Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

1. Mengenalpastia masalah
Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira.
Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.
Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan
segera.
2. Penempatan
Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.
Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat
perkhidmatan yang khusus.
3. Pemilihan strategi pemulihan
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu
mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.
Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif
pembelajaran.
Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar
bahasa.
Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa
berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang
perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
xi. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
xii. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

Anda mungkin juga menyukai