umpamanya mereka
menjadikan institusi ini sebagai tempat
mencuba pelbagi idea yang akhirnya
ketinggalan begitu sahaja bak kata pepatah
yang dikendong berciciran. Jenayah kolar
putih mahupun kolar biru berlaku antara lain
disebabkan oleh kegoyahan sisi spiritual yang
gagal dibangunkan bersama-sama sisi
intelektual dan kemahiran seseorang itu.
Kebanyakan pelajar gagal menzahirkan sisi
spiritual yang mapan apabila berada di dunia
sebenar. Seseorang pelajar boleh sahaja
mengumpulkan gred A bagi mata pelajaran
Agama Islam (contohnya) sedari ujian satu
hingga ke peperiksaan akhir, namun, hal yang
paling penting, iaitu pengamalannya kurang
dilaksanakan. Apakah punca hal ini berlaku? Hal
ini kerana kerapuhan institusi pendidikan yang
tidak mampu untuk membentuk jiwa pelajar itu
sendiri agar menjadi insane yang mulia.
Dalam konteks ini juga kan menyebabkan
munculnya ketidakcekapan dalam
pengurusan.Instutusi Pengajian Tinggi IPTA
dan IPTS contohnya lebih mengutamakan
pengurusan wajar dipandang serius.Nilai
nilai pembangunan pelajar itu diabaikan
lantaran kelapaan dan kerapuhan institusi
pendidikan itu sendiri.jadi ini menjelaskan
bahawa ia adalah satu intitusi yang tidak
sesuai untuk menjadi agen transfomasi
sahsiah.
Berdasarkan dua hujah saya tadi jelas
menunjukkan bahawa keterbasan pengaruh
dan kerapuahan institusi pendidikan
menyebabkan institusi pendidikan bukanlah
agen transformasi sahsiah.
Tegasnya disini bahawa usul kita hari ini
yang berbunyi Institusi pendidikan agen
transformasi sahsiah harus ditolak sebulat
suara tanpa kompromi.
Mohon usul ini ditolak.
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai