Anda di halaman 1dari 2

6.

1 PENGUAT
Penguat ialah satu alat yang membesarkan masukan isyarat kecil supaya dapat mengawal
suatu kuasa keluaran yang lebih besar. Kebanyakan peralatan elektronik mengandungi
pelbagai jenis penguat seperti penguat frekuensi audio, penguat frekuensi radio, penguat
frekuensi pertengahan, penguat frekuensi video dan sebagainya. Dalam modul ini kita
hanya akan membincngkan berkenaan penguat frekuensi audio.Penguat frekuensi audio
hanya berfungsi tak lain dari menguatkan isyarat audio. Rajah 6.1, menunjukkan rajah
blok bahagian penguat frekuensi audio.

Bekalan Kuasa dc

Pra penguat audio

Penguat Audio Kuasa

Rajah 6.1: Gambarajah Blok Bahagian Penguat Frekuensi Audio

Bagi penguat frekuensi audio yang terdahulu ianya mengandungi beberapa transistor
sama ada jenis NPN atau PNP tetapi pada masa kini ianya mungkin hanya mempunyai
satu IC sahaja yang mana ia mengandungi beberapa peringkat di dalamnya, contohnya di
dalam satu alat pemain pita atau system siar raya (public address system) ia mengandungi
peringkat pra penguat, penguat frekuensi audio, penguat pemacu dan penguat kuasa yang
akan memacu pembesar suara.

Jenis gandingan

Penguat frekuensi audio mempunyai beberapa jenis pengganding yang menggandingkan


isyarat audio dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain antaranya :
i.
Pengganding RC
ii.
Pengganding pengubah
iii.
Pengganding terus

Rajah 6.2 : Jenis-jenis pengganding i) Pengganding RC, ii) Pengganding pengubah dan
iii) Pengganding terus.

Anda mungkin juga menyukai