Anda di halaman 1dari 5

PROPOSAL KAJIAN

Tajuk: Kemahiran Berfikir secara Kritikal dalam topil Kemahiran Proses Sains bagi
murid Tahun 4 sebuah sekolah di Lawas Sarawak.
Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menekankan usaha untuk
membentuk pemikiran kritis, kreatif , analitis dan sistematik. Pemikiran kritikal adalah
kebolehan untuk membuat pertimbangan yang rasional keatas pelbagai alternatif yang
berkemungkinan. Ia melibatkan penilaian yang tepat dan tajam terhadap kebaikan dan
keburukan, kelemahan atau kekuatan sesuatu alternatif. Pemikiran kritikal dapat
membantu murid-murid mendapat keputusa akademik yang lebih baik.
Sains adalah satu cabang ilmu yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Ia
merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah,
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah amat penting dan digunakan.
Kemahiran saintifik ialah kemahiran manipulative dan kemahiran proses Sains.
kEMAHIRan proses sains adalah kemahiran intelek yang digunakan untuk merancang
dan menjalankan penyiasatan Sains. Ia merupakan suatu kemahiran mental yang
boleh digeneralisasikan dan dipindahkan kepada permasalahan yang lain.
Latar Belakang Kajian:
Untuk merealisasikan Wawasan 2020, negara bukan sahaja memerlukan murid-murid
yang dapat menghasilkan pencapaian yang baik dalam bidang akademik tetapi juga
murid-murid yang dapat berfikiran secara kritkal agar dapat bersaing dalam dunia
sebenar yang kian berkembang maju. Kajian ini dijalankan bertitik tolak dari isu-isu
pendidikan iaitu kebolehan murid untuk berfikir secara kritikal. Dimana di dalam ujian
peperiksaan UPSR 2013 baru-baru ini terdapat beberapa soalan berkaitan dengan
Kemahiran berfikir secara kritikal telah diterapkan. Subjek yang terbabit dalah subjek
Sains dan Matematik. Berdasarkan kepada statistik hampir 60% murid-murid gagal
menjawab soalan-soalan terbabit.
Seperti yang kita ketahui kebolehan murid dinilai berdasarkan pencapaian mereka di
dalam peperiksaan di sekolah. Akan tetapi, peperiksaan yag dijalankan di sekolah
adalah bersifat exam-oriented iaitu berorientasikan peperiksaan dan ujian terhadap
kandungan kerana kebanyakan murid-murid yang dihasilkan oleh sistem pendidikan di
negara kita tidak dapat berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan masalah dalam
kehidupan yang sebenar.
Kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji hubungan diantara kemahiran berfikir secara
kritikal dan pencapaian murid kerana kita sedia maklum terdapat murid yang mendapat
keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan tetapi apabila masuk ke dunia sebenar
mereka tidak dapat mnyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan seharian.
Manakala terdapat juga pelajar yang tidak mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan tetapi masih mempunyai kemahiran berfikir kritkal yang tinggi. Selain itu,
dapatan dari kajian ini dapat membantu menyokong kajian-kajian sebelum ini iaitu
perkaitan hubungan diantara pemikiran kritikal dan pencapaian murid .
Masalah Kajian:
Kajian ini dijalankan untuk mengukur kebolehan berfikir secara kritikal dan
hubungannya dengan pencapaian murid. Kebolehan pemikiran kritikal murid akan diuji
menggunakan Watson Glaser Critical Thinking Appraisal dimana murid akan diuji dari
beberapa aspek iaitu kemahiran membuat inferens, mengenalpasti andaian, deduksi,
membuat intepretasi dan menilai hujah. Satu ujian berkaitan Tajuk : Adaptasi Haiwan
terhadap persekitaran ditadbir kepada murid untuk menilai tahap penguasaan murid.

Persoalan Kajian:

1. Apakah tahap kebolehan pemikiran kritikal murid-murid tahun 4 yang diukur
dengan Ujian Watson Glaser Critical Thinking Appraisal dalam Tajuk: Adaptasi
Haiwan Terhadap Persekitaran?
2. Apakah tahap penguasaan murid terhadap Tajuk: Adaptasi Haiwan terhadap
Pesekitaran?
3. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan diantara kemahiran berfikir kritikal
murid dengan pencapaian murid dalam Tajuk: Adaptasi Haiwan terhadap
Pesekitaran?

Tujuan Kajian:
Mengkaji hubungan diantara tahap pemikiran kritikal murid dengan pencapaian murid di
dalam topik: Adaptasi Haiwan Terhadap Persekitaran.



Objektif kajian:

1. Menentukan tahap berfikir kritikal murid-murid tahun 4 di sebuah sekolah di
Lawas Sarawak yang diukur menggunakan Ujian Pemikiran Kritikal Berdasarkan
Konstruk Di dalan Ujian Pemikiran Kritikal Watson Glaser (WGCTA).
2. Menentukan tahap penguasaan murid dalam Tajuk : Kemahiran Proses Sains
3. Menentukan hubungan diantara Kemahiran Berfikir Kritikal dan pencapaian
murid dalam Topik: Kemahiran Proses Sains

Hipotesis Kajian:

H
01
: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran berfikir kritikal
membuat inferens dan pencapaian murid.
H
02
: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran berfikir mengenalpasti
andaian dan pencapaian murid.
H
03
: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran berfikir kritikal deduksi
dan pencapaian murid
H
04
: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran berfikir kritikal
interpretasi dan pencapaian murid
H
05
: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran berfikir kritikal menilai
hujah dan pencapaian murid.



Signifikan Kajian:
Kajian ini adalah signifikan kerana perkembangan pendidikan masa kini yang
mementingkan kemahiran berfikir kritikal harus diterapkan didalam diri murid. Ini kerana
cabaran alam pekerjaan masa kini yang sangat hebat. Kajian ini dapat membantu
masyarakat merenung kembali tentang adakah pencapaian akademik sahaja yang
harus dijadikan ukuran untuk seseorang itu. Seseorang dianggap akan dapat
membekalkan tenaga pekerjaan yang baik jika mempunyai pancapaian akademik yang
baik. Sedangkan pada masa kini pencapaian akademik sahaja tidak cukup untuk
memastikan seseorang itu dapat menjadi murid yang baik dan dapat menyumbang
kearah kemajuan dan perkembangan negara kita.

Persampelan:

Sampel dipilih berdasarkan teknik persempelan Morgan dan Kredjie iaitu sampel dipilih
seramai 22 orang murid-murid tahun 4 di sebuah sekolah di Lawas Sarawak dengan
ralat 1.0 dan kebolehpercayaan sebanyak 95 peratus.

Metadologi Kajian:
Kaedah Pengumpulan data:
Setelah reponden dipilih , satu Ujian Kemahiran Berfikir Kritikal Watson Glaser ditadbir
kepada murid dan keputusan akan dianalisis..
Seterusnya Ujian Pencapaian Murid dalam Topik: Adaptasi Haiwan Terhadap
Persekitaran ditadbir kepada responden dan keputusan akan dianalisis
Kemudian, hipotesis null diuji dengan menggunakan t-test dan ujian korelasi Pearson
untuk menentukan samada terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran
berfikir kritikal dan pencapaian murid .

Anda mungkin juga menyukai