Anda di halaman 1dari 6

Apakah itu Sains ?

Sains (Tulisan Jawi:

) merupakan sebuah proses pengumpulan


ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang
daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu
atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang
lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya
mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.
Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya
dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba
menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang
melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.
Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan
mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk
memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu
penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang
dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan
lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.
Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar
sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari
melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa
idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi
eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk
mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan
tepat.
Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima
kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk
mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau
binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa
sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari
ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.
Apa Itu Pelangi?
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang
menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila
matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung
yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar
dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya
ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara.
Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk
melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk
bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu
"terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat
dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang
cerah.
APAKAH PENGAWETAN MAKANAN ?
Secara amnya, pengawetan makanan adalah satu proses
pemeliharaan yang menangguh masa sesuatu makanan
menjadi basi dan tidak sesuai untuk dimakan lagi.
Pengawetan makanan adalah cara yang digunakan untuk
membuat makanan memiliki daya simpan yang lama dan
mempertahankan sifat-sifat fizik dan kimia makanan.
1. Pembotolan dan Pengetinan
Sebelum dimasukkan ke dalam tin, sesuatu makanan akan direbus
atau dimasak dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria di
dalamnya. Makanan ini kemudian disimpan secara steril dalam tin,
botol atau kotak (seperti susu)
2. Penjerukkan
Menggunakan cuka atau asid yang akan menyebabkan
mikroorganisma tidak dapat hidup.
Contohnya bawang dan lada. Gula juga boleh digunakan di
mana campuran gula akan
menghilangkan air dari buah-buahan mengelakkan
pembiakan mikroorganisma.
Contohnya buah pala dan mangga.
3. Pengeringan
Dalam proses pengeringan, air akan hilang dari makanan
dan mikroorganisma akan mati atau
tidak aktif.Contohnya ikan kering, cili kering dan buah-
buahan.
4. Pengasinan
Merupakan proses tradisional dimana menggunakan garam
kasar. Dalam proses ini, garam
akan mengeluarkan kelembapan dan menghalang pembiakan
mikroorganisma. Contohnya
ialah telur asin.
5. Penyejukbekuan
Proses ini akan menjadikan mikroorganisma tidak aktif pada suhu
beku. Pembekuan tidak membunuh bakteria tetapi ia menghentikan
aktiviti bakteria yang menyebabkan makanan basi. Ia popular
kerana ia tidak mengubah perisa sesebuah makanan kecuali buah-
buahan yang akan menjadi kekapasan apabila dibekukan.
6. Pempasteuran
Proses pemanasan makanan pada suhu tertentu untuk
membunuh bakteria. Kemudian diikuti
dengan penyejukkan. Contohnya susu segar, yougurt dan jus.

Anda mungkin juga menyukai