Anda di halaman 1dari 14

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 3103
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL


NO KAD MATRIK: 800206025322001
NO K/P: 800206025322
NO TELEFON: 0125415059
E-MAIL: jyeina51@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: JANUARI 2015

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN

3-4

2. ANALISIS CERPEN
PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG
3.

5-9

PRINSIP-PRINSIP KESESUAIAN CERPEN SEBAGAI BAHAN


PENGAJARAN

10- 12

4. KESIMPULAN

13

5. RUJUKAN

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

1.PENGENALAN
Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan
membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan
pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat (Hashim Awang:1985). Dr Ali
Mahmood et.al.(2012), HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Open University
Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd. Sehubungan itu, komponen sastera dalam konteks pengajaran
Bahasa Melayu menggunakan karya asal yang berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada
berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional ataupun puisi tradisional. Tujuannya
untuk mengimbangi perkembangan intelek,rohani, emosi dan jasmani, di samping memaparkan
nilai-nilai kemanusiaan serta citra masyarakat.
Sebagaimana yang diketahui, cerpen ialah gabungan dua perkataan, iaitu cerita pendek.
Malahan mengikut kamus dewan(1996:236)cerpen bermaksud cerita pendek. Cerpen atau cerita
pendek ini adalah rekaan, iaitu cereka berbentuk prosa yang relatifnya pendek. Kamarudin Hj.
Husin&Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan Pengajaran,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Cerpen menjadi alat yang mencerminkan sikap, perasaan,
pandangan dan fikiran pengarang malah sebagai hasil sastera yang memberikan gambaran
tentang sesuatu zaman, sama ada peristiwa yang berhubung masalah social, politik, ekonomi dan
sebagainya. Cerpen biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus
utama atau pusat penceritaan. Dengan itu, kesan sesebuah cerpen diukur melalui reaksi emosi
pembacanya.
Dengan itu, saya memilih cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong yang
ditulis oleh Mohamed Latiff Mohamed. Cerpen ini diperolehi dari Antalogi Teks Komponen
Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5 terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka 2010 dan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Cerpen ini
mengisahkan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkat yang cacat iaitu Pungut.
Pungut yang dilahirkan cacat menyebabkan ibu kandungnya tidak mahu memeliharanya, oleh itu
neneknya telah menyerahkannya kepada Mak Timah iaitu ibu angkatnya kini. Mak Timah yang
keberatan pada mulanya , akhirnya menerima Pungut sebagai anak angkat kerana berasa kasihan
pada Pungut. Pungut yang diramalkan boleh hidup selama dua tahun sahaja oleh doktor kini
telah membesar menjadi seorang gadis yang berumur 24 tahun. Namun begitu, kecacatan Pungut
3

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

menyebabkan dia tidak dapat berdikari dan tidak tahu mengurus diri sendiri. Harapan Mak
Timah untuk melihat Pungut membesar seperti manusia biasa musnah. Malah segala
keperluannya diuruskan oleh Mak Timah walaupun ketika dia sakit, sehinggakan Mak Timah
sentiasa berdoa agar Pungut akan meninggal dunia lebih dahulu sebelumnya kerana dia tahu
bahawa pasti tiada orang yang sudi menjaga Pungut selepas kematiannya. Mak Timah sangat
sayang akan Pungut walaupun anak-anaknya yang lain tidak menyenanginya. Anak lelaki Mak
Timah mencadangkan agar Mak Timah menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, namun
dia tidak sampai hati kerana dia amat sayang akan Pungut. Mak Timah berazam akan
memelihara Pungut hingga akhir hayatnya.
Begitulah kesudahan cerpen yang digarap oleh Mohamed Latiff Mohamed yang
dilahirkan pada 20 Mac 1950 di loronng 23 Geylang, Singapura. Beliau mendapat pendidikan di
Sekolah Melayu Guillemard, Sekolah Menengah Tun Seri Lanang, Sekolah Menengah Kaki
Bukit dan Maktab Perguruan Singapura. Malahan beliau mempunyai kelulusan Certificate In
Education daripada Teachers Training College dan G.C.E peringkat A. Merupakan seorang
guru sejak 1968 hingga bersara pada tahun 2000 dan juga pernah berkhidmat sebagai penulis
khas di Institut Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura dari tahun 1982
hingga 1995. Beliau juga pernah menjalani perkhidmatan negara di Singapore Armed Forces
Training Institute (SAFTI) pada tahun 1968 dan Singapore Basic Military Training (SBMT 19711973). Beliau pernah dilantik Language Instructor untuk Pengawai-pegawai Tentera (OCT) dan
Pegawai Dokumentasi untuk Angkatan Udara, di Changi Air Base. Bidang penulisan beliau ialah
sajak, cerpen, esei, drama dan novel malahan beliau mula menulis sejak tahun 1966.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

2. ANALISIS CERPEN PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG


Sesebuah teks sastera memiliki strukturnya yang tersendiri. Struktur adalah binaan
elemen-elemen seperti tema, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, teknik penceritaan
dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah karya cerpen perlulah memiliki elemen-elemen tersebut bagi
menghasilkan sebuah cerpen yang berkualiti. Tema merupakan persoalan penting yang hendak
disampaikan oleh pengarang. Menurut Sikana (1986:88), Pokok persoalan atau makna penting
dan kunci peristiwa dalam sesebuah karya. Ia mengandungi hal-hal yang bersangkutan dengan
persoalan-persoalan yang diceritakan dalam karya, pemikiran, falsafah dan premis, iaitu ideaidea utama dan penting di sebalik sesebuah karya itu. Kamarudin Hj. Husin&Siti Hajar Hj
Abdul Aziz (1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Dengan ini, tema boleh didefinisikan sebagai persoalan pokok kepada sesuatu peristiwa
berdasarkan kehidupan manusia yang dibincangkan oleh seseorang pengarang dan cuba
dinyatakan menerusi watak-watak dalam karya tersebut. Konflik dan interaksi yang timbul akan
menentukan rupa bentuk tema yang terdapat dalam sesebuah karya yang juga menyelitkan
amanat atau falsafah seseorang pengarang. Begitulah yang digambarkan dalam cerpen Pungut
Alias Zahara Alias Yap Siew Hong bertemakan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak
angkatnya yang cacat sejak masih bayi hingga dewasa dengan penuh kasih sayang. Malahan
ianya juga melibatkan persoalan perasaan kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak
angkatnya serta kepercayaan kepada qadak dan qadar kerana manusia hanya merancang tetapi
Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya.
Di sini juga mempersoalkan ketabahan seorang ibu angkat membesarkan anak angkatnya
yang cacat serta sikap tidak keperimanusiaan ibu kandung yang sanggup menyerahkan anak yang
cacat kepada orang lain dek kerana kepercayaan terhadap amalan karut seperti anak yang
membawa sial. Dari sini terlihat bagaimana tema peristiwa yang digarap oleh pengkarya dalam
menghasilkan cerpen tersebut. Ini jelas kesengsaraan hidup dan kepercayaan dalam kehidupan
manusia yang ditampilkan dalam karya cerpen tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa tema dan
persoalan amat berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-duanya diperlukan untuk menjalin
peristiwa-peristiwa yang cuba disampaikan oleh pengarang.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Selain tema, plot turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan sesebuah
karya. Ini kerana plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cereka dengan berdasarkan hukum
sebab dan akibat. Menurut Hashim Awang (1992:28), plot adalah susunan atau rentetan
peristiwa-peristiwa dalam cerita. Peristiwa-peristiwa itu bergerak melalui masa ke suatu masa
yang lain dalam keadaan tersusun dan bersambung-sambung dari permulaan kepada
pertengahan, lalu bergerak kepada pengakhiran. Kamarudin Hj. Husin&Siti Hajar Hj Abdul Aziz
(1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dalam plot juga peristiwa itu mungkin disusun secara kronologi atau tidak kronologi. Malahan
dalam plot juga terdapat binaan plot dan teknik plot yang mana dalam binaan plot terdiri
daripada permulaan, perkembangan, puncak dan perleraian. Manakala teknik plot pula terdiri
daripada imbas kembali, imbas muka, saspens, kejutan, konflik, monolog/monolog dalaman dan
dialog.
Jika ditinjau dari segi binaan plot, cerpen ini dijalin secara kronologi dan pada bahagian
pengenalan atau eksposisi diperkenalkan watak Pungut alias Zahara alias Yap Siew Hong yang
cacat sehingga tidak mampu mengurus diri atau berdikari. Sehubungan itu, Mak Timah terpaksa
mengurus Pungut. Manakala pada bahagian perkembangannya pula, digambarkan sejak masih
bayi sehingga berumur 24 tahun, ciri fizikal dan sikap kurang upaya Pungut tidak banyak
berubah. Mak Timah berasa kesal kerana menyangkakan Pungut akan bersikap normal setelah
semakin dewasa. Namun begitu, sangkaan Mak Timah meleset kerana Pungut tidak dapat
berdikari dan mengurus diri serta semua perkara terpaksa diuruskan oleh Mak Timah sehingga
menguji kesabarannya. Pada bahagian perumitan, Mak Timah kurang mampu untuk mengurus
Pungut kerana dia sendiri sering sakit.
Namun begitu, disebabkan tiada orang lain yang sanggup menjaga Pungut, mahu tidak
mahu, dia terpaksa juga melakukannya demi memastikan Pungut senantiasa bersih dan selesa.
Pergerakan Mak Timah juga terbatas disebabkan tugas rutinnya yang terpaksa menjaga Pungut.
Puncak atau klimaks cerpen ini adalah apabila anak lelaki Mak Timah mendesak Mak Timah
agar menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat kerana tidak mahu ibunya itu bersusah
payah menjaga Pungut sedangkan dia sendiri selalu sahaja sakit. Pada tahap peleraian, Mak
Timah bertekad akan menjaga Pungut sehingga akhir hayatnya. Walau bagaimanapun, dia tidak

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

putus-putus berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut lebih dahulu sebelumnya kerana
bimbang akan hidup menderita kelak.
Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot cerita,
antaranya ialah teknik pemerian, teknik dialog, teknik imbas kembali dan teknik monolog serta
monolog dalaman. Bagi teknik pemerian ini dapat dilihat melalui pengarang memerihalkan
keadaan Pungut yang kurang upaya atau cacat, contohnya:
Kecacatannya amatlah menyedihkan. Dia pekak, bisu, dan tidak mengerti apa-apa. Makan tidak
tahu sendiri, berak kencing di situ. Bahkan jika tidak diberi makan pun dia tidak tahu cara
hendak menyuapkan makanan ke mulut.(hal.138)
Manakala teknik dialog pula dapat dilihat melalui dialog Mak Timah dengan bibik, iaitu ibu
Siew Lan bercerita tentang Siew Lan yang baru melahirkan seorang anak perempuan, contohnya:
Mengapa Bik? Mak Timah bertanya
Siew Lan, jawabnya lambat.
Mengapa Siew Lan? Tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah
melopong melihat Bibik.
Siew Lan sudah beranak, jawab Bibik. (hal.139)
Cerpen ini juga menggunakan teknik imbas kembali yang mana teknik ini adalah cara pengarang
mengenang semula peristiwa yang pernah dilaluinya. Ini dapat dilihat apabila Mak Timah
teringat kembali akan tawaran Bibik untuk menyerahkan Pungut kepadanya dengan pemberian
wang sebanyak seratus lima puluh. Contohnya:
Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau mahu. Semua duit angkat sumpah, kita
kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit. Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli
barang-barang lagaknya. (hal.140-141)
Seterusnya, teknik monolog/monolog dalaman yang ditampilkan dalam cerpen ini, di
mana Mak Timah berfikir dalam hatinya tentang ujian kesabaran yang diberikan oleh Allah
S.W.T kepadanya apabila terpaksa menjaga Pungut yang tetap sihat wal afiat walaupun dia tidak
mampu berdikari seperti orang lain. Contohnya:
Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, fikir Mak Timah. (hal.138).
Begitulah kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak dan bagi pengarang, teknik ini menjadi
alat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin, dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam
bentuk dialog.
7

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Watak dan perwatakan merupakan salah satu unsur dalaman yang cukup penting
dalam sesebuah karya seperti cerpen atau novel kerana fungsinya yang mengeratkan atau
mengembangkan plot. Terdapat dua jenis watak iaitu watak utama dan watak sampingan, yang
mana watak utama berperanan besar dalam menghidupkan dan mengembangkan cerita sesebuah
karya. Watak sampingan pula merupakan watak pembantu yang juga berperanan menghidupkan
suasana dalam sesebuah karya. Dalam cerpen ini watak utama dipelopori oleh Mak Timah iaitu
ibu kandung Katijah dan Munah serta ibu angkat kepada Zahara binti Muhamad alias Yap Siew
Hong. Merupakan seorang yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, mengambil berat serta
mesra dengan jiran tetangga. Manakala watak-watak sampingan adalah terdiri daripada Katijah,
Munah, anak lelaki/anak bungsu Mak Timah, dan Bomoh Dollah yang memainkan peranan
dalam menghidupkan karya tersebut.
Jika diteliti dari gaya bahasa pula, ianya merupakan aspek penggunaan bahasa yang
bersifat khusus dan berbeza antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain. Perbezaan
cara berbahasa ini menimbulkan suatu keindahan dan pengungkapan makna yang tersendiri.
Antara gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini ialah peribahasa yang
dapat dilihat pada halaman 140 Semua duit angkat sumpah kita kasi dan pada halaman 141,
Setelah pergi ke mahkamah membuat surat sumpah, rasmilah anak Siew Lan menjadi anak
angkat Mak Timah. Selain itu, simile turut digunakan dalam penulisan cerpen ini, contohnya
pada halaman 137 Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdengungdengung. Manakala, perulangan atau repetisi dapat dilihat pada halaman 138, Sangat kecil,
sangat halus dan Jantungnya kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil. Dalam
pada itu juga pengarang turut menggunakan gaya bahasa sinkope yang mana dapat dilihat pada
halaman 139, Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik, Bibik memberi keterangan lanjut.
Begitu juga dengan penggunaan hyperbola dan bahas slanga yang turut dipaparkan dalam
penulisan cerpen ini. Dari segi hyperbola pembaca dapat mengesannya pada halaman 138,
Sehari suntukla dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri,
manakala bahasa slanga pada halaman 139, Mana datok Bibik pergi tengok?.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Pengajaran ialah peringatan, pedoman, perutusan, amanat atau mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca atau penonton. Begitu juga
dengan nilai-nilai yang ingin disampaikan oleh pengkarya dalam membangkitkan perasaan serta
muasabah diri terhadap karya tersebut untuk dijadikan teladan. Dalam cerpen ini, nilai yang
ditonjolkan adalah seperti kasih sayang, belas kasihan, amanah, kecekalan dan tanggungjawab
seorang insan. Ini dapat dilihat melalui kesanggupan Mak Timah mengambil Pungut sebagai
anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang cacat dan tidak diterima oleh keluarga
kandungnya. Malahan Mak Timah sanggup menghadapi pelbagai dugaan dengan cekal
sepanjang memelihara Pungut jelas menunjukkan nilai kecekalan dalam diri Mak Timah.
Manakala pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerpen Pungut alias Zahara alias Yap Siew
Hong, adalah kita mesti bersifat penyayang terhadap sesama insan tanpa mengira seseorang itu
normal atau cacat. Contohnya Mak Timah amat menyayangi anak angkatnya, Pungut walaupun
Pungut cacat. Dalam pada itu juga pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerpen tersebut
ialah bersimpati, tabah serta amanah dan ikhlas yang ditonjolkan oleh pengkarya.

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

3. PRINSIP-PRINSIP KESESUAIAN CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN.


Menurut Kamarudin Husin, 1998: Pemilihan bahan kesusasteraan untuk pengajaran
bahasa, sama ada di peringkat rendah ataupun menengah perlu dilakukan menerusi perspektif
bahan dan prinsip pemilihan bahan. Dr Nadzeri Isa (Ogos 2013), HBML3103 Pengajaran
Komsas dalam Bahasa Melayu, Open University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd. Oleh itu,
beberapa prinsip perlu diberi perhatian oleh guru dalam pemilihan cerpen yang akan dijadikan
sebagai bahan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat lima prinsip yang boleh digunakan
sebagai panduan untuk pemilihan bahan pengajaran bahasa yang berasaskan aspek sastera.
Antaranya ialah sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran, berkaitan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sesuai dengan tahap pemikiran, umur dan persekitaran,
mengandungi aspek bahasa yang ingin diajarkan dan memotivasikan pelajar untuk
membaca.
Dalam pemilihan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ianya perlulah
sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang diketahui, seseorang
guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran objektif pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan utama. Setiap bahan yang hendak dipilih perlulah berdasarkan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Sekiranya objektif yang ingin
ditampilkan menekankan nilai murni, maka cerpen yang dipilih haruslah mengandungi unsurunsur nilai yang boleh diterapkan dalam diri pelajar. Contohnya seperti cerpen Pungut alias
Zahara alias Yap Siew Hong yang memberi penekanan terhadap nilai kemanusian dalam
sesebuah masyarakat dan seseorang individu. Ini dapat dilihat bagaimana sayangnya Mak Timah
terhadap Pungut walaupun Pungut cuma anak angkat. Dari sinilah kita akan dapat menyesuaikan
sesuatu bahan cerpen berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran kita.
Selain itu, cerpen yang dipilih juga haruslah berkaitan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mana bahan yang dipilih harus mampu memupuk nilai murni dalam kalangan
pelajar. Ini adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani. Ini dapat
dilihat bagaimana masyarakat Melayu dan Cina saling membantu seperti yang digambarkan
dalam cerpen Pungut alias Zahara alias Yap Siew Hong, dimana Mak Timah sanggup
mangambil Punggut sebagai anak angkat walaupun berlainan agama dan bangsa. Elemen cerpen
10

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

yang seperti inilah yang perlu diterapkan oleh guru dalam memupuk semangat kemasyarakatan
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui cerpen ini juga, ianya dapat
membangkitkan emosi pelajar tehadap nilai negatif yang mempercayai kepercayaan karut seperti
membawa sial.
Ketiganya adalah sesuai dengan tahap pemikiran, umur dan persekitaran murid yang
mana seperti saranan B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid dan Arbaie ujud,
2001) aspek psikologi perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan minat dan sikap pelajar
dalam kesusasteraan. http://ipgktb.edu.my/pm/articles.php?article_id=4.

Malahan

pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi murid akan memudahkan murid
memahami isi karya cerpen yang guru sampaikan. Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan
seperti di luar dari latar belakang dan budaya pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi kurang berkesan atau tidak berkesan sama sekali. Dalam pada itu juga bahan yang
dipilih juga hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar atau pun bermula
daripada konkrit kepada yang abstrak. Selain terdapatnya urutan kronologi dalam sesebuah
cerpen dan ianya disusun berdasarkan strategi yang telah dirancang oleh guru. Ini dapat dilihat
melalui pemilihan cerpen Satu Ringgit sebagai bahan pengajaran bagi murid darjah enam. Ini
kerana cerpen ini berkisarkan kehidupan masyarakat yang ketika kanak-kanak beliau dilatih
berpuasa oleh ibu bapanya secara berperingkat-peringkat dengan dorongan bapa saudaranya
yang memberi upah satu ringgit setiap hari dia berpuasa. Dengan ini murid akan lebih
memahami cerpen tersebut dan lebih menghayati dari segi watak dan nilai-nilai yang diterapkan
dalam cerpen tersebut.
Seterusnya mengandungi aspek bahasa yang ingin diajarkan atau disampaikan oleh
guru. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru tidak seharusnya sewenang-wenangnya
menggunakan bahan cerpen tanpa mengetahui aspek bahasa yang terdapat dalam cerpen tersebut.
Ini adalah bagi memastikan cerpen yang dipilih tidak terlalu berat untuk murid-murid
memahaminya. Contohnya cerpen klasik amatlah tidak sesuai bagi murid-murid sekolah rendah
berbanding pelajar sekolah menengah. Ini kerana gaya bahasa klasik agak sukar difahami bagi
murid-murid sekolah rendah. Dalam pada itu juga, sesebuah cerpen yang dipilih haruslah
mempunyai gaya bahasa yang baik, unsur moral dan nilai murni yang dapat diterapkan kepada
pelajar serta teknik penceritaan yang baik.
11

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

Prinsip terakhir ialah bagaimana cerpen yang dipilih dapat memotivasikan pelajar untuk
membaca. Ini kerana untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, murid mesti suka, rela dan
sedia terhadap bahan cerpen yang dipilih. Malahan dengan pemilihan cerpen yang bersesuaian
dengan tahap pelajar juga akan dapat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar untuk membaca
lebih banyak cerpen. Ini seperti memperkenalkan cerpen-cerpen lucu atau pun cerpen-cerpen
yang mengisahkan kehidupan seharian serta cerpen-cerpen yang memberikan semangat kepada
pelajar. Contoh yang jelas pada cerpen Satu Ringgit yang memberikan motivasi untuk pelajar
menjalani ibadah puasa. Malahan melalui pemilihan cerpen yang bersesuaian dengan murid ini
juga akan sedikit sebanyak meransang atau memotivasikan murid-murid berfikiran lebih kreatif
terhadap penulisan cerpen yang dibaca. Dengan ini akan meningkatkan pembacaan cerpen
dikalangan pelajar sebagaimana menurut Abd. Rahman Shaari (1994), bahan kesusasteraan
mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu karya sastera mempunyai daya tarikan yang boleh
menimbulkan minat pelajar untuk terus membaca.

12

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

KESIMPULAN
Dalam konteks pendidikan kebangsaan, KOMSAS digubal untuk mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi
kini dan akan datang. Dalam hal ini, KOMSAS akan memberikan penekanan terhadap nilai
kemanusiaan dan semangat patriotik yang sekali gus akan melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari bahawa KOMSAS ialah cerminan kepada
masyarakat dan budaya, maka KOMSAS amat sesuai dijadikan medium pemantap aspek rohani
dan emosi seperti yang dinyatakan dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Dengan ini jelaslah secara keseluruhannya, cerpen mempunyai potensi yang tinggi untuk
dijadikan bahan yang meransang pemikiran pelajar dalam pengajaran Bahasa Melayu. Cerpen
boleh dibaca dalam jangka masa yang singkat dan ianya memfokus kepada perkara-perkara
tertentu dan tidak kompleks sifatnya. Dengan itu pelajar tidak akan terbeban kerana terlalu
banyak plot, watak-watak sampingan atau struktur tema yang kompleks serta mengelirukan.
Selain itu, cerpen juga boleh dijadikan bahan pengajaran Bahasa Melayu yang menarik
terutamanya dalam menekankan nilai dan pengajaran yang dapat diteladani oleh pelajar. Oleh itu,
bahan kesusasteraan terutamanya cerpen memainkan peranan penting kini dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Malahan kandungannya juga menepati aspek-aspek yang ditekankan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana cerpen yang telah dipilih iaitu Pungut alias
Zahara alias Yap Siew Hong.

13

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

RUJUKAN
Dr Ali Mahmood et.al.(2012), HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Open
University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Dr Mohd. Azam Ahmad et.al.(2010), Kupasan&Kajian Bijak Komsas Antologi Dirgahayu
Bahasaku dan Novel Kembara Amira, Sasbadi Sdn.Bhd.
Dr Nadzeri Isa (Ogos 2013), HBML3103 Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu, Open
University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Kamarudin Hj. Husin&Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan
Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang ( Jan 2012 ), Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran.Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Nor Azita binti Umar (2010), Antologi Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa
Malaysia, Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm
http://ipgktb.edu.my/pm/articles.php?article_id=4
http://asas50.com/noortasneem/biodata/-6.54pm 19/2/2015

14

Anda mungkin juga menyukai