Anda di halaman 1dari 4

HBEF2503- T1A4 2014

1

ISI KANDUNGAN


















BIL

TAJUK

MUKA SURAT


1.0

Jurnal Reflektif

02
HBEF2503- T1A4 2014

2

1.0 JURNAL REFLEKTIF
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kehendak-Nya jualah saya dapat
menyiapkan tugasan HBEF2305 ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua kawan-kawan yang terlibat dalam penghasilan tugasan ini
baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semangat tolong menolong dan kerjasama
semua pihak sepanjang saya menghasilkan tugasan ini adalah sangat memberangsangkan.
When we do the best we can, we never know what miracle is brought in our life or in the life
of other.
Helen Keller
Guru merupakan medium perantara antara pendidikan dan juga murid. Dewasa ini,
guru menjadi pemudah cara kepada murid terutama dalam menyampaikan ilmu
pembelajaran. Kita didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh
digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada murid. Dengan adanya kaedah dan teknik-
teknik ini, guru dapat menyampaikan pengetahuan mereka kepada murid dalam bentuk yang
lebih mudah dan menarik. Hal ini turut dinyatakan oleh Helen Keller. Menurut beliau,
sebagai seorang guru, kita telah mencuba sebaik mungkin yang kita boleh tanpa mengetahui
apa keajaiban yang akan berlaku kepada kehidupan kita mahupun kehidupan orang lain.
Pengalaman mengajar murid di kelas perdana dan juga murid berkeperluan khas
banyak menunjukkan perbezaan terutama dari cara penyampaian pengajaran dan pendekatan
guru kepada murid. Proses pengajaran di kelas pendidikan khas memerlukan tahap kesabaran
dan daya kreativiti yang tinggi. Hal ini kerana tahap tumpuan murid berkeperluan khas adalah
sangat singkat berbanding dengan murid normal di kelas perdana. Kepelbagaian bentuk
aktiviti pengajarandi dalam kelas dapat membantu menarik perhatian dan tumpuan murid
dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
Sebelum saya menjalankan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, saya mendapati murid-murid kurang memberi perhatian dan sering hilang tumpuan
dalam semasa saya menjalankan pengajaran. Masalah yang dihadapi ini membuatkan saya
sedikit runsing dan memikirkan bentuk pengajaran yang sesuai dalam mengatasi masalah ini.
Hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan, akhirnya saya membuat keputusan untuk
menggunakan bahan interaktif dalam pengajaran saya di dalam kelas. Antara bahan interaktif
yang digunakan ialah perisian powerpoint dan CD interaktif yang sedia ada.
HBEF2503- T1A4 2014

3

Pelaksanaan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu
perubahan yang positif terutama kepada murid berkeperluan khas. Perubahan ini dilihat dapat
member impak yang positif kepada murid terutama dalam meningkatkan prestasi
pembelajaran mereka dan juga tahap tumpuan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Pelbagai bahan saya rujuk untuk mengetahui apa kebaikan
bahan interaktif yang saya gunakan. Hasil rujukan ini banyak member input baru kepada saya
khususnya dalam mendalami ilmu pendidikan khas. Dengan adanya pengetahuan ini sedikit
sebanyak saya dapat memikirkan apa inovasi yang boleh saya lakukan dalam pengajaran
yang saya lakukan. Pelaksanaan inovasi ini dijalankan secara berperingkat bermula dari
perubahan inovasi yang paling minimum hingga kepada perubahan inovasi yang maksimum.
Sepanjang melaksanakan kajian ini, pelbagai kekangan yang saya hadapi. Antaranya
dalam menyediakan melaksanakan bahan interaktif, menyediakan borang-borang yang
berkaitan dengan kajian dan tempoh pelaksanaan kajian. Kekangan yang dihadapi ini
membuatkan saya kurang bersemangat pada awalnya untuk meneruskan kajian. Namun
selepas mendapatkan bimbingan daripada pensyarah pembimbing dan juga rakan-rakan,
akhirnya kekangan yang saya hadapi ini diambil secara positif dalam membawa pembaharuan
dalam pendidikan.
Pelaksanaan kajian ini memberi peluang kepada saya untuk mendalami masalah yang
dihadapi oleh murid berkeperluan khas, Seperti mana yang kita maklum, murid berkeperluan
khas terdiri dari pelbagai bentuk masalah dan karenah dalam kelas pendidikan khas.
Kepelbagaian karenah ini mendorong saya untuk menjadi lebih kreatif dalam merancang dan
menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya peluang seperti ini, saya
dapat mempelajari pendekatan pengajaran yang sesuai dengan keperluan murid.
Melihat perubahan yang ditunjukkan oleh murid membuatkan saya gembira dan yakin
dengan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan. Saya juga mendapati tahap
tumpuan murid menjadi semakin meningkat dan mereka lebih berminat untuk mengikuti
pembelajaran. Malah tahap pencapaian mereka juga meningkat daripada ujian yang
sebelumnya.
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan
perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat
sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di
sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah
HBEF2503- T1A4 2014

4

Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam
mencapai Wawasan 2020. Oleh yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh
semua guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan atau pelaksanaan
dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak
memberangsangkan. Itulah tugas dan tanggungjawab seorang insan yang bergelar guru.

Anda mungkin juga menyukai