Anda di halaman 1dari 22

1 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU BAB 1 ASAS

PERKEMBANGAN GURU
KEPIMPINAN PROFESIONAL
DAN
1.1 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME
Profesion
Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain,
profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan
sebagainya.
Profesional
Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut
Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion:
Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam.
Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.
Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.
Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu profesion
kerana:
1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar.
2. Berpengetahuan mengenai pelajar.
3. Adanya peningkatan profesionalisme guru.
1.2 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan
bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan
berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam
1


2 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.
Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras
dengan amalan profesional guru termasuklah:
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya dengan ilmu.
Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan.
Hal ini termasuklah:
a) Dorongan oleh misi dan passionate guru didorong oleh misi seolah-olah
mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.
b) Positif dan benar hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif.
c) Guru sebagai pemimpin mempengaruhi pelajar untuk berubah.
d) With-it-ness guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk
mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan
pelajar dan sebagainya.
e) Gaya menampilkan gaya yang tersendiri dan unik.
f) Kepakaran dalam motivasi percaya dirinya mampu mengubah kehidupan
pelajar.
g) Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness) guru
mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran.
h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) punyai pengetahuan
yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat.
i) Pintar (street smarts) mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah
dan komuniti.
j) Celik minda (mental life) fokus terhadap kerja yang dilakukan.
2


3 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU BAB 2
KOD AKAUNTABILITI ETIKA DAN
KEGURUAN
2.1 KOD ETIKA KEGURUAN
2.1.1 Maksud Etika
Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama
lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Berasal
daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma, nilai-
nilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia.
American College Dictionary,1964
Prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.
Nikki, 2009
Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam
bahagian tertentu.
Bascom, 2007
Ilmu mengenai sesuatu kewajipan
2.1.2 Kod Etika Profesion
Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika
Profesion:
a) Memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme
yang dirangkakan.
b) Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat
dapat memahami kepentingan sesuatu profesion.
c) Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar
organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
3


4 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
2.1.3 Kod Etika Perguruan Malaysia
Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
1. Tanggungjawab terhadap pelajar
- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar.
- Bersikap adil terhadap semua orang pelajar.
- Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
4


5 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit.
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
- Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
- Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.
- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
5


6 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
- Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri
dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru.
- Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru dalam profesion keguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.
- Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru.
2.1.2 Konsep Akauntabiliti Guru
Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan
dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah
tanggungjawab guru terhdapa profesionnya.
Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah:
a) Akauntabiliti terhadap pelajar guru mendidik pelajar ke tahap yang
cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi
mereka secara mnyeluruh.
b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri guru harus berpengetahuan luas dan
berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.
c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa guru melaksanakan tugas dengan
memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada
msayarakat dan negara.
d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara guru mempunyai
tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia
berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan guru perlu
menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab
sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka.
6


7 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
2.1.3 Integriti guru
Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan.
Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang
merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004).
Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran.
Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Integriti guru merangkumi:
a) Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran.
b) Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta
penuh kasih sayang.
c) Tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.
7


8 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
BAB 3
ISU-ISU ETIKA GURU
Maksud etika :
cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :
Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru
saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya
serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :
Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat
yang berhubung dengan mereka
Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan
tidak bertentangan dengan hak asasi umum.
Guru dikawal oleh etika perguruan.
ISU KESANTUNAN GURU
Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.
Fokus kesantunan guru
Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.
8


9 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
ISU KEPEDULIAN GURU
Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan
kepada sesuatu isu/tugas
Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau
tugasnya.
Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru
terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses
perubahan (Havelock 1995)
Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan
Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
urus hal kehidupan seharian
jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
Kepedulian terhadap tugas pengajaran
ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru
Kepedulian terhadap impak pengajaran
yakin terhadap kebolehan pelajar
guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan
9


10 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
Fokus Etika Guru
Kesantunan guru- tata cara bertindak dan berkomunikasi mengikut
norma budaya setempat
Kepedulian guru- perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh
guru terhadap isu atau tugasnya
Penampilan guru- jenis penampilan guru ialah penampilan untuk
perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi.
Berniaga di sekolah- tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah
Pengurusan masa- urus masa dan didik murid urus masa
Kerjaya sambilan- perlukan kebenaran, tidak menerima bayaran jika
mengadakan kelas tuisyen untuk murid di sekolah
Pengurusan kewangan- urus wang semasa bertugas dan urus wang
keluarga.
10

Anda mungkin juga menyukai