Anda di halaman 1dari 9

13 MEI DARIPADA CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Bahagian 1
1. PENGENALAN
Tulisan ini akan memaparkan analisis ke atas sebuah buku bertajuk Sebelum
dan Selepas 13 Mei yang diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu Berhad,
Kuala Lumpur, cetakan tahun 1969. Buku ini ditulis oleh Yang Teramat Mulia (Al-
Marhum) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul
Hamid Kedah (selepas ini diringkasnya sebagai TAR sahaja) yang mana
merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaysia yang
pertama.
Kami berpendapat bahawa keterangan-keterangan yang diberikan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia itu sendiri, selaku orang yang terlibat secara langsung
dalam peristiwa tersebut, mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi sejarah
untuk dikaji dan dianalisis, demi kebenaran yang cuba dipesongkan oleh
sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab dan berkepentingan ke atas
sejarah hitam negara pada hari ini.
Tulisan ini dibuat sebagai sumbangan dari penulis untuk mengimbau dan
menjelaskan keadaan yang berlaku demi kebaikan negara kita sendiri;
khsususnya perpaduan antara kaum atau rakyat berbilang dan seterusnya
kesejahteraan negara; dari ancaman unsur-unsur yang tidak sihat yang cuba
memainkan isu 13 Mei dan memutarbelitkannya demi kepentingan politik sempit
mereka.
Untuk makluman pembaca, tulisan ini dibuat secara spontan. Oleh itu sudah
tentu banyak kesalahan taipan, ejaan, dan seumpamanya akan dikesan. Maklum
dengan keadaan demikian, maka kami mengalu-ngalukan sebarang pembetulan
daripaa para pembaca.
2. FAKTOR-FAKTOR DAN RENTETEN PERISTIWA YANG MEMBAWA
KEPADA PERISTIWA HITAM 13 MEI, 1969
2.1 KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1969
TAR dengan jelas menyatakan bahawa terdapat banyak peristiwa yang berlaku
yang mana pada akhirnya menimbulkan huru-hara pada 13 Mei, 1969.
Menurut beliau, kesemua pilihanraya-pilihanraya yang telah dijalankan
sebelumnya iaitu sejak kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan baik,
hatta Pilihanraya Umum (selepas ini diringkaskan sebagai PRU sahja) 1969.
PRU 1969 jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei, 1969 di Malaysia Barat berjalan
dengan licin lagi lancar sebagaimana PRU-PRU sebelumnya.
Namun, semasa PRU 1969, kempen pilihanraya telah dijalankan dengan begitu
buruk dengan perbuatan-perbuatan liar yang dilakukan dan ucapan-ucapan yang
tidak bertanggung jawab daripada pihak pembangkang.
2.2 ANASIR-ANASIR KOMUNIS
TAR berpendapat terdapat anasir-anasir komunis yang memainkan peranan
dengan hujah beliau bahawa beliau, selaku Perdana Menteri yang menjaga
keselematan negara, menerima pelbagai maklumat dan laporan-laporan sulit. Ini
tidak dapat tidak kita percaya akan keterangan beliau kerana beliau adalah
orang yang bertanggung jawab dalam hal yang berkenaan. Dalam buku
berkenaan juga beliau, walaupun secara tidak terancang, telah mengemukakan
beberapa bukti akan hakikat ini.
2.2.1 HARTAL DI PULAU PINANG
Antara perkara yang disebutkan oleh TAR ialah peristiwa yang berlaku di Pulau
Pinang pada 19 November, 1967 yang mana dibuat contoh oleh TAR sebagai
bukti yang jelas anasir-anasir komunis telah bergerak secara terang-terangan
atau secara sulit untuk melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan
Malaysia.
Dalam peristiwa di Pulau Pinang pada tahun 1967 ini, TAR melaporkan bahawa
anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil
kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia
sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Lanjutan daripada hartal ini,
pertempuran-pertempuran telah tercetus di mana orang-orang Melayu dan
penyokong-penyokong setia kerajaan telah diserang. Beberapa orang
terperangkap dalam kejadian yang berlaku juga telah terbunuh dan cedera.
Perkara ini hanya dapat diredakan apabila pasukan-pasukan keselamatan
berjaya mengembalikan ketenteraman dan mengenakan perintah berkurung,
serta menangkap orang-orang yang disyaki.
Menurut TAR, komunis bertujuan melancarkan hartal ke seluruh negara. Namun,
rancangan mereka gagal kerana penduduk-penduduk di tempat lain tidak
mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan seperti biasa.
2.2.2 HUKUMAN GANTUNG KE ATAS KOMUNIS YANG BELOT SEMASA
KONFRONTASI
Pada bulan Jun tahun 1968, hukuman gantung hendak dilaksanakan ke atas
sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya
(ringkasnya PKM) yang mana dihukum mati kerana membantu pihak Indonesia
yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen Ganyang
Malaysia dalam usaha mereka menyerang selatan tanahair, iaitu Johor.
Perintah hukuman gantung yang sama juga dikenakan ke atas dua (2) orang
Melayu di Perak.
Dr Tan Chee Khoon yang menjadi ahli Parlimen Parti Buruh bagi kawasan
Batu, Selangor, telah membuat rayuan agar hukuman gantung itu tidak
dilaksanakan. Beliau dan ahli-ahli Parti Buruh dan (yang disebutkan oleh TAR
disertai bersama) penyokong-penyokong komunis telah melancarkan kempen
besar-besaran, dari rumah ke rumah, atau dari pintu ke pintu (kedai) untuk
memungut tandatangan dan menimbulkan tanda simpati orang ramai terhadap
11 orang yang dihukum sebagaimana yang diterangkan di atas. Menurut TAR,
akhbar-akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen yang
dilakukan ini.
TAR mendakwa anasir-anasir yang pro-Komunis tersebut telah menghasut ibu
bapa dan para waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya
mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Akan tetapi, rayuan
mereka tersebut telah ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu.
Menjelang tarikh perlaksanaan hukuman gantung itu, di luar penjara Pudu di
Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu telah berlangsung
tunjuk-tunjuk perasaan secara liar di mana mereka membaling batu ke atas
kendaraan yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas. TAR menyatakan
bahawa orang-orang yang melakukan tunjuk perasaan liar berkenaan sebagai
belia-belia komunis.
Atas pendapat atau kebijaksanaannya untuk mengelakkan timbulnya
pergaduhan di seluruh negara yang membawa kepada rusuhan antara kaum
yang boleh menumpahkan darah, TAR telah menghadap Sultan Johor dan
Sultan Perak ketika itu untuk membincangkan meringankan hukuman gantung
berkenaan. Kedua-dua baginda Tuanku Sultan Johor dan Sultan Perak telah
bersetuju lalu kesemua mereka yang terbabit diringankan hukuman kepada
penjara seumur hidup.
Kita tidak boleh melihat ini sebagai satu kelemahan TAR dalam membuat
keputusan atau mengendalikan keadaan, di mana logik TAR dalam hal ini dapat
diterima. Beliau menyatakan bahawa sama ada tindakannya betul atau salah,
tujuannya adalah untuk [ memetik kata-katanya ] menyelamatkan seribu jiwa
dengan menyelamatkan sebelas komunis di Johor dan dua penderhaka di Perak
dari hukuman gantung.
Kesan tindakan beliau itu adalah terhentinya tunjuk perasaan dan keamanan
dapat dipulihkan.


13 MEI DARIPADA CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Bahagian 2
Dalam Bahagian 1 sebelum ini, kita telah melihat 2 faktor utama
yang dinyatakan oleh TAR yang menyumbang kepada peristiwa hitam
13 Mei 1969 iaitu::
1) Kempen pilihanraya yang amat buruk dalam PRU 1969.
2) Anasir-anasir Komunis yang memainkan peranan dalam
mencetuskan huru-hara.
Kita juga telah memaparkan keterangan TAR akan faktor kedua iaitu
peranan anasir-anasir Komunis tersebut sejak dari awal lagi iaitu
sekitar tahun 1967. 2 peristiwa besar yang berlaku pada masa itu
yang mana terbukti benar sebagaimana yang dijelaskan oleh TAR ialah
1) Hartal Pulau Pinang pada 19 November 1967 yang didalangi
oleh anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao
Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah
kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia, dan
2) Perintah hukuman gantung yang dikenakan ke atas
anggota komunis dan pengkhianat negara, iaitu ke atas
sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti
Komunis Malaya di Johor dan dua (2) orang Melayu di Perak.
Selain daripada dua (2) faktor di atas, faktor ketiga yang tidak
kurang pentingnya yang menyumbang kepada peristiwa hitam 13 Mei
1969 adalah anasir-anasir daripada puak pelampau kiri atau
golongan Sosialis.
Dalam buku yang menjadi rujukan utama kita yang ditulis oleh TAR,
beliau tidak membezakan anasir-anasir Komunis dan anasir-anasir
puak pelampau kiri atau Sosialis ini. Kami pula mengkelaskan kedua-
dua golongan ini kepada dua kategori yang berbeza kerana kami
percaya matlamat Komunis ialah cuba merampas kuasa melalui jalan
huru-hara. Sebaliknya golongan Sosialis cuba mendapatkan
pengaruh atau kuasa (walaupun tanggapan secara zahirnya adalah)
melalui perwakilan peti undi yang mesti diperolehi menerusi
pilihanraya.
Dari tindak-tanduk mereka yang dijelaskan TAR, kita percaya bahawa
mereka juga (iaitu golongan Sosialis) menggunakan kaedah dan
pendekatan yang sama dengan golongan Komunis iaitu cubaan
mengambil kesempatan melalui keadaan huru-hara. Sesungguhnya
kedua-dua golongan ini kelihatan amat mesra dan membantu di
antara satu sama lain kerana ideologi kiri mereka yang hampir sama
bahkan lebih tepat lagi "kembar seiras" walaupun zat atau dirinya dan
juga cirinya berbeza. Perkara ini akan kami cuba paparkan menerusi
subtajuk sambungan, iaitu 2.3 di bawah.
2.3 GOLONGAN SOSIALIS ATAU PUAK PELAMPAU KIRI
Golongan kiri yang dipanggil sebagai puak pelampau kiri oleh TAR
pada masa itu boleh dikatakan diwakili oleh Parti Buruh. Parti Buruh
di Malaysia mempunyai rakan di Singapura iaitu Barisan Sosialis
Singapura. Dalam Parlimen Malaysia pula pada masa itu, Parti Buruh
mempunyai dua orang wakil iaitu::
1) Dr Tan Chee Koon, dan
2) Encik Lim Kean Siew.
Selain daripada itu mereka mempunyai beberapa ahli di dalam Dewan-
Dewan Undangan Negeri.
a) Pemulauan Pilihanraya 1969 Oleh Parti Buruh
Kira-kira enam (6) minggu selepas peristiwa pembatalan hukuman
gantung itu berlaku [ di mana sebelas (11) orang China anggota Parti
Komunis Malaya, dan dua (2) orang Melayu pengkhianat yang
disebutkan sebelum ini telah diringankan hukuman daripada hukuman
gantung sampai mati kepada hukuman penjara seumur hidup ], Parti
Buruh, iaitu parti yang ahli-ahlinya terdiri dari golongan Sosialis, telah
mengisytiharkan bahawa mereka akan memulaukan PRU 1969 yang
hendak diadakan.
Langkah Parti Buruh ini, menurut TAR, hanyalah semata-mata meniru
taktik parti Barisan Sosialis Singapura yang enggan mengambil
bahagian dalam pilihanraya. Akan tetapi di Singapura, Barisan
Sosialis Singapura hanya menarik ahli-ahli mereka dari Dewan
Undangan Singapura tanpa melakukan sebarang tindakan yang
berunsur ugutan atau kekerasan. Pada hemat TAR, dan kita bersetuju
dengannya, Barisan Sosialis Singapura bertindak demikian tanpa
melakukan sebarang keganasan kerana Singapura dibawah pengaruh
dan kekuasaan pemimpin-pemimpin Cina, yang mana di dapati sesuai
dengan tujuan mereka untuk mengekalkan negeri itu sebagai tapak
kemasukan anasir-anasir subversif Komunis.
Kami juga berpendapat, selain daripada faktor di atas, ahli-ahli Barisan
Sosialis Singapura yang majoritinya terdiri dari kaum China itu sudah
tentulah mereka lebih selesa atau dapat bertolak ansur dengan
pemerintah Singapura yang juga terdiri daripada kaum China di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew. Dengan demikian amat mudah difahami
akan tindak tanduk mereka itu, iaitu mereka tidak mahu menyusahkan
antara satu sama lain. Juga, dengan berbuat demikian maka ianya
akan mempermudahkan hasrat mereka sebagaimana yang disebutkan
di atas tadi, iaitu untuk mengekalkan negeri itu sebagai tapak
kemasukan anasir-anasir subversif Komunis tanpa tindakan keras dan
pemantauan teliti diambil oleh pihak kerajaan Singapura di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew dan partinya PAP.
Kami juga percaya bahawa pemerintah China di Singapura di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew itu sudah pasti tahu atau sekurang-kurangnya
mendapat maklumat perisikan akan tindak-tanduk Barisan Sosialis
Singapura ini. Akan tetapi mereka juga, yang mana mempunyai
sejarah pahit dengan Malaysia di mana ditendang keluar pada tahun
1965, nampaknya seolah-olah mengiyakan atau menutup sebelah
mata akan perkara tersebut yang mana amat membahayakan negara
jiran.
Kita amat faham akan perkara ini kerana sikap Lee Kuan Yew dan PAP
serta kebanyakan orang China Singapura terhadap orang Melayu
khususnya dan Malaysia amnya sejak tahun 1965 hingga sekarang
tidak berubah-ubah. Mereka sentiasa bersikap mengambil kesempatan
dan memanipulasikan negara-negara jiran di mana sahaja mereka
mendapat peluang atau mendapat kesempatan. Salah satu bukti yang
boleh kita bawa ialah tindakan kerajaan PAP di Singapura yang jelas
menaikkan kadar faedah simpanan bank di negara mereka semasa
seluruh Asia di landa krisis ekonomi pada tahun 1997. Tujuan mereka
sudah pastinya adalah untuk mengambil kesempatan daripada anarki
ekonomi yang berlaku dengan menggalakkan pengaliran dana keluar
dari negara-negara yang bermasalah - khususnya Malaysia yang
merupakan jiran terdekat dari segi lokasi dan amat dekat dari segi
sejarah kenegaraan yang amat tidak selesa dengan mereka. Ini belum
lagi diambil kira pelbagai perkara lain yang jelas menyebabkan
masalah hubungan dua hala antara negara seperti masalah harga air
mentah yang dibekalkan, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di
Singapura, ruang udara, dan pelbagai perkara lagi.
Dalam konteks persepsi dan pemikiran perdana generasi baru
Melayu di Malaysia hari ini, kami dengan mudah akan dapat
menyimpulkan bahawa besar kemungkinan sikap Singapura dalam
hal ini juga menyumbang secara tidak langsung dalam melemahkan
bahkan mungkin bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan yang
didominasi oleh parti Melayu UMNO di Malaysia menerusi segala
kesempatan yang timbul, sebagaimana yang kami dapat saksikan
sendiri semasa krisis ekonomi tahun 1997 walaupun secara luaran
atau dari segi diplomasinya mereka mungkin tidak bermaksud
demikian. Apa yang jelas adalah sikap mereka yang amat gemar
mengambil peluang untuk kepentingan sendiri dengan faedah-faedah
yang bakal mereka perolehi sahaja dengan meletusnya masalah dan
kekacauan di negara lain. Mereka terkenal dengan sikap
mementingkan diri mereka sendiri dan oleh itu kesusahan negara jiran
yang menghadapi masalah adalah satu keuntungan kepada mereka.
Dengan keadaan dan peristiwa yang telah berlaku di Malaysia
pada ketika itu, tidak mustahil bahawa mereka sendiri (iaitu kerajaan
Singapura di bawah pimpinan pemimpin China Lee Kuan Yew dan parti
chauvinis Chinanya PAP) kelihatan seolah-olah memberikan ruang
yang mencukupi untuk anasir-anasir subversif berkenaan bergerak
bersesuaian dengan matlamat atau hasrat dan tindakan Barisan
Sosialis Singapura itu berjaya. Bahkan, sekiranya mereka mengambil
tindakan ke atas golongan-golongan itu pun, golongan yang
dimaksudkan itu akan melarikan diri ke Malaysia sebagai pilihan
mudah destinasi yang hendak dituju dan dengan itu menimbulkan
masalah di Malaysia pula. Sememangnya sikap kerajaan Singapura
ketika itu dalam hal ini jelas dan boleh dicurigai akan hatibudi dan niat
buruk yang berpunca dari sikap kiasu mereka itu yang kita amati
daripada masa dahulu hinggalah pada masa sekarang.
b) Perletakan jawatan ahli-ahli Parlimen dan DUN dari Parti
Buruh
Selain daripada tindakan pemulauan PRU 1969, parti Buruh juga
membuat keputusan [ dalam bahasa TAR sendiri ] menarik keluar
dengan serta-merta kesemua ahli-ahlinya dari Parlimen atau
Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Tindakan ini, menurut TAR, dibuat kerana mereka menganggap
tindakan TAR yang mengisytiharkan bahawa kerajaan akan memenuhi
tempoh perkhidmatan selama lima tahun sebagai satu muslihat.
Berdasarkan keterangan TAR, mereka yakin bahawa TAR akan
melakukan sesuatu keputusan yang memeranjatkan iaitu perisytiharan
PRU 1969 secara tergempar.
Oleh itu, mereka jelas melakukan tindakan ( lebih tepat lagi cuba
memaksa ) agar PRU 1969 dipercepatkan dengan melakukan tindakan
meletakkan jawatan ahli-ahli Parlimen dan DUN dari parti mereka
secara beramai-ramai. Tindakan ini dibuat enam (6) minggu selepas
peristiwa tunjuk perasaan beramai-ramai membantah hukuman
gantung ke atas komunis dan pengkhianat. Tunjuk perasan dan
bantahan beramai-ramai yang didalangi oleh mereka juga nampaknya
berjaya di mana jelas kelihatan dapat memaksa TAR
mengambil langkah untuk menyelesaikan keadaan huru-hara
yang berlaku dengan memohon Sultan-Sultan Johor dan Perak
mengampunkan mereka yang berkenaan dan meringankan
hukuman yang sepatutnya mereka terima kepada penjara
seumur hidup sahaja. Oleh itu mereka mungkin memikirkan bahawa
kerajaan Perikatan di bawah pimpinan TAR dapat dipaksa dalam
melakukan sesuatu dan di sinilah juga punca awal tentangan orang
Melayu di dalam UMNO kepada kepimpinan TAR yang dilihat kerapkali
tunduk kepada kehendak dan tuntutan kaum Cina, sama ada chauvis,
rasis ataupun bukan.
Di sini kita amat jelas lagi yakin bahawa mereka cuba mengambil
kesempatan dari mood bantahan rakyat dalam perjuangan mereka
yang begitu bersungguh-sungguh membela komunis dan pengkhianat
yang berjaya itu [ sedangkan kita maklum dan boleh menerima
bahawa TAR berbuat demikian, sebagaimana yang dinyatakannya
sebelum ini, adalah kerana sayangkan rakyat dan negara untuk
mengelakkan mana-mana pihak daripada terbunuh dengan sia-sia
dalam tunjuk perasaan dan bantahan yang dibuat secara ganas ].
Kali ini mereka cuba memaksakan agar PRU 1969 dipercepatkan dan
oleh itu mereka dapat mengambil faedah daripada sokongan yang
difikirkan akan berpihak kepada mereka. Ini disebabkan perisytiharan
TAR bahawa kerajaan akan menghabiskan tempohnya yang mana
dengan itu akan tamat menjelang bulan April 1969. Tempoh ini
menjadikan PRU 1969 akan diadakan lambat lagi. Bagi mana-mana
ahli politik hatta yang biasa sahaja sekalipun, tempoh ini amat perlu
kerana mood anti-kerajaan di kalangan kebanyakan rakyat yang
dapat dipengaruhi oleh mereka itu (yang mana terbukti dapat
dipengaruhi oleh mereka melakukan bantahan dan tunjuk perasaan
sebelumnya) akan jadi sejuk atau reda. Ahli-ahli politik dari pihak
kerajaan sudah pasti dapat menilai akan emosi rakyat ini dan sudah
pasti mengambil tindakan-tindakan yang dapat meredakan suhu
tentangan kepada kerajaan.
c) Parti Gerakan dan Bekas Ahli-ahli Parti Buruh
Pada bulan April tahun 1968, parti Gerakan ditubuhkan oleh
segolongan daripada mereka yang menggelarkan diri sebagai cerdik
pandai dan orang-orang terpelajar yang mana menurut TAR pendirian
mereka tidak sesuai dan menentang dasar-dasar kerajaan
Persekutuan. Penubuhan parti Gerakan pada ketika itu dilakukan
sebelum perisytiharan hendak mengadakan PRU diumumkan lagi.
Keputusan yang dibuat untuk memulaukan PRU 1969 oleh parti
Buruh dan perletakan jawatan serta-merta ahli-ahli Parlimen
dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dari parti itu telah
menimbulkan keadaan kelam kabut dan perpecahan di kalangan ahli-
ahli mereka sendiri.
Encik Lim Kean Siew telah mengambil masa berminggu-minggu
untuk membuat keputusan bagi mematuhi keputusan tersebut.
Dr Tan Chee Koon pula telah membantah dan enggan menarik diri
dari Parlimen lalu meninggalkan rakan-rakannya dari Parti Buruh dan
memasuki Parti Gerakan yang baru ditubuhkan. Dalam parti barunya
itu, Dr Tan Chee Koon telah dilantik menjadi Setiausaha Agong dan
mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti Buruh yang telah lumpuh
dan memasuki parti Gerakan bersama-samanya.
Bahagian ini amat penting disebutkan kerana adalah jelas antara
pemain watak utama dalam peristiwa 13 Mei 1969 adalah bekas ahli-
ahli parti Buruh yang memasuki parti baru itu iaitu Parti Gerakan.
Perkara ini akan dihuraikan apabila tiba pada masanya nanti.
( Bersambung ke bahagain 3. InsyaAllah. )

Anda mungkin juga menyukai