Anda di halaman 1dari 7

Pakej

Tarikh
Destinasi
Jenis pakej
Pengangkutan

: Tokyo Fuji
: 13 hingga 17/18 Disember 2015 [5 hari 4 malam/6 hari 5 malam]
8 hingga 12/13 Disember 2015 [5 hari 4 malam/6 hari 5 malam]
: Tokyo, Hakone/Fuji, Gala Yuzawa, add on Disneyland.
: Bajet
: Pengangkutan awam.

ITINERARY
Hari Pertama - Ketibaan

Kembara Jepun bersama Thaqafiah Group ini bermula di balai ketibaan lapangan terbang
Antarabangsa Haneda, Tokyo (International Terminal). Peserta akan terus dibawa ke hotel untuk
check-in dan bermalam kerana ketibaan di Haneda Airport adalah pada waktu malam.
Panduan pemakanan : Malam (dalam flight)
Panduan solat : Maghrib-Isya (hotel)

Hari Kedua TOKYO TOUR

Kembara hari ini adalah santai dan ringkas memandangkan rombongan baru tiba dan kepenatan
akibat permusafiran. Kita akan ke Harajuku dan melalui Yoyogi Park yang cantik. Harajuku terkenal
sebagai bandar cosplay dan boleh didapati di sini pakaian cosplay dan juga cenderamata berbentuk
pakaian, dan juga cenderamata lainnya. Crepe? Juga antara yang popular di sini.
Menjelang petang, kita akan ke Tokyo Camii yang juga dikenali sebagai Masjid Turki kerana
diasaskan oleh warga Turki dan reka bentuk terkininya seperti Blue Mosque di Turki. Pembinaan
masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Turki dan masih diuruskan dengan dana tahunan
daripada Turki. Kita akan menunaikan solat Zohor-Asar di sini.

Kemudian, kita akan ke Syibuya dan melihat Tugu Hachiko, yang dibina sempena memperingati
anjing yang sangat setia kepada tuannya iaitu Hachiko. Kisah anjing ini telah difilemkan beberapa
kali, dalam pelbagai bahasa. Di Shibuya juga terdapat Shibuya Crossing yang terkenal, iaitu simpang
empat lintasan pejalan kaki yang tersibuk di dunia.
Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (Harajuku), malam (hotel)
Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (Tokyo Camii), Maghrib-Isya (hotel)
Hari Ketiga FUJI/HAKONE TOUR

Aktiviti hari ini akan bermula dengan melawat tanah tinggi Hakone yang mempunyai latar belakang
pemandangan Gunung Fuji yang indah.
Setibanya di Odawara, kita akan menaiki Tozan Scenic Train ke Gora. Keretapi ini berkonsepkan
keretapi sight seeing di mana akan melalui kawasan lereng bukit dan lereng sungai yang sangat
cantik pemandangannya.

Setibanya di Gora, kita akan menaiki Sounzan Cable Car hingga ke stesen Sounzan iaitu kawasan
tinggi yang kita akan dapat menyaksikan pemandangan Gunung Fuji yang cantik. Gunung Fuji
merupakan gunung berapi aktif, dan gunung paling tinggi di Jepun iaitu kira-kira 3800 meter. Ia juga
dikatakan sebagai gunung paling cantik di dunia kerana memiliki ketepatan simetri, hinggakan akan
kelihatan bentuk yang sama tidak kita dari arah mana ia dilihat.
Seterusnya, kita akan menaiki Hakone Ropeway menuju ke stesen Togendai. Di sana, kita akan
menaiki Hakone Boat Cruise dan belayar merentasi tasik Ashi. Tasik Ashi merupakan tasik atas
gunung seperti Danau Toba, terhasil disebabkan oleh letusan supervolcano jutaan tahun yang
lampau.

Kita akan kembali semula ke Togendai dan menaiki bas menuju ke Gotemba Premium Outlet, yang
merupakan gedung beli belah barangan berjenama dengan harga yang murah. Selepas itu kita akan
menaiki bas menuju ke Odawara dan kembali semula ke Tokyo.
Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (bawa bekal, makan di Sounzan), malam (hotel)
Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (kawasan awam di Togendai), Maghrib-Isya (hotel)
Hari Ke Empat GALA YUZAWA TOUR

Salji. Itulah imej Gala Yuzawa, pusat skii dan snowboard yang paling mudah untuk pergi dari Bandar
Tokyo. Kita akan merasai pengalaman menaiki bullet train atau shinkansen dari Tokyo ke sana
selama 1 jam 40 minit.
Setibanya di sana, kita akan menuju ke Ishiuchi Maruyama Snow Resort. Di sana anda akan
dibekalkan dengan pakaian kalis salji. Bersuka rialah bermain salji sepuasnya di sana. Ada juga
perkhidmatan spa dan kolam renang air panas disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Sangat
menyamankan untuk ke kolam air panas setelah bermain salji dan kesejukan.

Sesiapa berminat, boleh bermain ski atau snowboard dengan tamabahan bayaran 1800 yen untuk
sewa peralatan, dan 2600 yen untuk menaiki lift selama setengah hari.
Menjelang maghrib, kata akan kembali pulang ke hotel untuk beristirahat secukupnya untuk
meneruskan kembara esok hari.
Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (bawa bekal), malam (hotel)
Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (kedai ski rental), Maghrib-Isya (hotel)

Hari Ke Lima SHOPPING TOUR

Kembara kita bermula dengan menjelajah ke Imperial Palace yang bersejarah, yang merupakan
tempat bersemanyam Maharaja Jepun sekarang iaitu Maharaja Akihito. Kemudian akan ke Tokyo
Tower, salah satu mercu tanda utama di Tokyo. Tokyo Tower pernah memegang rekod menara
telekomunisaki tertinggi di dunia suatu masa dahulu.

Kemudian, kembara hari ini lebih bersifat shopping kerana akan melawat ke Asakusa, Ueno, dan
Akihabara. Peserta juga boleh memilih untuk ke Nippori, bandar tekstile Tokyo.
Di Asakusa, selain lorong cenderamata di Nakamise Street, terdapat juga beberapa lokasi menarik
iaitu Sensoji Temple, Asakusa Mosque, dan jika berkelapangan boleh ke Tokyo Skytree dan melihat
pemandangan sekitar Tokyo dari ketinggian 450 meter. Juga boleh merasai makanan Jepun di
restoran Jepun seperti unagi dan tempura.
Manakala di Ueno, selain membeli belah di Ameyoko Market, boleh merehatkan minda di Ueno
Park yang merupakan antara lokasi tumpuan utama ketika musim sakura berkembang. Bagi peminat
Hard Rock Caf dan barang cenderamatanya yang rare, di sinilah tempatnya, Hard Rock Caf Ueno.

Gadjet dan Figure Art boleh didapati dengan mudah di Akihabara. Bahkan di Akihabara, terdapat
sebuah pusat membeli belah yang sangat besar dan menghimpunkan segala jenis barang di
dalamnya. Boleh didapati cenderamata, barangan elektrik, elektronik, kamera, computer,
handphone, gadjet, jam seperti G-Shock, figure art, kelengkapan rumah, barang kecantikan dan
perfume serta banyak lagi.
Kembara diakhiri dengan salam perpisahan di Hamamatsucho Station. Sayonara dan jumpa lagi!
Untuk yang ingin add on ke Disneyland, anda akan ada tambahan sehari untuk ke taman tema
tersebut.
Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (Asakusa), malam (hotel atau airport)
Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (masjid Asakusa), Maghrib-Isya (hotel atau airport)

Hari Ke Enam ADD ON DISNEYLAND

DISNEY ! Tidak terkata dan tiada kata dapat menggambarkan keseronokan berada di sana. Keunikan
Disney di Jepun adalah, terdapat Disneysea yang satu-satunya buat masa ini di dunia.
Anda akan memasuki taman tema ini dengan One Day Pass dan bermainlah dengan puas sehingga
malam. Peringatan untuk membawa paying jika hari hujan, dan membawa baju sejuk yang lebih
tebal jika musim sejuk kerana hawa di sana sangat dingin.
Menjelang malam, kita akan menuju ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. Kembara diakhiri dengan
salam perpisahan di Hamamatsucho Station. Sayonara dan jumpa lagi!
Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (bawa bekal), malam (airport)
Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (kawasan awam di dalam Disney), Maghrib-Isya (airport)

[Penting!] Senarai destinasi adalah tetap, manakala aturan perjalanan adalah tertakluk kepada
perubahan, berdasarkan keadaan semasa trip terutamanya cuaca dan kesibukan perjalanan.

PERKARA YANG TERMASUK DALAM BAYARAN :- Penginapan hotel 4/5 malam


- Airport transfer
- Pengangkutan awam ke tempat lawatan (train dan teksi)
- Shinkansen experience Tokyo ke Gala Yuzawa
- Tiket masuk (destinasi pilihan, rujuk senarai di bawah)
- Pemandu pelancong yang ramah dan mesra
- Akses wifi sepanjang trip

TIDAK TERMASUK DALAM BAYARAN :- Airlines fare


- Pengangkutan ke destinasi yang tiada dalam senarai.
- Tiket masuk destinasi optional
- Makan dan minum sepanjang trip (bawa dari Malaysia atau makan makanan Jepun)
- Perlindungan insuran pelancongan

TIKET MASUK (INCLUDED)


- Tozan Scenic Train
- Sounzan Cable Car
- Hakone Ropeway
- Hakone Boat Cruise
- Shinkansen experience

- Pakaian salji di Gala Yuzawa


- ADD ON : One day pass Disneyland
* Tiket masuk selain yang dinyatakan ini adalah tidak termasuk dalam bayaran trip (excluded dan
optional)

MAKLUMAT HOTEL
TOKYO : FLEXSTAY INN HIGASHIJUJO
- Alamat : 114-0032 Tokyo Prefecture, Kita-ku Nakajujo 2-10-2, Japan
- Nombor telefon : +81339053631
- Jenis bilik : Bilik berdua, katil double atau semi double
- Keluasan bilik : 12 meter persegi
- Kemudahan : bilik air, tandas, dapur mini, tuala, tv, wifi.
- Stesen train terdekat : Higashijujo 20 m
- Kedai serbaneka 50m, akses mudah ke bandar Tokyo (25 minit)

SEBUTAN HARGA
Harga untuk semua yang tertera di atas adalah RM 2,590 (ADD ON RM 2,890). TETAPI, khusus
untuk Promosi Ramadhan dan Hari Raya (daftar sebelum 31 Julai 2015), kami berikan potongan
RM 300 menjadikan harga kini adalah :

RM 2,290 / ADD ON RM 2,590


ADA LAGI! Khusus untuk mereka yang daftar serentak seramai 3 orang, kami berikan lagi potongan
RM 100 menjadikan harga kini adalah :

RM 2,190 / ADD ON RM 2,490


Harga di atas adalah terhad untuk 15 orang dewasa pertama sahaja.
Promosi adalah tertakluk kepada tempoh dan terma yang ditetapkan sahaja.
Harga adalah berdasarkan itinerary dan apa yang ditawarkan seperti yang tertera di atas. Harga
mungkin akan berubah sekiranya terdapat sebarang perubahan atau tambahan yang diminta
oleh anda.
Deposit RM 200 per orang perlu dibayar selepas pendaftaran untuk pengesahan pendaftaran.
Bayaran baki boleh diselesaikan secara ansuran dan mesti selesai paling lewat 60 hari sebelum
trip.

TERMA PEMBATALAN
1. Sekiranya pembatalan dilakukan oleh pihak kami, maka bayaran 100% akan dikembalikan.
2. Sekiranya pembatalan dilakukan oleh pihak peserta :
Sehingga 45 hari sebelum trip, RM 200 wang pengurusan tidak akan dikembalikan, KECUALI
tempat yang kosong ini digantikan oleh peserta baru.
44 hingga 15 hari sebelum trip, 50% waang tidak dikembalikan.
14 hingga 7 hari sebelum trip, 75% wang tidak dikembalikan.
Kurang dari 7 hari sebelum trip, 100% wang tidak dikembalikan.

3. Kami tidak akan bertanggungjawab dan pihak peserta perlu menanggung sebarang kerugian
sekiranya berlaku pembatalan trip, atau gangguan perjalanan trip yang mengakibatkan
tambahan kos disebabkan perkara berikut :
Bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Kecuaian peserta seperti tertinggal penerbangan.
Masalah dokumen tidak menepati syarat seperti passport tamat tempoh.
Masalah imigresen seperti nama disenaraihitam.
Lain-lain masalah yang bukan disebabkan atau bukan di bawah bidang kuasa kami.

TRANSAKSI BAYARAN
- Thaqafiah Global Enterprise
- Maybank
- 5540 5360 8884

HUBUNGI KAMI
Call/SMS/Whatsapp :013 6754965 (azrul) | 018 4003670 (aji)
Email :thaqafiah_group@yahoo.com
Blog :http://tripjepunmurah.blogspot.com
FBPage :www.facebook.com/ThaqafiahGroup

Anda mungkin juga menyukai