Anda di halaman 1dari 15

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML3103
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SEMESTER JANUARI 2015

NO. MATRIKULASI

781028135033001

NO. KAD PENGNEALAN

781028-13-5033

NO. TELEFON

019-8195296

E-MEL

wwzack78@yahoo.com
/wwzack78@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

: OPEN UNIVERSITY

MALAYSIA
KUCHING SARAWAK

AMBILAN
SEPTEMBER 2012

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Isi kandungan

Muka surat

....
1.0

Pengenalan

2.0

Maklumat Tentang Cerpen Kajian.


2.1
Tajuk Cerpen
2.2
Biodata Penulis
2.3
Sumber Cerpen
2.4
Sinopsis Cerpen

4
4
4
5
5

3.0

Analisis Cerpen
3.1
Tema dan Persoalan`
3.2
Plot
3.3
Watak dan Perwatakan
3.4
Gaya Bahasa
3.5
Nilai dan Pengajaran

6
6
7
7
9
10

4.0

Lima Prinsip Kesesuaian Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran

11

5.0

Rumusan

13

Rujukan

14

1.0

Pengenalan

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Dewasa ini, perubahan dalam dasar menggerak kemajuan di negara kita semakin terasa. Arus
transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan dilihat sebagai pemberi impak hebat terhadap
hampir kesemua aspek kehidupan rakyat Malaysia termasuklah aspek pendidikan. Perubahan
yang ditakrifkan sebagai transformasi terhadap pendidikan itu telah memperkenalkan dua
kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga Kurikulum
Standar Sekolah Menengah (KSSM) yang telahpun menggantikan kurikulum lama sebelum ini.
Menyebut tentang perubahan kurikulum ini, pengajaran bahasa di sekolah sangat berasa
tempiasnya bila mana pengajaran berbantukan sastera atau melibatkan karya sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih ditekankan.
Berdasarkan kenyataan di atas maka suatu kerja kursus untuk mengkaji sebuah cerpen
telahpun diberikan untuk menilai sejauh manakah kemampuan sesebuah karya sastera dalam
bahasa Melayu untuk menyahut cabaran sebagai bahan pengajaran yang baik dan efektif untuk
pengajaran dan pembelajaran sastera di dalam kelas. Selain daripada mengkaji aspek sastera
dalam cerpen berkenaan, kerja kursus ini juga meminta diberikan huraian berkaitan kesesuian
cerpen berkenaan dalam menepati lima prinsip kesesuai bahan sastera sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran bahasa di dalam kelas.
Untuk tujuan tersebut, sebuah cerpen yang bertajuk Kuih Bakul Limau Mandarin hasil
tulisan Mohd Helmi bin Ahmad iaitu sebuah cerpen yang telah dihasilkan pada tahun 2011 dan
dipilih sebagai salah satu cerpen dalam buku teks KOMSAS Tingkatan Satu Tahun 2015 telah
dipilih sebagai cerpen kajian dalam kerja kursus ini. Jadi, ikutilah kupasan dan huraian yang
selanjutnya berkaitan kerja kursus ini dalam perenggan selanjutnya.

2.0
2.1

Maklumat Tentang Cerpen Kajian.


Tajuk Cerpen
3

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Kuih Bakul Limau Mandarin

2.2

Biodata Penulis

Penulis cerpen ini bernama Mohd Helmi Bin Ahmad yang berasal dari Alor Setar, Kedah Darul
Aman. Beliau lahir di Alor Setar pada tahun 1986. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Haji Hassan Itam pada tahun 1993 hingga tahun 1998 kemudian menyambung
pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dari tahun
1999 hingga tahun 2005. Selepas tamat persekolahan peringkat menengah beliau seteerusnya
melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), di
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia antara tahun 2006 hingga
2009. Selepas menamatkan ijazah sarjana muda pengajian belaiau diteruskan dengan mengikuti
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR)-Pengajian Bahasa Melayu di Institut Pendidkan Guru
Malaysia Kampus Perlis(2010). Kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Batang Kali, Batang Kali
Selangor.
Belaiu merupakan seorang guru yang bergiat aktif dalam bidang penulisan kreatif sama
ada dalam penulisan cerpen, puisi, rencana dan ulasan buku. Cerpen, puisi, rencana dan ulasan
buku yang beliau buat sering mendapat tempat dalam akhbar tempatan dan majalah seperti Berita
Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Harian Metro, Bacaria, Mingguan
Warta Perdana, Media Terkini, Metro Perdana, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan
Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Tamadun Islam, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Siswa,
Dewan Pelajar, Jelita, Wanita, Harmoni, Perempuan, Era Muslimah, Aniqah, Anis, Mingguan
Wanita, Fardhu Ain, Seri Dewi & Keluarga, Fokus SPM dan URTV.
Dari segi pencapaian pula, beliau banyak memenangi anugerah hasil daripada
pengikhtirafan terhadap penulisan beliau. Antara pencapaian-pencapaian yang dimaksudkan
ialah memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU)
Kategori Cerpen Remaja Bunga Telur Kenduri Kahwin (2010). Cerpen "Rancanganku
Rancangan-Mu" tersenarai 20 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan UtusanExxonMobi (HSKU) 2010 Kategori Cerpen Remaja. Cerpen Akhir Sebuah Doa telah

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

memenangi Tempat Kedua kategori cerpen dalam Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi ASASI
2011, anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI).
Puisi Layang-layang Impian telah mendapat Sagu Hati kategori puisi dalam Sayembara
Menulis Cerpen dan Puisi ASASI 2011, anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI).
Memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU)
Kategori Cerpen Remaja Kuih Bakul Limau Mandarin (2011). Cerpen "Piala Penentuan"
tersenarai 16 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobi
(HSKU) 2012 Kategori Cerpen Remaja.
Cerpen "Cikgu" tersenarai 16 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan-ExxonMobi (HSKU) 2012 Kategori Cerpen Remaja. Cerpen Dunia Pilih Kasih telah
memenangi Tempat Ketiga dalam Sayembara Cerpen Anis 2012/2013, anjuran Majalah Anis.
Memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU)
Kategori Cerpen Remaja Rombongan Masuk Jawi (2012). Cerpen "Kuih Bakul Limau
Mandarin" telah dipilih menjadi teks antologi Komponen Sastera (KOMSAS -Kuingin Berterima
Kasih)Tingkatan 1 mulai 2015.

2.3

Sumber Cerpen

Buku Teks KOMSAS Tingkatan 1 dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih.

2.4

Sinopsis Cerpen

Menceritakan tentang seorang ibu iaitu Sim Pau yang gembira apabila menerima panggilan
telefon daripada anaknya Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita itu tidak
menyenangkan Lim Pooi iaitu bapa yang masih marah terhadap anak perempuannya itu. Anak
bongsu keluarga berbangsa Cina tersebut dikatakan punca segala malapetaka yang dialami
keluarga termasuklah kematian anak lelaki mereka iaitu Lim Foong. Si ibu iaitu Sim Pau yang
selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terperanjat apabila
ditentang dengan berani oleh isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca
5

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

kematian Lim Foong. Lim Pooi akhirnya insaf terhadap kesalahannya. Sehari sebelum Tahun
Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka
berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

3.0

Analisis Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin.

3.1

Tema dan persoalan

Tema bagi cerpen ini ialah tentang pertalian kekeluargaan yang kembali erat. Buktinya Lim Pooi,
Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan
konflik yang melanda mereka.
Manakala persoalan yang diketengahkan oleh penulis dalam cerpen ini ialah tentang
kepercayaan kepada perkara kolot iaitu Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng
membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya. Selain itu, penulis juga mengutarakan
persoalan tentang keegoan seorang ayah dalam melayani anak iaitu Lim Pooi tidak mahu
menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala
kesedihannya. Selain itu, penulis juga menyelitkan persoalan tentang keberanian menyuarakan
pendapat seperti Sim Pau yang berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang
berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong. Akhir sekali, persoalan tentang keinsafan seorang
bapa juga penulis ketengahkan dalam penulisan cerpen ini. Contoh yang boleh dilihat dalam
menyetuh persoalan ini ialah apabila Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng
setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

3.2

Plot

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Di dalam sesebuah karya sastera penulisan kreatif terdapat beberapa peringkat yang
menggambarkan plot bagi sesebuah karya yang hendak disampaikan. Peringkat yang pertama
dalam sesebuah cerpen dikenali sebagai permulaan atau eksposisi cerita. Bagi cerpen ini
permulaan atau eksposisinya ialah apabila Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim
Meng yang mahu pulang beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi.
Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
Seterusnya pada peringkat yang kedua iaiatu peringkat perkembangan penulis
menceritakan tentang Lim Pooi yang menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa
keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara
mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari
kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta
maaf kepada Lim Meng.
Peringkat ketiga pula iaitu peringkat klimaks yang mana penulis mengetengahkan kisah
tentang Lim Meng yang telah pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan yang
erat. Namun kelakuan bapanya itu tidak dapat membuang rasa ragu-ragu tentang penerimaan
bapanya terhadap dirinya.
Peringkat yang seterusnya iaitu pada peringkat peleraian, penulis yang menggunakan
persoalan keinsafan seorang bapa telah menyediakan sebuah cerita kesudahan yang gembira iaitu
melalui contoh cerita Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan
dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya.
Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

3.3

Watak dan Perwatakan

Watak utama dalam cerpen ini ialah Sim Pau. Sim Pau merupakan isteri kepada Lim Pooi, ibu
kepada Lim Lim Foong dan Lim Meng. Dari segi perwatakannya, Sim Pau merupakan seorang
yang berani menyatakan kebenarannya. Ini ditunjukkan dengan situasi Sim Pau berani
menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi. Selain itu,
Sim Pau juga sebuah watak yang penyabar. Ini jelas digambarkan dengan petikan cerpen
7

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran
Lim Meng. Walaupun begitu, Sim Pau juga memiliki perwatakan seorang yang perasa atau
sensitif pada kata-kata yang tidak baik. sebagai contoh, Sim Pau mengalirkan air mata apabila
mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
Watak kedua dalam cerpen ini ialah Lim Pooi iaitu suami kepada Sim Pau serta ayah
kepada Lim Foong dan Lim Meng. Merupakan watak yang berbadan kurus, bermata kuyu dan
bermuka cengkung. Perkara yang paling ketara dalam perwatakan Lim Pooi ialah seorang yang
suka berdendam. Ini dapat dilihat melalui sikap Lim Pooi yang mendendami Lim Meng yang
dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong. Selain itu, Sim Pooi juga
memiliki perwatakan seorang yang ego. Sebagai contoh, Lim Pooi bersikap ego dan tidak
mengakui Lim Meng sebagai anaknya. Sim Pooi juga digambarkan sebagai seorang peniaga
yang tamak yang mana pernah menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang
mahal untuk mengaut keuntungan berganda.Pemarah juga mewarnai perwatakan Lim Pooi yang
mana sering merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.
Walau bagaimanapun, akhirnya Lim Pooi menginsafi kesalahan dirinya iaitu selepas bertengkar
dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.
Seterusnya watak yang ketiga dalam cerpen ini ialah Lim Meng. Lim Meng merupakan
seorang perempuan iaitu anak bongsu daripada dua adik beradik kepada Lim Pooi dan Sim Pau.
Merupakan seorang yang memiliki perwatakan yang bertanggung jawab yakni Lim Meng
mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.Ini
menunjukkan betapa rasa kebertanggungjawaban terhadap keselamatan adiknya. Selain itu, Lim
Meng juga merupakan seorang yang suka mengalah. Ini boleh ditunjukkan apabila Lim Meng
mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa
Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong. Seterusnya, watak Lim Meng merupakan seorang yang
pemaaf. Contohnya, Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.
Watak seterusnya iaitu watak keempat dalam cerpen ini ialah Lim Foong. Lim Foong
merupakan anak sulung daripada dua beradik serta merupakan anak lelaki tunggal kepada Sim
Pau dan Lim Pooi. Merupakan anak kesayangan Lim Pooi sehingga kematiannya menyebabkan
Lim Pooi mendendami anak perempuan yang dianggapnya sebagai punca kematian anaknya itu.

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Selain itu, Lim Foong juga merupakan seorang kaki judi. Akhirnya watak Lim Foong ini mati
lemas di sungai.
Watak terakhir dalam cerpen ini ialah Sudin. Sudin merupakan orang kampung yang
mempunyai sifat ikhlas membantu orang dalam kesusahan. Ini dapat dilihat melalui contoh
apabila Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa
memandang bangsa.

3.4

Gaya Bahasa

Dalam penulisan cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin ini penulis telah menggunakan simpulan
bahasa bagi menunjukkan perasaan dendam kesumat wataknya. Contoh penggunaan simpulan
bahasa dalam cerpen ini ialah Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Selain penggunaan simpulan bahasa, penulis juga menggunakan perbahasa dalam
penulisan cerpen ini. Sebagai contoh penggunaan perbahasa ialah melalui petikan cerpen Dia
bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang
terlalu mengikut perasan.
Penggunaan sinkof juga wujud dalam gaya bahasa cerpen ini oleh penulis. Contohnya,
Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini. Contoh yang kedua ialah Anak aku dah
mati.
Penggunaan gaya bahasa personifikasi juga dapat dikesan digunakan oleh penulis dalam
cerpen ini. Contoh penggunaan gaya bahasa personifikasi dalam cerpen ini ialah Segala
kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab
telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya. Contoh lain wujud gaya bahasa personifikasi
ialah Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira
yang baru berputik di hati Sim Pau.
Penulis juga menggunakan penulisan gaya bahasa simile dalam penulisan beliau. Gaya
bahasa simile boleh dikesan dalam petikan cerpen dan contoh-contoh berikut membuktikan

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

wujudnya gaya bahasa simile dalam cerpen ini iaitu Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun
yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

3.5

Nilai dan Pengajaran

Terdapat beberapa nilai yang terdapat dalam cerpen ini yang digarap dan diadun sempurna oleh
penulis. Antara nilai tersebut ialah nilai keberanian. Nilai keberanian ini ditunjukkan apabila Sim
Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.
Selain itu, terdapat juga nilai keikhlasan dalam cerpen ini seperti Sudin ikhlas membantu
menyelamatkan Lim Meng daripada lemas. Selanjutnya nilai yang paling ditekankan dalam
cerpen ini ialah nilai kasih sayang. Nilai ini jelas dipaparkan apabila Lim Meng mencuba
menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.
Dari segi pengajaran pula, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita kutip daripada
cerpen ini. Antara pengajaran yang boleh diungkapkan daripada cerpen ini ialah tidak boleh
berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Ini boleh ditunjukkan melalui sikap
Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian
Lim Foong. Akibat daripada prasangka buruk itu menyebabkan berlakunya perselisihan antara
mereka dan ini telah merosakkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, pengajaran yang kedua
daripada cerpen ini ialah kita mestilah bersikap jujur. Kejujuran dalam erti kata mengamalkan
sikap berterus terang dalam segala aspek kehidupan. Ini boleh ditunjukkan dengan sikap Lim
Meng yang jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan
oleh Lim Foong. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak
bermoral. Sikap tidak bermoral akan hanya mendatangkan kerrugian serta bencana terhadap diri
serta keluarga. Ini dapat ditunjukkan melalui situasi yang dialami oleh Lim Foong yang suka
berjudi menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.

10

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

4.0

Lima Prinsip Kesesuaian Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran

Dari segi prinsip pula, terdapat lima prinsip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk
memilih bahan kesusasteraan seperti cerpen sebagai bahan pengajaran bahasa. Lima prinsip
tersebut adalah seperti berikut:
(i) Sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran;
Bahan seperti cerpen hendaklah sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, katakanlah objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut merupakan aktiviti
mengesan nilai- nilai murni serta pengajaran dalam petikan karya sastera maka teks cerpen
adalah antara pilihan yang paling tepat. Sebaliknya jika guru menetapkan objektif pengajaran
dan pembelajaran pada hari tersebut adalah menulis karangan fakta maka cerpen tidak sesuai
dijadikan bahan pengajaran. Bagi cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, cerpen ini sarat dengan
nilai murni dan pengajaran yang amat sesuai untuk pengajaran mengenal pasti nilai murni dan
pengajaran. Sebagai contoh, sikap berprasangka buruk serta percaya kepada kepercayaan karut
seperti sikap watak Lim Pooi hendaklah dijauhi seandainya ingin hidup lebih bahagia.
(ii) Berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan;
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan penglahiran insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani serti intelektualnya pastinya tidak menutup pengikhtirafan peranan sastera
dalam membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Jadi, penggunaan bahan
sastera seperti cerpen sudah tentunya berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan itu
sendiri. Hal ini boleh dikukuhkan lagi dengan pengenalan secara wajib pengajaran KOMSAS di
sekolah-sekolah di Malaysia. Selain itu, dalam cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin juga
diselitkan sikap Lim Meng yang rajin, bertanggung jawab serta pemaaf boleh menjadi teladan
kepada pembaca khususnya murid-murid untuk mengikuti jejak watak tersebut yang seimbang
dan boleh melayari kehidupannya dengan baik walaupun menghadapi dugaan daripada
kebencian ayahnya.

11

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

(iii) Sesuai dengan tahap pemikiran, umur, persekitaran;


Pemilihan bahan seperti cerpen yang sesuai dengan tahap pemikiran, umur serta persekitaran
murid amatlah penting. Guru perlu peka terhadap latar belakang murid dalam menyediakan
bahan seperti cerpen bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan bahan sastera tersebut dalam
pengajaran. Sebagai contoh, untuk kanak-kanak cerpen yang sesuai digunakan ialah cerpen yang
ada kaitan dengan cerita kanak-kanak seperti cerpen cerita binatang. Ketidaksesuaian bahan
akan menyebabkan murid tidak dapat menjiwai bahan sastera tersebut lantas menjadikan
pengajaran itu membosankan serta tidak berkesan. Di sini jelas kelihatan bahawa cerpen Kuih
Bakul Limau Mandarrin ini sesuai dijadikan bahan pengajaran kerana latar masyarakatnya
adalah berlatarkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Perayaan Tahun Baharu Cina juga
amat sinonim dengan rakyat Malaysia.
(iv) Mengandung aspek bahasa yang ingin diajarkan;
Bahan sastera seperti cerpen juga haruslah mampu untuk dijadikan bahan bantu mengajar iaitu
mengandungi aspek bahasa yang ingin diajarkan. Aspek bahasa seperti kosa kata, jenis kata dan
juga pelbagai ragam ayat amatlah penting dalam membentuk kemahiran berbahasa murid-murid.
Justeru, penggunaan bahan seperti cerpen dilihat sebagai beberapa alternatif bagi menjaddikan
pengajaran guru lebih menarik dan efektif. Merujuk kepada cerpen Kuih Bakul Limau
Mandarin, pelbagai jenis ragam ayat dan gaya bahasa yang boleh dijadikan bahan kajian oleh
murid-murid. Contohnya penggunaan peribahasa dalam cerpen ini iaitu Dia bukannya mahu
menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut
perasan, boleh digunakan untuk menarik minat murid mengkaji tentang peribahasa.
(v) Boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk membaca.
Penggunaan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah mampu untuk
menjadikan murid-murid lebih berminat terhadap aktiviti membaca. Penggunaan bahan-bahan
sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat
membaca di jiwa pelajar. Sebagai contoh penggunaan cerpen atau cerita rakyat akan dapat
membantu pelajar mengenali watak-watak, memahamkan isi cerita dan meningkatkan
perbendaharaan kata serta memupuk minat pelajar dalam bidang pembacaan. Justeru, cerpen

12

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Kuih Bakul Limau Mandarin adalah amat sesuai djadikan bahan pengajaran kerana plot
ceritanya yang menarik dan mudah akan dapat menjadikan pengajaran bahasa lebih bermaya.

5.0

Rumusan

Secara amnya, sastera dan bahasa bukanlah perkara yang boleh dipisahkan walaupun haluannya
nampak berbeza. Tanpa bahasa, sastera mungkin tidaak dapat dizahirkan begitu jugalah dengan
bahasa, tanpa sastera bahasa mungkin jumud dan membosankan. Jadi, amat wajarlah sekiranya
pengkajian sastera dibuat secara lebih serius dalam kalangan para pendidik terutama yang
menjadikan bahasa sebagai bidang keutamaannya. Ini adalah kerana kemantapan pengetahuan
serta kemahiran dalam bidang sastera akan banyak membantu guru-guru bahasa bagi membantu
memantapkan kemahiran berbahasa murid-murid mereka.
Lagipun, amalan penggunaan buku teks semata-mata dalam pengajaran bahasa sudah
tidak sesuai lagi. Sebaliknya, guru perlu mempelbagaikan sumber bahan supaya pengajaran
menjadi lebih berkesan. Dalam hal ini; cerpen, petikan novel, puisi dan petikan prosa klasik
boleh dijadikan bahan pengajaran Bahasa Malaysia.
Tuntasnya, berdasarkan pembacaan terhadap cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin
didapati bahawa pemilihan cerpen ini bagi dimuatkan ke dalam Antalogi Kuingin Berterima
Kasih dan dijadikan buku teks KOMSAS Tingkatan 1 adalah suatu keputusan yang wajar. Selain
memiliki kekuatan jalan cerita yang penuh pengajaran serta nilai murni kekeluargaan, cerpen ini
juga menyentuh tentang aspek perpaduan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang bangsa
di negara ini. Kepadatan nilai serta kekuatan gaya bahasa juga membolehkan cerpen ini dijadikan
bahan pengajaran yang sesuai di dalam mahupun di bilik darjah.
Kesimpulannya, apa yang telah selama ini diamalkan oleh para pendidik di sekolah
melalui seliaan dan pemantau pihak Kmeneterian Pelajaran Malasyia iaitu memantapkan
penggunaan bahan sastera seperti cerpen dan sebagainya dalam pengajaran bahasa di sekolah
adalah tepat dan wajar diteruskan. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang telah
dilaksanakan itu perlu ditingkatkan lagi kerana melalui sasteralah kita mengenal diri sendiri.
Jumlah perkataan: 3000 patah kata
13

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Rujukan

Abd Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu: Strategi
Pendidikan Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmod, Faziah Sulaiman, Mohd FauziAbdullah, Abdul
Hamid Mukri, & Jamilah Ahmad et. al. (2004). Modulpengajaran & pembelajaran KOMSAS
Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSR, Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSM, Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kuingin Berterima Kasih : Antologi Teks


Komponen Sastera (KOMSAS) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nadzeri Isa (2008). HBML 3103 Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

14

Wan
Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Mohd. HelmiAhmad (2014)Tetamu Istimewa :http: //mieadham86 .blogspot.com/ p /


biodata-saya.html [Online] 3 Mac 2015 01:58 p.m

15

Anda mungkin juga menyukai