Anda di halaman 1dari 3

Solat Sunnat IstikharahSolat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam

keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan
dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku
harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah
melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum
seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan,
ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.
Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah hati
lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan
terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak
disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar
kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap
mempunyai husnuz-zan kepada Allah
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan,
iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik
dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan
permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat
ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rakataini Lillahi Taaala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Taala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:
Ya Allah, jika hal ini.(sebutkan namanya)


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka biilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal
azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, watalamu wa laa alamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta talamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wamaaasyii wa aaqibati amrii, aajili
amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta talamu anna haadzal amra
syarrun lii fii diinii wa maaasyii wa aaqibatu amrii aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni anhu waqdur
liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka alaa kulli syai-in qadiir


Artinya:-
Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan
yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku
adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha
Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada
kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku
berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa
akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik,
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.





Diposkan oleh Muhammad Ardiansyah
Kirimkan Ini lewat EmailBlogThis!Berbagi ke TwitterBerbagi ke Facebook

Anda mungkin juga menyukai