Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN SUKAN KEPADA NEGARA

SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan


dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan
bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan
di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan
antara program yang sangat penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-
tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai
kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan rumahkan
oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk
memartabatkan sukan di mata masyarakat.
Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang
sememangnya berbibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang
berkilauan dan memancar membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti
Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia
berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan.
Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain menmanfaatkan
peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing.
Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet
sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka
mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.
Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang
lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian
kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan
pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan
lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan
yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana untuk pembagunan
sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan
negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang
lebih banyak memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.
Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam
mempamilkan skil-skil permainan dan kemahiran tertentu dalam acara masing-
masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan
kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia mengambil berat
terhadap pembagunan sukan dan perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara
yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan jangka panjang.
Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan
meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

Anda mungkin juga menyukai