Anda di halaman 1dari 4

5.

1 KEPERLUAN MOTIVASI DALAM PENGURUSAN



Daripada pendedahan umum definisi motivasi di atas, bolehlah kita nyatakan
bahawa teori-teori motivasi boleh dikategorikan kepada dua jenis utama :
a. Teori-teori proses
Iaitu penerangan mengenai motivasi yang menekankan kepada aspek
bagaimana individu dimotivasikan.

b. Teori-teori kandungan
Ia menerangkan mengenai motivasi yang menekankan kepada ciri-ciri
dalaman yang terdapat pada manusia. Ia memfokuskan kepada
pentingnya untuk memahami tentang keperluan manusia dan
bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi.

Teori-teori motivasi tersebut di atas, menghuraikan keperluan yang terdapat
motivasi dalam pengurusan hasil dari hipotesis dan pemerhatian terhadap
individu.

Di antaranya , Abraham Maslow dalam teorinya, Teori Motivasi Maslow ,
enghuraikan lima tingkat keperluan motivasi yang diperlukan oleh manusia iaitu
:
a. Keperluan Fisiologi
Keperluan asas manusia untuk terus hidup seperti perlindungan,
makanan dan minuman, udara kesekesaan dan lain-lain.

b. Keperluan Keselamatan
Bertujuan untuk mengelakkan induvidu daripada perkara-perkara yang
menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan dan lain-lain.

c. Keperluan Sosial
Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap
seseorang induvidu seperti persahabatan, kasih sayang dan lain-lain.



d. Keperluan Esteem
Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di atas dipenuhi. Ini akan
mewujudkan penghargaan diri, penghormatan dan lain-lain.

e. Keperluan Aktualisasi Diri
Keperluan terakhir sebagai pencapaian seseorang induvidu seperti
potensi diri, bebas, kreativiti dan lain-lain.


Peringkat-peringkat keperluan motivasi ini dapat ditunjukkan seperti rajah 5.1 di
bawah .














Rajah 5.1 : Peringkat-peringkat keperluan Motivasi dalam Teori Maslow







Fisiologi
Keselamatan
Sosial
Esteem
Aktualisasi
diri
Makanan
Pakaian
udara
Kesihatan
Keamanan
iklim
Persahabatan
Kasih sayang
penerimaan
Tanggung
jawab
Harga diri
status
Pencapaian
Bebas
kreativiti























5.2 PROSES MOTIVASI DALAM PENGURUSAN

Dalam teori keperluan matlamat, motivasi akan berlaku apabila induvidu
merasakan adanya keperluan dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk tingkah
laku yang membantu tingkah laku matlamat berlaku bagi mengurangkan
perasaan terhadap keperluan tersebut.

Secara teorinya, proses motivasi berlaku apabila tingkah laku matlamat dapat
mengurangkan perasaan terhadap keperluan . Ini dapat di tunjukkan seperti
rajah 5.2 di bawah.


Rumusan


Motivasi
satu proses perasaan dalaman dan luaran induvidu
yang merangsangkan dan mengarahkan tindakan
berterusan untuk mencapai matlamat.
Teori-teori
Motivasi
Teori Proses
Teori Kandungan
Tingkatan
Keperluan
Motivasi
Fisiologi
Keselamatan
Sosial
Esteem
Aktualisasi diri














Rajah 5.2 : Proses Motivasi dalam Teori Keperluan Matlamat


Teori ini menjelaskan, sekiranya pengurus ingin berjaya dalam usaha
memotivasikan pekerja, mereka mestilah memahami keperluan peribadi
pekerja. Ini bermakna jika pengurus menawarkan ganjaran yang tidak berkaitan
dengan keperluan peribadi pekerjanya, menyebabkan pekerja tersebut tidak
akan bermotivasi.













Maklum Balas

PERASAAN ADANYA
KEPERLUAN

TINGKAH LAKU
MATLAMAT
Tingkah laku
menyokong
matlamat
Rumusan


Proses
Motivasi
Tingkah
laku
Perasaan

Anda mungkin juga menyukai