Anda di halaman 1dari 4

MENANAM LOBAK PUTIH

Lobak putih Merupakan salah satu sayuran jenis umbisi yang kaya dengan zat
makanan. Lobak ini berasal dari Eropah, dan ia boleh ditanam di tanah tinggi atau tanah rendah.
Pokok lobak putih hampir menyerupai pokok sawi bunga tetapi batangnya lebih pendek dan tepi
daunnya berombak-ombak. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan isi akar tunjangnya iaitu
lobak warna putih. Bunga berwarna putih keunguan dan ubinya berkeadaan bulat panjang dan
berukuran lebih 20 cm.Terdapat dua varieti ataupun jenis yang biasa ditanam, iaitu Jenis Cina
dan Jenis Ming Ho. Jenis Cina ditanam di tanah tinggi manakala jenis Ming Ho adalah jenis
hibrid untuk tanah pamah, berumur pendek, umbisi besar, tempoh kutip hasil 45 hari selepas
ditanam, panjang umbisi 25 cm dan kulit dan isinya halus.

Lobak putih dibiakkan dengan biji benih yang ditanama terus ke atas batas. Sebelum
menanam, biji benih direndam dalam air selama 4-5 jam dan dirawat dengan racun kulat seperti
Thiram. Sebanyak 1.5 kg biji benih diperlukan untuk seluas satu hektar. Biji benih ditabur ke
atas batas dalam alur yang dibuat melintangi batas dan ditumbuskan dengan tanah. Jarak antara
alur adalah 25 cm. Apabila biji benih bercambah 3 minggu selepas menanam, penjarangan
dibuat mengikut jarak tanaman yang disyorkan iaitu 25 cm x 10 cm.

Iklim dan Tanah
Lobak putih tumbuh sumber di kawasan beriklim lembap dan sederhana sejuk pada altitud tinggi.
Ia telah dapat menyesuaikan diri untuk hidup di kawasan panas. Ia memerlukan hujan yang
banyak dan cuaca yang panas. Lobak putih boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, daripada
gambut hingga ke liat peroi ringan. Tanah gembur yang kaya dengan organan, mempunyai
saliran yang baik dan pH 5.5-6.5 adalah paling sesuai.

Penyediaan Tanah
Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu pemuliharaan
tanahperlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan
sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang
memuaskan. Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi,
mempunyai
saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid.
Bagi tanaman sayuran seperti lobak putih ,kawasan yang tanh yang dibersihkan dibajak dan
digembur sedalam 20-25 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar dan ubi. Kemudian batas
berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Baja organan sebanyak 6
kg/batas (4 tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas sebelum menanam.

PENGURUSAN TANAMAN

1) Pembajaan
Kadar pembajaan yang disyorkan bagi penanaman lobak putih adalah seperti berikut :


Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Batas Kadar/Hektar
1
2
3
4
Sebelum menanam
1 minggu selepas
mengubah
3 minggu
5 minggu
Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
6 kg
0.3 kg
0.4 kg
04. kg
4 tan
200 kg
250 kg
250 kg


Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga
jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan
sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang
telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja
organik dan baja kimia. Pada pusingan pertama hingglah pusingan yang terakhir iaitu pada
pusingan ke empat, jenis baja yang digunakan bagi menanam lobak putih adalah baja organic
iatu Nitrogen(N) , Phosphurus(P) dan Potassium(K).Kadar nisbah yang digunakan pada setiap
peringkat adalah sama iaitu pada kadar nisbah 12:12:17:2.Penggunaan baja organik sangat
penting dalam memastikan tumbuhan iaitu lobak putih ini memndapat bekalan nutrient yang
mencukupi dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu juga, baja juga dapat menyubur dan
megekalkan nutrient dalam tanah dan dapat meneutralkan tanah yang berasid atau berlkali, sert
memulihkan PH tanah ke tahap optimum untuk mengekalkan nutrient kepada tanaman. Baja
organik juga terbukti mampu meningkatkan populasi cacing dalam tanah yang membantu
mengemburkan partikel tanah untuk pertumbuhan akar yang lebih baik dan meningkatkan
pengaliran air dan udara kedalam tanah.



2) Pengairan:

Lobak putih perlu disiram sebanyak 1-2 kali sehari, sekiranya tiada hujan, secara manual
atau sistem pengairan renjis. Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan
petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar
pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk
kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan
menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang
siraman yang halus.


Kawasan rumpai:
Guna racun Alachlor atau Atrazine pada kadar 4 liter/hektar. Kemudian kawalan rumpai
dilakukan secara manual sebanyak 2 kali sepanjang umur pokok. Racun paraquat boleh
digunakan di keliling batas dan parit.

Penyakit & kawalan Serangga serta Penyakit:

Langkah ini perlu dilakukan awal-awal lagi dan penyemburan racun harus dihentikan 2 minggu
sebelum memungut hasil. Diantara musuh dan penyakit yang biasa menyerang tanaman seperti
lobak putih ialah:-

1. Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon)
Sembur racun Deltamethrin (Decis) atau Dimethoate (Rogor 40).

2. Kumbang Kutu (Phyllotreta sinuat.a)
Sembur dengan Diazinon (Rasudin) atau Deltamethrin (Decis).

3. Ulat Pucuk (Hellula undalis)
Sembur racun Profenofos (Selecron 500 EC).

4. Reput Berair ((Erwinia carotovora)
Amalkan tanaman giliran. Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit.

5. Antraknos (Colletotrichum capsici)
Musnahkan pokok berpenyakit. Gunakan biji benih yang sihat. Amalkan tanaman
giliran, kawalan rumpai dan saliran yang baik. Sembur racun Copper oxychloride.

SUNGKUPAN.
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang
dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan
mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Antara
sebab sebab sungkupan diperlukan adalah untuk mengurangkan suhu tanah . Suhu tanah yang tinggi
akan menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna. Selain
itu,sungkupan juga berfungsi bagi menjaga tanah supaya sentiasa lembap dan air yang dipelihara akan
didapati oleh anak benih lobak putih dan hidupan tanah. Sungkupan juga dapat mengelakkan tanah
daripada terlalu keras dan padat. Hal ini kerana, tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah
mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.Di samping itu, sungkupan juga dapat
mengelakkan tumbesaran rumpai , mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan
biji benih serta bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.






http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=394:pandua
n-menanam-lobak-putih&catid=68:manual-tanaman

Anda mungkin juga menyukai