Anda di halaman 1dari 12

DISEDIAKAN OLEH:

NOR HALIZA BINTI MD THAIB


TEH NUR IDAYU BINTI ABD GHAFAR
TASAWUR :
pandangan, gambaran, konsep atau persepsi tentang
sesuatu
[Kamus Dewan Edisi Keempat]
KOSMOLOGI:
Salah satu bidang falsafah yg mengkaji asal usul, proses,
dan struktur alam semesta.
[Kamus Dewan Edisi Keempat]
Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab
wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan
turun temurun, mempunyai tanggapan
tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan
pemikiran yang berkaitan dengannya.

Walaupun kosmologi Melayu moden lebih
dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun
tamadun Melayu yang pernah berada di bawah
pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam,
maka kosmologi tersebut turut mengambil
tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi
Melayu Islam.


Orang Melayu silam turut mempunyai konsep
kosmologi yang dipengaruh oleh budaya
animisme, Hindu dan Buddha.
Mereka memuja semangat, dan penunggu;
mereka membaca mentera yang menyebut asal
kejadian alam dan makhluknya.

Mereka memohon perlindungan daripada
penunggu pokok dan gua.
Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan
dalam perubatan dan sihir.
Mereka mempunyai banyak mitos yang
menyebut balik tentang mitos kayangan
seperti peranan yang dimainkan oleh Sri
Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana,
Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya
yang jelas menunjukkan terdapat unsur
kehinduan di dalam persembahan itu.

Orang Melayu tradisional menghayati satu
cara hidup yang dianggap unggul dari segi
kaca mata pandangan moden semasa.
Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah
apa yang terkandung dalam pandangan alam
(Weltanschauung) dan budaya alam bangsa
Melayu.
Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat
alam tabii ini sebagai penuh dengan makna,
simbolisme, gurindam dan syair.


Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad
kepada manifestasi material alam, bahkan bagi
mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi
sains dan teknologi moden hanyalah satu
manifestasi kecil fenomena alam ini yang
kewujudannya sebenarnya bergantung kepada
dimensi hakikat dan ruh yang maha seni.

Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat
diperhatikan secara praktis dalam kehidupan
seharian dan kemasyarakatan mereka.

Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi
kebudayaan generasi-generasi tersebut
menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar
ruang budaya Melayu asli.
Unsur-unsur luar tersebut datang daripada
timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan
Barat merupakan pengaruh yang memberi
kesan kepada pembentukan semiotik dan
kosmologi Melayu.
Namun demikian, intipati semiotik dan
kosmologi Melayu masih terpelihara
Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu
bercakap, bahkan bermadah secara bernas
setanding dengan sebarang pujangga manusia.
Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya
syaman, pawang, bomoh, sufi dan wali Allah)
berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan
batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima
dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular
Kemampuan berinterakasi tersebut juga
merupakan landasan yang membuka jalan bagi
manusia Melayu mampu hidup berharmoni
dengan alam tabii.
Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya
dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain
sesama manusia hanyalah dalam cerita dogeng.

Anda mungkin juga menyukai