Anda di halaman 1dari 5

PBS Baru 2014 : Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga


penambahbaikan berkuatkuasa 1 April.
1. Pertama, Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid sekaligus menyelesaikan
masalah guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan
pernyataan evidens yang banyak. Sedangkan Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran
mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
2. Kedua, Guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid
menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan perkembangan
pembelajaran secara offline. Menerusi PBS baru 2014 juga, peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan
dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
3. Ketiga, guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM)
dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga
mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan. Di mana
perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan
mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.
Lagi Butiran PBS Baru 2014 : Cara Pelaksanaan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3)?
1. Bermula tahun 2014, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
2. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan di peringkat sekolah
3. Tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 seperti
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) sebelum ini
4. Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan mentadbir,
mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan
instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
5. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan
moderasi dan verifikasi sebeum pelaporan dikeluarkan
Lagi Cara Pelaksanaan Penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
1. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian
lisan
2. Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup,
Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan
instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja
3. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan
pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian
lapangan atau kajian kes
P/S : Dengan dasar yang masih tidak menentu dan pasti sebelum ini,
selepas ini bermulalah episod untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi
menghadam semua silibus dari tingkatan 1,2 & 3 dalam masa kurang 8
bulan daripada sekarang bagi menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
tidak lama lagi. Insyaallah.
PP/S: Selepas ini juga, pakat-pakat guru kena hadiri kursus bagi sistem PBS
baru 2014 ini pula di Pejabat pendidikan daerah (PPD) contohnya.
PPP/S: Sistem PBS baru 2014 yang telah dibaik pulih, dikatakan akan
mengurangkan beban tugas guru sehingga 80%. Apa pandangan guru?

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
18 March 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik)
terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran
iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-
mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS
mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah
menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk
menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer
berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti
bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort
pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran
daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu
dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan
mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan
guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan
membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru,
didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan
guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang
banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan
tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru
seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan
penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada
ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak
sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2
Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid
(FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan
mengikut kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3
Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS)
secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan
penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru
tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti
sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan
berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala
mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa
Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis
(assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian
kes (case study).
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan
pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi
sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang
pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan
dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah
antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh
murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4
PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid
ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke
sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan
pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5
Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara
terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan
pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami
konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran
guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Anda mungkin juga menyukai