Anda di halaman 1dari 3

Implikasi Teori PerkembanganKepada Guru

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian,


Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri,
Membantu pendidik merancang objektif danmatlamat pembelajaran yg sesuai
Merumus langkah supaya pelajarnya mencapaimatlamat dan objektif pembelajaran yg
ditetapkan.

Meramal tingkah laku, kegemaran dan apayg tidak disenangi pelajar pada peringkatumur
tertentu.
Merancang peneguhan yg sesuai dlm usahamengawal tingkah laku dan memotivasikanpelajar.
Merancang pengajaran dan pembelajaran ygsesuai dgn tahap perkembangan pelajar.
Prihatin dan sabar dlm membimbingpelajar.

Merancang aktiviti pengajaran danpembelajaran yg sesuai dgn tahappertumbuhan
dan perkembangan pelajar.
Membuat intervensi utk mengatasi masalahpembelajaran pelajar.
Berbincang dgn ibu bapa tentang langkahyg perlu dilakukan utk sama-sama mengatasi
masalah pelajar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan Tutorial
Dua, faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu fakor endogen dan
faktor eksogen, manakala bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula baka dan persekitaran
merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor bermaksud faktor dalaman
semenjak individu dalam kandungan hingga lahir ( pembawaan dan keturunan ). Baka menurut
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak pula merujuk
kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada ibu bapa mengandungi gen-gen tersebut.
Maka, ia akan menguasai perkembangan manusia dan adalah unik dan berbeza bagi setiap
individu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi
oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan
warna mata. Di sini pengaruh genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-
anak mereka juga mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak
sebaya mereka. Menurut buku Psikologi Kanak-kanak hasil dapatan dari laman
web http://www.pts.com.my, kemahiran kanak-kanak menggunakan jari juga merupakan contoh
yang dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering
kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat
dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai
contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap
sendirian bagi menyelesaikan masalah itu
Faktor eksogen menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor pula ialah faktor dari luar individu
( pengalaman dari persekitaran ). Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman
seseorang individu yang akan hadapi rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia
berada. Persekitaran juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Persekitaran
sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan dan gaya hidup ibu. Sebagai contoh, ibu
merokok semasa anak di dalam kandungan , rawatan yang diterima ibu serta usia dan keadaan
emosi ibu semasa anak dalam kandungannya. Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap
pendidikam keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran
dunia adalah antara penyumbang kepada pengalaman selepas kelahiran seseorang individu.
Menurut model ekologiBronfenbrenner, peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi
individu terbahagi kepada lima peringkat, iaitu peringkat mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem dan kronosistem.
Lapisan mikrosistem, merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada
aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Kebanyakan kanak-kanak,
mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut
akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang sering berlaku di pusat asuhan taska,
tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini,
kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem
semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti
tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakat dalam berinteraksi antara dua individu
berlainan dalam satu kelompok yang sama.
Lapisan mesosistem pula terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan
dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya.
Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan
mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila adanya sokongan dan kestabilan mikrosistem.
Lapisan eksosistem pula menerangkan perbezaaan dengan peringkat lapisan yang lain.
Dalam peringkat ini, kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di dalam lapisan ini, tetapi
secara tidak langsung organisasi tersebut seperti keluarga dan saudara mara mempengaruhi
perkembangan mereka.
Lapisan makrosistem pula merupakan satu konteks budaya atau kelas sosial yang
terkandung mikrosistem, mesosistem, dan eksosistem. . Ia adalah ideologi yang benar-benar luas
dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut dianggap pada
diri mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usaha dan capai akhirnya. Dengan ini, di antara
sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai
pendirian atau corak budaya tersendiri.
Lapisan terakhir pula adalah lapisan kronosistem. Lapisan ini merupakan peringkat yang
menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan ekologinya boleh
memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Sebagai contohnya, kehadiran anak baru
dalam sesebuah keluarga akan membawa kepada perubahan dan memberi kesan kepada
perkembangan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai