Anda di halaman 1dari 10

salindah.

com
salindahdotcom.blogspot.com



[informasi dalam bentuk buku kecil yang lebih lengkap akan
dihantar kepada pembeli Set Lengkap Bersalin dari salindah.com]












salindah.com
salindahdotcom.blogspot.com
[informasi dalam bentuk buku kecil yang lebih lengkap akan
dihantar kepada pembeli Set Lengkap Bersalin dari salindah.com]
www.salindah.com
2

Kandungan
1. RENCANA PEMAKANAN DAN RAWATAN IBU HAMIL SEHINGGA LEPAS PANTANG ................... 3
1.1. PENDAHULUAN ....................................................................................................................... 4
1.2. KAJIAN ..................................................................................................................................... 4
1.3. KEBAIKAN ................................................................................................................................ 4
1.4. FAKTOR RISIKO TINGGI ........................................................................................................... 5
1.5. SARANAN ................................................................................................................................ 5
1.6. KESIMPULAN ........................................................................................................................... 6
2. PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN .............................................................................. 7
3. KHASIAT DAN PANDUAN PENGGUNAAN SALINDAH ...................................................................... 9
3.1. PERINGKAT SEBELUM BERSALIN ........................................................................................... 10
3.2. PERINGKAT SELEPAS BERSALIN ............................................................................................. 11
3.3. CARTA MASA GUNA SALINDAH ............................................................................................ 12
4. RANCANGAN PENJAGAAN KESIHATAN ......................................................................................... 13
4.1. UBAT-UBATAN ...................................................................................................................... 14
4.2. SENAMAN DAN KERJA RINGAN ............................................................................................. 14
4.3. REHAT DAN TIDUR ................................................................................................................ 14
4.4. PAKAIAN ................................................................................................................................ 15
4.5. PERJALANAN ......................................................................................................................... 15
5. SENAMAN...................................................................................................................................... 16
5.1. SENAMAN SEBELUM BERSALIN............................................................................................. 17
a) Meregang Lengan Bergantian ............................................................................................... 17
b) Meregang Mata Kaki ............................................................................................................. 17
c) Jongkok ................................................................................................................................. 17
d) Meregang .............................................................................................................................. 17
e) Meregang Tubuh ................................................................................................................... 18
f) Peregangan berbaring ........................................................................................................... 18
5.2. SENAMAN MUDAH LEPAS BERSALIN .................................................................................... 18
6. GROWELL FORMULA MAKANAN BAYI ....................................................................................... 19
6.1. PENDAHULUAN ..................................................................................................................... 19
6.2. KAJIAN ................................................................................................................................... 19
6.3. KHASIAT................................................................................................................................. 19
6.4. PENYEDIAAN ......................................................................................................................... 19
7. GROWELL BAYI DAN PERKEMBANGAN SETIAP BULAN .............................................................. 19
8. REMEDI TAMBAHAN ..................................................................................................................... 19
www.salindah.com
3












RENCANA PEMAKANAN DAN RAWATAN IBU
HAMIL SEHINGGA LEPAS PANTANG

www.salindah.com
4

1. RENCANA PEMAKANAN DAN RAWATAN IBU HAMIL SEHINGGA LEPAS PANTANG

1.1. PENDAHULUAN

Bagi kaum wanita, menjadi hamil atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak
sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui. Teristimewa bagi wanita
yang pertama kali mengandung. Ada wanita amat gembira bila mengetahui yang dia dan
suaminya akan memperolehi cahaya mata yang dinanti-nantikan. Dan ada pula kalangan
wanita dan suami yang berasa takut dan bimbang terutama apabila menjelang waktu-
waktu hampir hendak melahirkan anak, mungkin kerana mendengar berbagai khabar
mengenai bagaimana payahnya ketika melahirkan anak.

1.2. KAJIAN

Setelah menyedari masalah yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung itu, maka
Prof. Dr. Azizan bin Haji Ismail telah menjalankan kajian secara mendalam mengenai
kehamilan dan pelbagai aspek. Hasil daripada kajian begitu lama yang telah dijalankan
makan beliau telah berjaya menghasilkan satu formula Rencana Pemakanan Kesihatan
dan Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap, dikenali dengan nama SALINDAH.
Dengan adanya rencana pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil ini, maka wanita-
wanita akan dapat menikmati zaman hamil dan melahirkan anak dengan aman dan
tenteram. Insya-Allah, Salindah dapat membantu menghindarkan daripada rasa takut-
takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah ketika mengandung,
semasa bersalin dan juga selepas bersalin.
Salindah ini telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan
Herbalisme yang tidak akan mendatangkan kesan-kesan sampingan atau keracunan
kepada penggunanya.

1.3. KEBAIKAN

Sejak Salindah diperkenalkan pada tahun 1981, telah banyak kebaikan yang diperolehi
oleh wanita-wanita yang menggunakannya dan mendapat sanjungan daripada kalangan
doktor dan bidan. Banyak antara masalah wanita yang mengandung dapat dibantu. Ada
kalangan bidan yang mengesyorkan kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah
ketika mengandung dan melahirkan anak supaya menggunakan Salindah.
Salindah adalah merupakan rencana pemakanan kesihatan yang paling lengkap yang
telah berjaya dihasilkan dan banyak memberi kebaikan kepada wanita yang
www.salindah.com
5

menggunakannya. Kesan kebaikan Salindah ini merangkumi peringkat waktu sebelum dan
waktu selepas bersalin.

1.4. FAKTOR RISIKO TINGGI

Sudah menjadi kebiasaan bahawa wanita-wanita yang mengandung akan menghadapi
berbagai-bagai masalah. Ada antaranya masalah-masalah tersebut ringan sahaja dan ada
juga yang berat.
Pada kalangan ahli-ahli perubatan, masalah berat ini dinamakan Faktor Berisiko Tinggi.
Menurut Pengarah perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu Dr.
Varughese Jones, kumpulan yang berisiko tinggi ini ialah wanita-wanita yang berumur 19
tahun dan lebih daripada 35 tahun bagi kehamilan yang pertama; dan 40 tahun bagi
kehamilan yang melebihi sekali. Juga yang tergolong dalam kumpulan ini ialah wanita-
wanita yang melahirkan anak yang keenam dan selebihnya, dan mereka yang berhenti
mengandung kurang dari 2 tahun dan lebih dari 5 tahun.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Dr. Azizan, antara masalah yang sering
dihadapi oleh wanita-wanita yang mengandung ialah seperti loya, muntah, pening
berpusing, kurang selera makan, ada kecenderungan berdarah dari rahim, keguguran,
sakit gigi, lenguh dan bisa tulang, pedih ulu hati, kembung dan memulas dalam perut,
sembelit, krem (simpul biawak), aliran darah dalam vena lembap, vena varikos, berat
badan meningkat, tekanan darah tinggi, kencing manis, bengkak kaki, bersalin tidak
cukup tempoh atau bersalin lebih tempoh, sakit di cabang peha dan kedudukan anak
songsang.
Semasa dan selepas bersalin pula, masalah yang sering dihadapi oleh wanita-wanita ialah
tersangkut uri semasa melahirkan anak, tumpah darah, sakit meroyan, rahim gelincir,
sembelit, kencing tertahan, kurang susu dan sebagainya.

1.5. SARANAN

Berdasarkan kajian dan kes-kes yang telah diterima makan didapati bahawa salah satu
daripada punca yang membawa kepada masalah-masalah yang telah dinyatakan di atas
ialah akibat daripada pengambilan makanan dan minuman yang tidak betul. Ada pihak
yang menyabitkan masalah jantung berlubang, penyakit kuning, cacat anggota, leukemia
dan talasemia yang didapati oleh bayi kepada amalan pemakana yang tidak betul.
Oleh itu, adalah dinasihatkan kepada wanita-wanita yang mengandung khususnya,
supaya lebih peka ketika mengambil makanan dan juga minuman. Hendaklah dijauhi atau
dikurangkan daripada mengambil makanan dan minuman berikut:
www.salindah.com
6

Garam yang dicampurkan ke dalam makanan secara berlebihan.
Masakan yang tinggi kandungan gula, minyak, rempah-rempah, bahan-bahan
perasa, bahan-bahan penaik, pewarna dan kicap.
Makanan dan minuman dalam tin dan botol, terutama jenis peraman, awetan,
buah-buahan bersirap dan minuman bergas.
Makanan yang menggunakan tepung gandum yang halus, kerana tepung gandum
yang dikilang halus ini sebenarnya menjadi racun pada tubuh.
Meminum air yang tidak dimasak dan titapis terlebih dahulu, kerana air paip
mengandungi klorin atau fluorid di samping bahan plumbum daripada paip yang
digunakan.
Meminum kopi dan merokok telah didapati oleh pakar-pakar perubatan sebagai
tidak baik bagi ibu yang hamil kerana boleh mendatangkan mudarat kepada
kandungan.

1.6. KESIMPULAN

Bagi wanita-wanita yang menggunakan Salindah, adalah dinasihatkan supaya melawat ke
klinik pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Semoga khasiat dan
kebaikan Salindah ini dapat membantu wanita-wanita menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi dan seterusnya gembira menimang cahaya mata yang bakal dilahirkan.


www.salindah.com
7












PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN




www.salindah.com
8

2. PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN

Apabila tubuh anda menyesuaikan diri kepada kehamilan, anda melihat beberapa perubahan
fizikal berlaku. Tempoh haid anda berhenti manakala buah dada ana menjadi lembut dan
besar. Tabiat cara makan berubah. Kemuraman dan keletihan mungkin berlaku apabila anda
mula hamil. Pada hujung bulan yang ketiga ada kemungkinan anda berasa serta kelihatan
lebih daik daripada dahulu.
Bagi sesetengah wanita kehamilan tidak begitu ketara sehingga bulan yang keempat atay
kelima. Pada waktu ini, anda dapati adalah perlu untuk memakai pakaian perempuan hamil.
Bulan 01: Lembaga mula membentuk jantung, limpa dan sistem pencernaan. Bayi
mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat
(pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim).
Seluruh lembaga itu panjangnya kira-kira 1/5 (1/2cm)
Bulan 02: Pada hujung minggu yang kelapan, lengan dan kaki bayi meula membentuk.
Semua organ utama bahagian dalaman telah terbentuk dan jantung yang kecil mula
mengepam darah. Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula membentuk.
Pada waktu ini, lembaga telah tumbuh sehingga hampir 2 (5cm) panjangnya.
Bulan 03: menjelang bulan yang ketiga, kebanyakan wanita mula menampakkan
tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan
cepat, menambahkan panjangnya beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya
bertambah jelas. Ibu jari, jari kaki, telingan dan kelopak mata terbentuk. Beratnya
kira-kira 28g dan panjangnya 3 (8cm).
Bulan 04: Seluruh anggota bayi itu membentuk dan sekarang ia semakin besar.
Menjelang empat bulan, bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya
dalam kandungan. Panjangnya lebih daripda 6 (15cm) dan beratnya lebih 114g.
Bulan 05: Pukulan jantung bayi sekarang kedengaran dengan jelas bila menggunakan
steteskop. Pergerakannya lebih kuat dan mudah dirasa. Dia telah membesar
panjangnya kira-kira 10 (25cm) dan beratnya kira-kira 227g.
Bulan 06: Perut anda semakin besar dan pergerakan bayi bertambah kuat. Kulit bayi
kelihatan merah dan berkerut. Panjangnya kira-kira 12 (30cm) dan beratnya 680g.
Bulan 07: Mata bayi kadang-kala terbuka dalam beberapa waktu. Sekiranya ia
dilahirkan pada waktu ini, dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu yang memerlukan
jagaan khas. Beratnya kira-kira 1.3kg dan panjangnya 15 (38cm).
Bulan 08: Sekarang bayi hampir besar secukupnya dan pergerakannya, atau
tendangan agak kuat dan dapat dilihat dari luar. Kulitnya tidak berkedut lagi, biasanya
kedudukan kepalanya ke bawah dan dari situ dia akan dilahirkan. Beratnya kira-kira
1.8kg dan panjangnya 42cm.
Bulan 09: Sekarang bayi sudah sampai kepada saiz dan waktunya yang
memungkinkan dia hidup di luar perut ibunya. Bayi itu duduk jauh ke bawah perut
untuk dilahirkan. Berat bayi kira-kira 2.7kg hingga 3.2kg dan panjangnya 20 (50cm)
atau lebih.
www.salindah.com
9











KHASIAT DAN PANDUAN PENGGUNAAN
SALINDAH



www.salindah.com
10

3. KHASIAT DAN PANDUAN PENGGUNAAN SALINDAH

Salindah mengandungi 12 item iaitu B1 hingga L12 merangkumi tempoh masa penggunaan
dari 12 minggu hamil sehingga 40 hari selepas bersalin.

3.1. PERINGKAT SEBELUM BERSALIN

Produk Peringkat Hamil Kegunaan-kegunaan
B 1 Mulai minggu ke-12 hamil

Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita
hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan,
membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk,
selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-
lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau
rebah di samping melancarkan aliran darah agar
terhindar masalah tersimpul urat kaki dan
menghilangkan lesu.

B 2 Mulai minggu ke-24 hamil

Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan
tulang dan membina otak tian, di samping menambah
darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan
sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah
serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

B 3 Mulai minggu ke-28 hamil

Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak.
Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang.
Mencegah simpul biawak atau krem betis.
Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari
bersalin.

B 4
Mulai 4 minggu sebelum
bersalin

Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan
sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit
semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan
kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas
pada bakal-bakal ibu.

B 5
Mulai 2 minggu sebelum
bersalin

Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan
menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan
memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

B 6
Mulai 1 minggu sebelum
bersalin

Berguna untuk menguatkan teranan, menolong
mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat
dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran
peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

www.salindah.com
11


3.2. PERINGKAT SELEPAS BERSALIN

Produk Peringkat Hamil Kegunaan-kegunaan
L 7 Selepas bersalin

Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta
pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman
dan penanahan.

L 8 Mulai 5 jam selepas bersalin


Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit,
menghentikan darah, mencegah sakit meroyan,
demam dan sakit kepala.

L 9 Mulai hari ke-2 selepas bersalin

Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-
bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas,
membetulkan urat-urat darah yang putus,
menyusun semula alat peranakan dan menguatkan
seluruh anggota tubuh.

L 10 Mulai hari ke-6 selepas bersalin

Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat
kembali rahim ke kedudukan asal dan
mengurangkan simpul urat biru.

L 11 Mulai hari ke-7 selepas bersalin

Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah
selera, membaiki penghadaman dan melancarkan
pembuangan najis. Mengenakkan tidur,
menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan
rahim dan alat peranakan.

L 12 Mulai hari ke-21 selepas bersalin

Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar
sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan,
memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan
kesegaran.



3.3. CARTA MASA GUNA SALINDAH






www.salindah.com
12

CARTA MASA GUNA SALINDAH



www.salindah.com
13












RANCANGAN PENJAGAAN KESIHATAN



www.salindah.com
14

4. RANCANGAN PENJAGAAN KESIHATAN

Wanita-wanita yang sedang hamil akan mengalami beberapa perubahan pada diri mereka.
Membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi tersebut amatlah menarik sekali dan
merupakan suatu pengalaman yang penuh nikmat yang akan dapat dialami oleh kedua-dua
bakal ibu dan bapa.

4.1. UBAT-UBATAN

Semasa hamil, terutamanya semasa 12 minggu yang pertama, cuba elakkan dari mengambil
ubat-ubaan yang tidak diketahui khasiat dan kebaikannya. Ambillah ubat-ubatan yang dapat
memberi kebaikan dan selamat apabila digunakan.
Insya-Allah, Salindah dapat membantu wanita-wanita untuk mengatasi masalah yang
dihadapi ketika sedang mengandung, semasa melahirkan bayi dan selepas bersalin.

4.2. SENAMAN DAN KERJA RINGAN

Melakukan senaman yang sederhana amatlah baik untuk membantu otot-otot dan sendi
agar dalam keadaan baik. Jika anda bukan seorang ahli sukan, mungkin anda terpaksa
memikirkan cara senaman yang baik untuk membolehkan anda berada dalam keadaan yang
sihat. Dapatkan panduan atau nasihat doktor untuk anda melakukan senaman.
Banyak bergerak adalah digalakkan, kerana ia akan melancarkan aliran darah. Jika anda
mengalami rasa keletihan anda hendaklah merehatkan badan. Kerja-kerja rumah yang biasa
adalah dibenarkan. Jangan memanjat tangga, mengangkat barang yang berat dan
mengambil barang dari tempat yang tinggi.

4.3. REHAT DAN TIDUR

Ketika tempoh hamil anda bertambah lanjut, anda dapati diri anda mudah letih. Adalah
penting untuk anda mendapat rehat yang cukup dan jauhilah aktiviti yang berat, terutama
sekali dalam bulan yang terakhir. Luangkan waktu untuk berbaring atau berehat dengan
mengangkat kedua kaki setinggi yang mungkin. Mengamalkan tidur pada waktu tengah hari
di anggap satu cara yang baik. Cuba tidur selama lapan jam sehari setiap malam


www.salindah.com
15

4.4. PAKAIAN

Anda harus memilih pakaian yang longgar, mudah diubat suai lagi praktikal. Anak baju
jendaklah mengampu buah dada dengan baik tanpa mengecut atau meratakan putting
tetek. Bengkung, tali pinggang atau pakaian elastik yang ketat tidak harus dipakai. Kasut
anda haruslah bertumit rendah, tetapi tidak semestinya rata. Ini dapat memberikan
keselesaan kepada anda.

4.5. PERJALANAN

Elakkan dari membuat perjalanan jauh terutama semasa awal dan akhir bulan kehamilan.
Jika anda terpaksa membuat perjalanan yang jauh adalah baik menaiki kenderaan yang
paling selesa. Jika anda membuat perjalanan dengan kereta, pastikan pemandu dan
kesemua penumpang sentiasa memakai tali keledar bahu. Untuk perlindungan anda dan
kandungan, duduk tegak dan letakkan tali keledar peha serendah mungkin pada peha anda,
di bawah kandungan anda. Anda seharusnya juga merancangkan untuk membawa bayi
pulang ke rumah dengan cara yang selamat.


www.salindah.com
16












SENAMAN



www.salindah.com
17

5. SENAMAN

5.1. SENAMAN SEBELUM BERSALIN

Melakukan senaman dan kerja-kerja ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan
otot-otot. Senaman yang paling sesuai untuk wanita-wanita yang sedang hamil ialah
senama yoga, kerana senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan
otot-otot. Tujuan lain senaman dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan
memperkuatkan sendi-sendi.
Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan untuk dilakukan oleh wanita-wanita
sedang hamil. Elakkan dari melakukan gerakan melompat-lompat dan gerakan yang tiba-
tiba. Lakukan senaman dengan lemah-lembut dan perlahan-lahan.

a) Meregang Lengan Bergantian

Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan
dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu,
kemudian dengan lengan yang satu lagi.

b) Meregang Mata Kaki

Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah
lutut depan dan perlahan-lahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki
yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas kenyamanan.

c) Jongkok

Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok baik untuk meredakan keteganangan
punggung dan untuk meregangkan mata kaki.

d) Meregang

Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh
kenyamanan memungkinkan. Perlahan-lahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan
sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.
www.salindah.com
18

e) Meregang Tubuh

Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan
sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kaki ke atas kepala dan
perlahan-lahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pada sisi lainnya.

f) Peregangan berbaring

Berbaring rata menelentang dengan kedua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan
dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kaki kiri ke atas sehingga
jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa detik. Ulangi dengan kaki kiri
di tekuk.

5.2. SENAMAN MUDAH LEPAS BERSALIN

Rujuk di buku


www.salindah.com
19

6. GROWELL FORMULA MAKANAN BAYI

6.1. PENDAHULUAN
6.2. KAJIAN
6.3. KHASIAT
6.4. PENYEDIAAN

7. GROWELL BAYI DAN PERKEMBANGAN SETIAP BULAN
8. REMEDI TAMBAHAN



[di atas ini adalah tajuk-tajuk yang akan dikupas di dalam booklet Salindah yang akan dihantar kepada pembeli
Set Lengkap Bersalin dari salindah.com]

Anda mungkin juga menyukai