Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan
tugasan yang diberikan ini.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua individu penting
yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Pertama sekali
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Mokhtar kerana
beliau telah banyak memberikan bimbingan,nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bimbingannya juga, sudah pasti tugasan ini tidak
berjaya dilaksanakan.

Seterusnya, sekalung penghargaan saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini
disiapkan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari
segi informasi terkini mengenai tugasan kerja kursus ini amat saya hargai. Budi kalian
yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya
lupakan.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pihak perpustakaan kerana memberikan
kerjasama untuk saya mencari bahan-bahan dan maklumat bagi menyiapkan tugasan
ini.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya dilaksanakan.


Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai